penunjuk hidrogen karbonat | hydrogen carbonate indicator | Penunjuk yang digunakan untuk menguji kehadiran gas karbon dioksida. Penunjuk ini akan bertukar warna daripada merah kepada kuning yang menunjukkan kehadiran karbon dioksida. | Menengah Rendah |
penunjuk | indicator | Bahan yang digunakan untuk menunjukkan kehadiran sesuatu bahan tertentu melalui perubahan warna. Contohnya, fenolftalein, iodin, dan larutan Benedict. | Menengah Atas |
penunjuk semesta | universal indicator | Penunjuk yang dapat menghasilkan perubahan warna yang beransur-ansur dalam julat pH yang besar. | Menengah Rendah |
penunjuk | indicator | Bahan yang digunakan untuk menunjukkan kehadiran sesuatu bahan tertentu melalui perubahan warna. Contohnya, larutan iodin digunakan sebagai penunjuk kehadiran kanji. | Menengah Rendah |
kertas litmus | litmus paper | Kertas untuk menguji sesuatu larutan sama ada asid atau alkali. Kertas litmus biru digunakan sebagai penunjuk kimia kehadiran asid dalam sesuatu bahan. Kertas litmus merah digunakan sebagai penunjuk kimia kehadiran alkali dalam sesuatu bahan. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
metil jingga | methyl orange | Penunjuk asid-bes yang berwarna merah dalam larutan asid, dan kuning jingga di dalam alkali. | Menengah Atas |
fenolftalein | phenolphthalein | Sebatian organik yang digunakan sebagai penunjuk asid-bes. Sebatian ini tidak mempunyai warna dalam larutan berasid, dan berwarna merah jambu dalam larutan berbes. | Menengah Atas |
larutan metilena biru | methylene blue solution | Larutan organik yang digunakan sebagai bahan pewarna dan penunjuk dalam analisis volumetri. | Menengah Atas |
pentitratan | titration | Suatu teknik makmal yang menggunakan satu larutan piawai alkali untuk menentukan kepekatan suatu larutan asid dengan bantuan penunjuk bagi mengesan takat akhir tindak balas peneutralan. | Menengah Atas |
pentitratan | titration | Kaedah untuk menentukan kepekatan sesuatu isi padu suatu larutan dengan mencampurkan larutan lain yang diketahui isi padunya melalui buret secara perlahan-lahan sehingga takat akhir dicapai dengan bantuan penunjuk. | Menengah Rendah |