Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nu.nu] | ڤنونو

Definisi : alat yg digunakan utk menunu, pembakar; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nu.nu] | ڤنونو

Definisi : alat yg diguna­kan utk menunukan; bahagian (peli­ta, dapur dsb) yg mengeluarkan api; pembakar. ~ gas bahagian yg bermuncung atau berlubang tempat keluarnya gas yg menjadi bahan bakar, mis pd dapur gas. ~ Bunsen penunu gas yg digunakan dlm makmal sains yg berupa tiub (drpd logam) dan mempunyai injap udara di bahagian bawahnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penunu


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
bunsen burnerpenunu bunsenKimiaTiadaPenunu makmal yang bahan bakarnya merupakan campuran gas bahan api dan udara. Penunu ini terdiri daripada tiub logam dengan injap udara yang dapat diubah-ubah.
premixed burnerpenunu pracampurKimiaKimia AnalisisSistem penunu yang titisan sampelnya bercampur terlebih dahulu dengan gas pengoksida sebelum ia dibawa ke dalam nyalaan. Penunu ini biasanya digunakan dalam spektroskopi penyerapan atom. Gas pengoksida yang digunakan termasuklah oksigen dan nitrus oksida.
long path burnerpenunu panjang laluanKimiaKimia AnalisisPenunu yang menghasilkan nyalaan melebar ke atas arah bersudut tepat dengan arah gerakan gas nyalaan. Penunu ini digunakan untuk mendapatkan penyerapan yang lebih tinggi.
bunsen burnerpenunu bunsenPerubatanTiadaPenunu gas yang gasnya dicampurkan dengan udara didalam tiub berlubang sebelum dinyalakan, untuk membenarkan kebakaran gas yang lebih sempurna.
circular burnerpenunu bulatKimiaTiadaPenunu bahan api yang mempunyai bukaan bulat.
catalytic incineratorpenunu bermangkinKejuruteraanTiadaPenunu yang menggunakan mangkin untuk memulakan dan menggalakkan pembakaran pada suhu yang lebih rendah daripada pembakaran biasa.
general purpose incineratorpenunu amKejuruteraanTiadaPenunu yang membakar semua jenis sisa daripada pelbagai sumber.
intertube burnerpenunu antara tiubKejuruteraanKejuruteraan MekanikPenunu yang menggunakan muncung yang menyembur nyalaan antara tiub bersebelahan.
fluidized bed incineratorpenunu lapisan terbendalirKejuruteraanTiadaPenunu yang dipenuhi bahan lengai panas yang terampai, biasanya pasir dan aliran udara, untuk pembakaran sisa.
fluid-bed incineratorpenunu lapisan terbendalirKejuruteraanTiadaPenunu yang dipenuhi bahan lengai panas yang terampai, biasanya pasir dan aliran udara, untuk pembakaran sisa.
1234567

Kembali ke atas