Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nu.ru.nan] | ڤنورونن

Definisi : 1. bahagian bukit (lereng, jalan, dll) yg menurun, lwn pendakian: akhir sekali, akan berhenti pendakian dan ~ itu di satu padang yg luas terbentang; 2. perihal menuruni atau menurunkan (dlm berbagai-bagai makna), pembongkaran (barang dr kapal dll); 3. perihal merendahkan (harga, nilai, dll), pengurangan, penyusutan: ~ nilai mata wang Sterling akan membaiki keadaan ekonomi British yg sedang merosot; 4. (Kim) proses mengeluarkan oksigen drpd sebatian atau memasukkan hidrogen ke dlm sebatian. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nu.ru.nan] | ڤنورونن

Definisi : 1 bahagian bukit, jalan dll yg menurun; lw pendakian. 2 hal (perbuatan dsb) turun, menuruni atau menurunkan (sesuatu). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
turun (kata kerja)
1. Bersinonim dengan dari atas ke bawah: dari hulu ke hilir, dari pedalaman ke bandar,
Berantonim dengan naik

2. Dalam konteks matahari
bersinonim dengan jatuh, terbenam, menggelincir, melincir, bergelingsir, meruyup, memantai, masuk,
Berantonim dengan terbit

3. Bersinonim dengan reda: berkurang, surut,

4. Bersinonim dengan keluar: pergi, pulang, bertolak, meninggalkan rumah,

5. Dalam konteks harga
bersinonim dengan jatuh, susut, merosot, meleset, berkurangan, menjunam,
Berantonim dengan naik

6. Dalam konteks warna
bersinonim dengan luntur, pudar, hilang, berubah, leta,

Kata Terbitan : menurun, menurunkan, keturunan, penurunan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah sesuai jika saya terjemah skeletal muscle deconditioning sebagai penurunan kecergasan otot skeletalSkeletal muscle deconditioning boleh diterjemahkan dalam bahasa Melayu sebagai penurunan kecergasan otot rangka.Makna17.07.2023
Purata harga tahunan atau harga purata tahunan? Contoh: Purata harga tahunan/Harga purata tahunan getah asli (SMR 20) pada 2013 adalah RM7.75 sekilogram; penurunan sebanyak 18.7% berbanding RM9.53 sekilogram pada tahun sebelumnya.Istilah yang betul ialah purata harga tahunan - purata harga tahunan getah asli (SMR 20) pada 2013 ialah RM7.75 sekilogram; penurunan sebanyak 18.7% berbanding RM9.53 sekilogram pada tahun sebelumnya.Tatabahasa03.03.2014
Untuk kuantiti, perkataan yang sesuai menunjukkan peningkatan/penurunan. Sebagai contoh: kenaikan kuota atau penambahan kuota bagi: i. bilangan anggota/pegawai/calon ii. bilangan objek (e.g. kereta, motosikal) iii bilangan kaunter iv. perkhidmatan Diharap pihak tuan dapat membantu bagi tujuan urusan surat-menyurat Jabatan. Terima kasih.Mungkin apa yang dimaksudkan oleh saudara ialah “penjodoh bilangan”i. bilangan anggota/pegawai/calon – orang, cth.: seorang pegawai, dua orang calon.ii. bilangan objek (e.g. kereta, motosikal) – buah, cth.: Sebuah kereta, tiga buah motosikal.iii. bilangan kaunter – buah, cth.: sebuah kaunter.iv. perkhidmatan – buah, cth.: sebuah perkhidmatan.Tatabahasa09.02.2009
penggunaan perkataan bagi 'masing-masing@respectively' Edisi Bahasa Melayu : Komponen utama menyumbang kepada penurunan ialah Indeks Perusahaan Bursa Malaysia, Import Benar Semi Konduktordan Bilangan Unit Kediaman Diluluskan yang masing-masing mencatatkan negatif0.2%. Edisi Bahasa Inggeris : The main components that contributed to the decrease were Bursa Malaysia industrial Index, Real Imports Of Semi Conductors and Number of Housing Permits Approved which registered negative 0.2% respectively. Perkataan ini samada sesuai digunakan bagi tiga komponen yang mempunyai nilai yang sama seperti ayat diatas atau hanya sesuai digunakan bagi dua komponen sahaja.Perkataan 'masing-masing'boleh digunakan dalam konteks tersebut dan tidak dihadpukan untuk dua komponen sahaja.Tatabahasa20.06.2011
Adakah tiada terjemahan lain untuk stretch marks selain daripada stria kehamilan? Kerana stretch marks bukan hanya berpunca daripada kehamilan tetapi juga akibat penurunan atau kenaikan berat badan mendadak. Terima kasih.Cadangan terjemahan yang sesuai ialah tanda regang kulit.Istilah14.01.2017
Menurut Menteri Kesihatan baharu, YB Haji Khairy Jamaluddin di bawah kerajaan Dato' Sri Ismail Sabri yang baru dibentuk, Malaysia dijangka beralih daripada fasa pandemik COVID-19 ke fasa endemik pada akhir bulan Oktober 2021, selaras dengan kadar vaksinasi COVID-19 dalam populasi yang tinggi dan penurunan jumlah kes jangkitan yang teruk. Adakah ayat di atas betul tatabahasanya?

Cadangan ayat yang betul ialah Menurut Menteri Kesihatan baharu, YB Haji Khairy Jamaluddin bawah kerajaan pimpinan Dato' Sri Ismail Sabri yang baru dibentuk, Malaysia dijangka beralih daripada fasa pandemik COVID-19 kepada fasa endemik pada akhir bulan Oktober 2021, selaras dengan kadar vaksinasi COVID-19 yang tinggi dalam kalangan populasi rakyat dan penurunan jumlah kes jangkitan yang teruk.

Tatabahasa23.09.2021
Assalamualaikum Tuan/Puan. Saya ingin bertanya tentang terjemahan yang paling tepat untuk perkataan Bahasa Inggeris 'Shift Down' dalam konteks menurunkan sesuatu frekuensi.

Padanan bahasa Melayu yang sesuai untuk perkataan "shift down" mengikut konteks yang diberikan ialah penurunan frekuensi.

Padanan perkataan bergantung pada kesesuaian serta konteks dan konsep penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa.  

Makna26.09.2021
DEFINASI "SISTEM PENYAMPAIAN"Sistem penyampaian ialah prosedur urusan perkhidmatan kerajaan dalam melaksanakan perkhidmatan dan pentadbiran kerajaan kepada masyarakat supaya lebih berkesan dan cepat. Sila rujuk pekeliling Jabatan Perdana Menteri - UPTM 159/476/3 bertarikh 16 Februari 2005 yang bertajuk "Usaha Meningkatkan Keberkesanan Sistem Penyampaian Perkhidmatan Kerajaan Melalui Penurunan dan Perwakilan Kuasa". Rujuk MAMPU untuk maklumat lanjut.Lain-lain22.12.2006
Assalamualaikum tuan/puan. Dalam istilah perbankan, bagaimanakah istilah "sell down", "sell out" diterjemahkan? Adakah terdapat istilah tertentu atau ianya diterjemahkan sebagai "penjualan"? Contoh frasa: Sell Out Threshold (Nilai Ambang Penjualan?) Terima kasih.Pihak kami mencadangkan terjemahan bahasa Melayu bagi perkataan 'sell out' ialah penjualan dan terjemahan 'sell down' ialah penurunan nilai/harga jualan.Istilah17.11.2020
Apakah terjemahan bagi istilah 'reducing washer'? (kategori:kejuruteraan)Di dalam Sistem Pusat Rujukan Persuratan Melayu kami masih tidak ada istilah ini. Jika mengikut konsep dari bidang kejuruteraan washer bermaksud  sesendal iaitu sejenis gelang nipis, rata atau cakera berlubang yang diperbuat daripada logam, kulit dan getah. Sesendal digunakan dalam kerja penyambungan atau pemasangan untuk memastikan keketatan. Manakala reducing pula lebih sesuai dengan maksud penurunan mengikut konsep daripada bidang kejuruteraan ini. Cadangan yang sesuai daripada pihak kami bagi istilah 'reducing washer ialah sesendal penurunan mengikut kesesuaian dengan konteks yang digunakan.Penyemakan dan penterjemahan02.12.2015
12

Kembali ke atas