Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nu.tu.pan] | ڤنوتوڤن

Definisi : perihal menutup (menutupi, menu-tupkan), penamatan, pengakhiran, penyudah-an: beliau diberitakan telah mengisytiharkan ~ perkhidmatan penerbangan Amerika Syarikat di seluruh Indonesia; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nu.tu.pan] | ڤنوتوڤن

Definisi : per­buatan (hal dsb) menutup, menutupi atau menutupkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tutup
Kata Terbitan : bertutup, menutup, tertutup, penutupan, penutup,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Frasa yang mana lebih tepat, "majlis perasmian penutupan" atau "majlis penutupan" atau "majlis penutup"?Frasa yang betul ialah "Majlis Perasmian Penutupan" dan "Majlis Penutupan"Tatabahasa27.04.2019
Salam sejahtera, memohon untuk mendapatkan kepastian tentang penggunaan perkataan "penangguhan" dan "penutupan". Penangguhan majlis atau penutupan majlis? kadang-kadang terbaca tentang Penutupan Bulan Bahasa Kebangsaan dan Penutupan bulan Bahasa. Maaf banyak-banyak, cuma inginkan kepastian. Sekian terima kasih.Salam sejahtera. Biasanya ungkapan yang digunakan ialah Majlis Penutupan.Lain-lain07.03.2015
Syuhaila Husain Majlis Perasmian Penutup atau Majlis atau Majlis Perasmian Penutupan atau Majlis Penutupan Yg mana satu.?Ungkapan yang digunakan ialah Majlis Penutupan. Majlis Perasmianbermakna sesuatu majlis dibuka dengan rasmi dan Majlis Penutupan bermakna pengakhiran sesuatu majlis.Tatabahasa18.05.2014
Majlis Perasmian Penutupan atau Majlis Penutupan? yang mana betul?Majlis PenutupanLain-lain16.02.2019
Tuan, Yang mana satukah betul? Majlis Perasmian Penutup atau Majlis Perasmian Penutupan?Frasa yang betul ialah Majlis Perasmian Penutupan. Penutupan ialah perihal menutup, penamatan, pengakhiran, penyudahan (majlis, acara, dll), manakala penutup ialah 1 alat yg digunakan utk menutup; penudung. 2 sesuatu yg digunakan utk mengakhiri sesuatu surat, syarahan dll.Tatabahasa21.10.2010
Manakah yang betul? 1. Penghawa dingin, Pendingin Hawa atau Penyaman Udara? 2. Majlis Perasmian Penutupan Syarahan atau Majlis Penutupan Syarahan?Jawapannya ialah penyaman udara dan Majlis Penutupan Syarahan.Makna21.04.2007
Adakah perkataan 'majlis' perlu dicatatkan dalam sesuatu program? Contohnya: 'Majlis Penutupan Dialog Utara'. Ataupun memadai dengan 'Penutupan Dialog Utara'?Ungkapan yang digunakan ialah Majlis Penutupan. Majlis Perasmian bermakna sesuatu majlis dibuka dengan rasmi dan Majlis Penutupan bermakna pengakhiran sesuatu majlis.Lain-lain28.08.2017
Salam 1Malaysia, 1. Kata 'mengaji' merujuk kepada Kata Tunggal atau Kata Nama Terbitan? 2. Mengapakah masyarakat suka menulis frasa Majlis Perasmian Penutupan pada kain rentang atau gegantung? Yang tepat, Majlis Penutupan atau Majlis Perasmian Penutupan? 3. Ayat 'Milik siapa kereta Kancil itu?' ATAU 'Milik siapakah kereta Kancil itu?' ATAU 'Siapakah pemilik kereta Kancil itu?' Yang manakah ayat yang betul binaan ayatnya? 4. Dalam ayat 'Mereka sedang berbincang untuk menyelesaikan perkara itu." kata untuk merujuk kepada golongan kata apa? 5. Untuk menangani hal itu, mereka memerlukan kerjasama pihak polis. Kata 'untuk' di hadapan ayat merujuk kepada golongan kata apa? 6. Bunga ros itu adalah untuk Ibu Nia. Kata 'untuk' dalam ayat ini merujuk kepada golongan kata apa? Terima kasih.1. Mengaji ialah kata terbitan daripada kata dasar kaji yang menerima awalan meN. 
2. Frasa yang betul ialah Majlis Penutupan sama seperti Majlis Perasmian.
3. Ketiga-tiga ayat tanya tersebut abetul.
4. "Untuk" dalam ayat kelima dan keenam berfungsi sebagai kata hubung pancangan keterangan.
6. "Untuk" dalam ayat keenam berfungsi sebagai kata sendi nama.
Tatabahasa18.07.2012
Mana yang lebih seuai, "Majlis Penutup" atau "Majlis Penutupan"?Majlis penutupanMakna13.11.2007
majlis penutupan atau penutupUngkapan yang digunakan ialah Majlis Penutupan. Majlis Perasmianbermakna sesuatu majlis dibuka dengan rasmi dan Majlis Penutupan bermakna pengakhiran sesuatu majlis.Istilah10.03.2015
1234

Kembali ke atas