Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nu.tur] | ڤنوتور

Definisi : orang (kaum dsb) yg menuturkan sesuatu bahasa, orang (kumpulan orang) yg menggunakan sesuatu bahasa (sbg kelaziman): ~ bahasa Melayu tentulah berasa perlu mengungkapkan segala yg baru ini dlm bahasa Melayu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nu.tur] | ڤنوتور

Definisi : orang yg bertutur atau menuturkan: ~ asli bahasa Melayu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penutur


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
ASAL USUL LOGHAT UTARA DAN LOGHAT KELANTAN SERTA PERKEMBANGANNYAWujudnya bahasa dialek atau loghat ini disebabkan oleh tempat berasingan. Apabila penutur-penutur terpisah oleh sekatan-sekatan tertentu seperti gunung-ganang, hutan rimba, dan sebagainya, maka tiap-tiap kumpulan mempunya sejarah perkembangannya sendiri, termasuk perkembangan aspek-aspek bahasa. DAlam jangka masa yang panjang ciri-ciri perbezaan menjadi makin nyata, dan ini dikekalkan daripada satu generasi kepada genarasi seterusnya. Pada suatu ketika bahasa Melayu dipercayai terdiri daripada satu variasi tetapi telah berkembang menjadi dialek-dialek berasingan dan keadaan ini berkekalan sehingga sekarang. Oleh itu, untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan asal-usul loghat utara dan Kelantan, sila rujuk buku-buku yang berkaitan.Lain-lain18.08.2006
Yang mana satu antara 4 ayat ini yang betul? 1. murid penutur bukan natif 2. penutur murid bukan natif 3. murid bukan penutur natif 4. bukan murid penutur natif Terima kasih.Ayat yang betul ialah 3. murid bukan penutur natif Tatabahasa19.05.2015
1.sila huraikan asal-usul bahasa melayu secara lengkap. 2.apakah masalah artikulasi dan contoh yang sesuai. 3. apakah itu sistem bunyi bahasa, dialek, dan laras bahasa.sila berikan contoh-contoh. terima kasih.Beberapa teori bahasa Melayu telah mengatakan bahawa penutur-penutur bahasa Melayu berasal daripada golongan manusia yg diberi nama Austronesia. Mereka datang dari daerah Yunan dan telah turun, dalam bentuk beberapa gelombang pergerakan manusia, dan menduduki wilayah Asia Tenggara. Bagi membantu saudara mendapatkan lebih banyak maklumat berkaitan asal-usul bahasa Melayu, saudara boleh membuat rujukan pada Buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, Susur Galur Bahasa Melayu (Asmah Haji Omar) atau buku Perancangan Bahasa Melayu (Awang Sariyan). Menjawab soalan saudara tentang bunyi bahasa, saudara boleh membuat rujukan pada Buku Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu (Arbak Othman).Lain-lain25.09.2007
1. sila huraikan asal-usul bahasa melayu dan kategorinya. 2. apakah itu masalah artikulasi dan berikan contoh. 3. sila huraikan apakah itu sistem bunyi bahasa, dialek dan laras bahasa, berikan contoh-contoh yang sesuai. Terima Kasih.Beberapa teori bahasa Melayu telah mengatakan bahawa penutur-penutur bahasa Melayu berasal daripada golongan manusia yg diberi nama Austronesia. Mereka datang dari daerah Yunan dan telah turun, dalam bentuk beberapa gelombang pergerakan manusia, dan menduduki wilayah Asia Tenggara. Bagi membantu saudara mendapatkan lebih banyak maklumat berkaitan asal-usul bahasa Melayu, saudara boleh membuat rujukan pada Buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, Susur Galur Bahasa Melayu (Asmah Haji Omar) atau buku Perancangan Bahasa Melayu (Awang Sariyan). Menjawab soalan saudara tentang bunyi bahasa, saudara boleh membuat rujukan pada Buku Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu (Arbak Othman).Lain-lain25.09.2007
Apakah terjemahan yang tepat bagi Native Speaker? Penutur Jati atau Penutur Asli?Dalam data kami, padanan bahasa Melayu bagi native speaker ialah penutur asli.Tatabahasa31.03.2014
Bagaimanakah saya boleh menganjurkan kursus Penutur asing dan cendekia Bahasa yang diadakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia(DBP)?Hal ini dikatakan demikian kerana Saya belum menganjurkan kursus Penutur Asing pada MacSalam sejahtera,

Kursus Penutur Asing

Kursus penutur asing akan diadakan setiap hari selasa dan khamis. Diadakan dari pukul 10pagi-12tghari. Peserta akan didedahkan dengan empat kemahiran iaitu mendengar, bertutur, membaca, dan menulis. Jika berminat boleh hubungi pegawai projek, Puan Amirah Syafawani binti Ab Aziz melalui talian 03-21470211 atau e-mel syafawani@dbp.gov.my.

Sekian, terima kasih.
Lain-lain01.07.2021
Bagaimanakah mengakronimkan perkataan murid bukan penutur natif? (mbpn/Mbpn/MBPN) Terima kasih.Tidak ada akronim untuk murid bukan penutur asli (natif speaker ialah penutur asli). Untuk makluman tuan, penggunaan akronim amat terhad dalam Bahasa Melayu dan banyak digunakan dalam penamaan jabatan atau pertubuhan. Istilah25.09.2017
Tuan : 1. Apakah perbezaan antara perkataan 'terikut-ikut' dan 'mengikut-ikut' ? 2. Bolehkah perkataan 'pertama-tama' digunakan dalam penulisan karangan dengan membawa maksud terdahulu sekali ? Ribuan terima kasih atas penjelasan dan maklum balas tuan.1. Menurut Kamus Dewan, terikut-ikut ialah mengikut (sesuatu) dengan tidak begitu disedari (kerana terlalu terpengaruh olehnya dll): terdapat juga penutur-penutur bahasa Melayu yang ~ dengan struktur tatabahasa lain. Manakala  mengikut-ikut ialah meniru-niru: negara-negara ini mengejar kepentingan kebangsaan masing-masing yang ~ kepentingan orang lain;

2.Kamus Dewan mentakrifkan pertama-tama sebagai yang pertama sekali, yang mula-­mula (terdahulu) sekali: candu itu ~ haram menurut agama Islam dan kedua membinasakan badan;
Tatabahasa19.07.2013
Kebanyakan penutur BM, termasuk pembaca berita sering tersilap menggunakan kata UNTUK bagi menggantikan perkataan SELAMA; Contoh Kursus itu diadakan untuk dua minggu, sedangkan sepatutnya; Kursus itu diadakan selama dua hari. Dalam hal ini, saya sering tertanya-tanya, adalah para pembaca berita ini bercakap secara spontan atau ada skrip. Satu lagi stesen radio sering menggunakan kata kerja yang tak gramatis kerana tidak membubuh imbuhan me...i, me.....kan. Apakah pandangan pihah DBP dalam hal ini?Terima kasih atas maklumat yang diberikan. Pembaca berita membacakan berita berpandukan skrip yang disediakan. Sepatutnya berita tersebut dihasilkan dalam bahasa yang betul dan disampaikan dengan bahasa dan cara yang betul termasuklah dari aspek sebutan dan jeda antara satu berita dengan berita yang lain. Tatabahasa10.04.2012
Apakah manfaat belajar penutur asing dan cendekia Bahasa? Adakah DBP ada memberi kursus “Penulisan Karangan dan kursus Tatabahasa” kepada mereka?Salam sejahtera, Manfaat Kursus Akademi DBP Manfaat kepada pelajar penutur asing Pelajar didedahkan dengan empat kemahiran asas, iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. • Pelajar didedahkan dengan perkataan asas mengikut topik yang dipelajari. • Pelajar dapat mengaplikasikan kemahiran yang dipelajari dalam bentuk latihan yang diberikan. Manfaat kursus cendekia bahasa. Kursus Cendekia bertujuan untuk memberikan pengetahuan tentang aspek tatabahasa bahasa Melayu seperti pembentukan kata dan ayat. Tiada topik yang khusus untuk penulisan karangan. Pada akhir kursus, peserta akan dapat: * Mengenali dan memahami jenis tanda baca dan penggunaannya yang betul. * Mengenali bentuk kata dan golongan kata. * Mengenali bentuk dan jenis ayat. * Mengenal pasti kesalahan tatabahasa yang terdapat pada dokumen rasmi. * Menggunakan bahasa Melayu yang baik dan betul dalam urusan rasmi sama ada lisan mahupun penulisan. Sekian, terima kasih.Lain-lain29.06.2021
12345678910...

Kembali ke atas