Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nyah.tok.si.kan] | ڤڽهتوکسيکن

Definisi : perihal (proses, tindakan dsb) menyahtoksikkan: kesemua program ~ melibatkan pembebasan bahan toksik drpd organ-organ dan sel. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nyah.tok.si.kan] | ڤڽهتوکسيکن

Definisi : perihal atau proses menyahtoksikkan sesuatu: Semua cara ~ melibatkan pem­bebasan bahan toksik dr organ dan sel. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penyahtoksikan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
detoxicationpenyahtoksikanPerhutananTiadaTiada
detoxicationpenyahtoksikanVeterinarTiadaTiada
detoxicationpenyahtoksikanKimiaTiadaTindak balas enzim dalam sesuatu ogranisma yang menukarkan bahan-bahan asing secara kimia atau secara konjugat kepada metabolit-metabolit yang kurang toksik dan mudah dikumuhkan.
detoxificationpenyahtoksikanKimiaTiada1. Pengurangan sifat toksid pada bahan beracun. 2. Proses menghentikan atau menurunkan kesan fisiologi sesuatu dadah atau dahan.
detoxicationpenyahtoksikanPertanianTiadaTiada
detoxificationpenyahtoksikanHerbaFitokimiaPenyingkiran bahan toksik oleh organisma. Proses ini berlaku dengan tindak balas pengoksidaan atau pengautooksidaan ke atas bahan toksik berkenaan. Bahan yang teroksida menjadi lebih berkutub dan akhirnya larut dalam air kemudian dikumuhkan melalui air kencing.
detoxificationpenyahtoksikanFarmasiFarmakologi1. Pengurangan kesan toksik sesuatu bahan. 2. Rawatan yang direka bentuk untuk membantu penyembuhan daripada kesan toksik sesuatu drug atau sebatian. 3. Penyingkiran atau penyahaktifan bahan toksik daripada badan melalui satu atau lebihkaedahseperti meningkatkan penyingkiran melalui ginjal, pengkelatan, penjerapan menggunakan arang teraktif, antidot, lavaj gaster atau secara fisiologi melalui metabolisme pada hepar.Sinonim detoksifikasi.
detoxificationpenyahtoksikanHerbaPemiawaianPenyingkiran bahan toksik oleh organisma. Proses ini berlaku melalui tindak balas pengoksidaan atau pengautooksidaan ke atas bahan toksik berkenaan. Bahan yang teroksida menjadi lebih berkutub dan akhirnya larut dalam air, kemudian dikumuhkan melalui air kencing. Contohnya, ekstrak akueus halia (Zingiber officinale) diminum untuk menyahtoksin dalam badan.
detoxificationdetoksifikasiFarmasiFarmakologiLihat penyahtoksikan.
bioremediationbiopemulihanTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauKaedah untuk membaik pulih persekitaran yang telah tercemar dengan menggunakan biota dan/atau mikrobiota melalui penyahtoksikan, penjerapan, pemerosotan atau biotransformasi. Contohnya, pemulihan alam sekitar yang menggunakan mikroorganisma untuk mengurangkan pencemaran tumpahan minyak atau baki pestisid di dalam tanah atau air.
12

Kembali ke atas