Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nyair]/[pe.nya.Öir] | ڤڽعير

Definisi : orang yg mengarang syair (sajak), pujangga; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nyair]/[pe.nya.Öir] | ڤڽعير

Definisi : orang yg mengarang syair. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penyair


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PENYAIR TASIK UMUM 
PENYAIR METAFIZIK UMUM 
SKALD

Skald ialah perkataan dalam bahasa Iceland yang

bermaksud penyair, yang merujuk kepada penyair Scandinavia

pada Zaman Pertengahan. Dari tahun 900-an hingga

tahun 1200-an, kebanyakan penyair istana di

Scandinavia berasal dari Iceland. Kebanyakan

puisi skald memuliakan pemimpin yang

berkhidmat dengan skald. Banyak daripada puisi

ini atau sebahagiannya dipelihara dalam sagas

Iceland tahun 1100-an dan 1200-an. Puisi skald

sangat kompleks bentuknya. Ia mempunyai pola

aliterasi (persamaan rima dengan pengulangan

bunyi yang pertama) yang terkawal dan konsonan

(sejenis rima antara suku kata yang mengandungi

vokal yang berbeza tetapi berakhir dengan

konsonan yang sama). Puisi skald juga

menggunakan sejenis metafora luasan yang

disebut sebagai kenning.

Lihat juga Edda; Saga.

UMUM 
SAPPHO

Sappho ialah penyair wanita Yunani yang hidup

pada tahun 600 S.M. Plato menamakannya sebagai

Tenth Muse , dan dia dianggap penyair wanita

terpenting dunia yang pernah diketahui. Daripada

karya puisinya, hanya dua puisi lirik yang pendek dan

beberapa baris yang masih wujud, yang dipetik oleh

pengkritik dan pakar tatabahasa. Ini menunjukkan

emosi yang hebat tetapi terkawal dalam bahasa yang

nampak seperti semula jadi. Puisi-puisi kemudiannya,

terutama puisi oleh penyair Yunani Catullus dan

Horace, meniru pola irama khusus Sappho, yang

dikenali sebagai Sapphic .

Sappho tinggal di Mitylene (kini Mitilini) di Pulau

Lesbos, menjadi ketua kepada sekumpulan wanita

muda yang menjadi pengikutnya. Dia berkahwin dan

mempunyai seorang anak perempuan bernama Cleis.

UMUM 
NERUDA, PABLO

Neruda, Pablo (1904–1973), penyair Chile,

menerima Hadiah Nobel bagi bidang

kesusasteraan pada tahun 1971. Kebanyakan

pengkritik menganggap Neruda sebagai penyair

Amerika-Latin yang terbaik pada zamannya. Dia

menggunakan fahaman surealisme, keganasan,

imej bawah sedar dan simbol peribadi yang tinggi

sehingga menjadikan puisinya kadangkala sukar

untuk difahami. Hasil kerjanya adalah berhubung

dengan deria kelam-kabut sejagat.

UMUM 
TENNYSON, LORD

Tennyson, Lord (1809–1892), atau nama

sebenarnya Alfred Tennyson ialah penyair Inggeris

yang amat penting pada tahun 1800-an. Dia

menggantikan William Wordsworth sebagai penyair

negara di United Kingdom pada tahun 1850.

Tennyson memperoleh kedudukan dalam

kesusasteraan kerana bakat semula jadinya yang

luar biasa, dan dedikasi sepanjang kerjayanya yang

begitu lama berusaha ke arah mencapai

kecemerlangan seni. Kini, Tennyson dipandang

tinggi sebagai penyair agung negara dan sebagai

salah seorang ahli seni yang terulung dalam bahasa

Inggeris.

UMUM 
ALEIXANDRE, VICENTE

Aleixandre, Vicente (1898–1984), penyair

Sepanyol yang pernah menerima Hadiah Nobel

pada tahun 1977 dalam bidang kesusasteraan.

Karyanya telah mempengaruhi penyair Sepanyol

yang lain untuk tempoh lebih 50 tahun.

UMUM 
PUJANG G A

Pujang g a ialah penyair zaman dahulu. Pujangga

yang paling masyhur tinggal di Kawasan Celt

seperti Ireland, Scotland, dan Wales pada Zaman

Pertengahan. Mereka merupakan penyair

profesional yang bersyair tentang wira negara,

biasanya mempersendakan mereka melalui satira.

Pada umumnya pujangga bersyair dengan iringan

hap atau alat muzik bertali yang lain. Mereka

menurunkan bahan mereka daripada seorang

pujangga kepada seorang pujangga yang lain.

Pujangga menggunakan teknik puisi seperti

aliterasi dan rima dalaman. Menjelang tahun 1700-

an, pujangga Celt tidak lagi merupakan tokoh

budaya yang utama. Tradisi pujangga kini hanya

dapat bertahan dalam pesta rakyat, seperti

eisteddfod di Wales.

UMUM 
YEATS, WILLIAM BUTLER

Yeats, William Butler (1865–1939), penyair dan

dramatis Ireland, menerima Hadiah Nobel pada

tahun 1923 dalam bidang kesusasteraan. Banyak

pengkritik menganggap Yeats seorang penyair

yang paling hebat pada zamannya.

UMUM 
SHAKESPEARE, WILLIAM

Shakespeare, William (1564–1616) ialah penulis

drama dan penyair Inggeris. Dia umumnya

dianggap sebagai dramatis agung yang pernah

diketahui dunia dan penyair terbaik yang menulis

dalam bahasa Inggeris. Shakespeare merupakan

seorang pengarang paling masyhur di dunia. Tidak

ada penulis lain yang dramanya telah dihasilkan

begitu banyak kali atau dibaca begitu meluas di

terlalu banyak negara.

UMUM 
12345678910...

Kembali ke atas