Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
sakit (adjektif)
1. Bersinonim dengan uzur: gering, lesu, lemah,
Berantonim dengan sihat

2. Bersinonim dengan pedih: sengal, ngilu, sebal, sebak, bengkak, kebas, nyeri, remai, bisa,
Berantonim dengan selesa

3. Bersinonim dengan seksa: sengsara, azab, derita, merana, kecewa duka, lara, susah, payah, sukar, sulit,
Berantonim dengan bahagia

Kata Terbitan : bersakit, bersakit-sakit, menyakiti, menyakitkan, kesakitan, penyakit, berpenyakit, pesakit,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. AIDS ialah penyakit yang boleh (menghapuskan / melumpuhkan) keupayaan semula jadi badan untuk melawan penyakit. 2. Para pelabur dalam negara digalakkan untuk ( merintis / meneroka / mencari) peluang pelaburan di luar negara bagi memajukan perniagaan mereka. 3. Pelajar cemerlang itu tidak dapat meneruskan ucapannya dalam majlis anugerah tersebut kerana perasaannya (bergelora / bercelaru / bergemuruh / bergelombang) melihat tetamu yang ramai. Manakah jawapan yang betul? Terima kasih.

1. AIDS ialah penyakit yang boleh (menghapuskan / melumpuhkan) keupayaan semula jadi badan untuk melawan penyakit. - perlu rujuk fakta sebenar tentang AIDS, jika menghilangkan sama sekali jawapan yang betul ialah menghapuskan, tetapi jika hanya melemahkan ... maka jawapannya ialah melumpuhkan.

2. Para pelabur dalam negara digalakkan untuk meneroka/mencari peluang pelaburan di luar negara bagi memajukan perniagaan mereka.

3. Pelajar cemerlang itu tidak dapat meneruskan ucapannya dalam majlis anugerah tersebut kerana perasaannya bergelora/bercelaru melihat tetamu yang ramai.

Tatabahasa04.07.2011
helo, saya hendak tanya ejaan umtuk dua perkataan. 1. menghiris atau mengiris? 2. menghidapi penyakit atau mengidapi penyakit?Jawapan yang betul ialah 1. menghiris dan 2. menghidapi penyakit.Lain-lain10.08.2010
1.Pelbagai jenis penyakit? 2.Pelbagai penyakit Ayat manakah yang betul?Mengapa? 3.DBP berusaha (meningkatkan,mempertingkatkan) pemahaman tatabahasa dalam kalangan pengguna bahasa 4.Apa bezanya antara imbuhan awalan MeN.. dan imbuhan apitan MeN ...kan?Intinya bilakah kita mengguna meN dan MeN...Kan.Contoh,kita mengguna atau menggunakan pen untuk menulis? 5.Frasa "Sebagai contoh "atau "contoh",manakah yang persis dan betul? 6.Adakah perkataan "menanda" BETUL?contoh,cikgu Lim menanda kertas bahasa Melayu?atau Cikgu Lim menandai kertas BM

1.&2.- Kedua-duanya adalah betul dan ayat pertama adalah lebih khusus berbanding ayat yang kedua.

3. meningkatkan

4. meN- ialah awalan kata kerja aktif, sama ada transitif atau tak transitif. Manakala kata kerja yang terbentuk dengan apitan meN-...-kan ialah kata kerja transitif, iaitu yang digunakan sebagai unsur predikat yang memerlukan objek atau penyambut dalam transitif aktif. Contoh yang betul: Kita menggunakan pen untuk menulis. Sila rujuk Tatabahasa Dewan

 5. Kedua-duanya betul dan boleh digunakan.

6. Perkataan 'menanda' adalah tidak betul. Ayat yang betul - Cikgu Lim menandakan kertas bahasa Melayu.

Lain-lain06.10.2008
1. Ali menghidap ( penyakit , sakit) jantung berlubang. yang manakah betul, adakah kedua-dua juga betul digunakan? terima kasihJawapan yang betul ialah Ali menghidap penyakit  jantung berlubang.Lain-lain26.05.2010
Selamat pagi, saya ingin bertanyakan tentang soalan berdasarkan buku teks Bahasa Malaysia Tahun 1 iaitu: Saya sawi. Makanlah saya untuk mendapatkan vitamin. Saya buah-buahan. Makanlah saya untuk mencegah penyakit. Di sini lampirkan soalan peperiksaan iaitu soalan 3: sayur-sayuran boleh mencegah penyakit@sayur-sayuran banyak mengandungi vitamin. Soalan 5: Buah-buahan boleh mencegah penyakit@Buah-buahan banyak mengandungi vitamin. Adakah kedua-dua jawapan ini boleh diterima sedangkan buku teks hanya menyatakan buah-buahan mencegah penyakit manakala sayur-sayuran mengandungi banyak vitamin. Sekian,terima kasih.
Salam. Sayur dan buah, sememangnya kedua-duanya mempunyai kebaikan dan kelebihan yang sama. Dalam buku teks,  berkemungkinan bertujuan untuk menguji kepekaan dan kemahiran berfikir kanak-kanak tersebut. Oleh itu, penggunaan kedua-dua jawapan untuk no.3 dan 5 adalah  tidak salah, malahan guru digalakkan menggunakan kepelbagaian kreativiti untuk merangsang minda kanak-kanak, selagi tidak menyalahi  fungsi dan penggunaannya dalam bahasa.
Makna22.05.2017
Yang manakah satu betul dan mengapakah pernyataan tersebut betul? 1. (a) Hujan turun dengan lebat.(b) Hujan turun dengan lebatnya. 2. (a) Dia menghidap penyakit kanser. (b) Dia menghidapi penyakit kanser.1. Kedu- dua ayat boleh digunakan.

2. Ayat yang pertama lebih gramatis.

Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan untuk rujukan.
Tatabahasa21.08.2013
Adakah ayat berikut betul dari segi tatabahasanya dan jika salah sila nyatakan alasannya. 1. Autisma adalah satu penyakit yang kompleks dan para penyelidik sendiri tidak dapat mengenal pasti punca sebenarnya ia berlaku. 2. Antara satu sama keluarga dengan keluarga yang lain...Ayat 1 sepatutnya: Autisme ialah sejenis penyakit yang kompleks dan para penyelidik sendiri tidak dapat mengenal pasti punca sebenarnya ia berlaku. Dalam ayat ini, ejaan autisma sepatutnya autisme dan penggunaan "ialah" hendaklah diikuti oleh kata nama atau frasa nama yang bersifat persamaan sahaja. Ayat 2 agak mengelirukan, sepatutnya "Antara satu keluarga dengan keluarga yang lain".Tatabahasa24.02.2009
Assalamualaikum.Apakah perbezaan makna antara perkataan "mengelak" dengan "mengelakkan"? Ayat yang manakah betul: Ayat 1: Langkah-langkah pencegahan perlu diambil bagi "mengelakkan" penyakit berjangkit terus menular? Ayat 2: Langkah-langkah pencegahan perlu diambil bagi "mengelak" penyakit berjangkit terus menular? Mohon pencerahan.Mengelak dan mengelakkan membawa maksud yang sama iaitu menjauhkan atau menghindarkan diri daripada kena bahaya (tanggungjawab dan lain-lain), menjauhkan atau menyingkirkan sesuatu supaya jangan mengenai diri dan lain-lain. Namun begitu, mengelak ialah kata kerja tak transitif, manakala mengelakkan pula ialah kata kerja transitif yang perlu diikuti objek dalam ayat.

Ayat yang betul ialah "Langkah-langkah pencegahan perlu diambil bagi mengelakkan penyakit berjangkit terus menular." Perkataan yang menerima imbuhan meN-...-kan merupakan ayat kerja aktif transitif yang mengandungi objek yang terdiri daripada frasa nama untuk melengkapkan maksudnya. 
Tatabahasa18.02.2021
1. Saya tidak sabar lagi menunggu dia. 2. Penyakit H1N1 telah menimbulkan reaksi di kalangan rakyat. Adakah ayat- ayat di atas betul?1. Saya tidak sabar lagi menunggu dia. - ayat ini betul  2. Penyakit H1N1 telah menimbulkan reaksi di kalangan rakyat. - ayat ini kurang tepat kerana penggunaan kata reaksi kurang tepat dalam ayat tersebutTatabahasa04.09.2009
Assalamualaikum, Mohon jasa baik pihak tuan/puan mengenal pasti penggunaan ayat manakah yang lebih tepat. 1. Suami kesayangan saya ini sudah menderita akibat penyakit kanser paru-paru selama lebih dua setengah tahun. 2. Suami kesayangan saya ini sudah menderita akibat penyakit kanser paru-paru selama lebih dua tahun setengah. Jasa baik dan perhatian daripada pihak tuan/puan didahului dengan ucapan Terima Kasih:)

Yang betul adalah yang pertama, iaitu Suami kesayangan saya ini sudah menderita akibat penyakit kanser paru-paru selama lebih dua setengah tahun.

Tatabahasa21.11.2011
123456

Kembali ke atas