Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nya.lah.gu.na.an] | ڤڽالهݢوناءن

Definisi : perihal (perbuatan dsb) menyalahgunakan (sesuatu): ~ dadah; ~ kuasa; ~ tenaga dan kepakaran. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nya.lah.gu.na.an] | ڤڽالهݢوناءن

Definisi : perbuatan menyalahgunakan sesuatu: Kelima-lima negara bersetuju utk bekerjasama bagi menghapuskan ~ dadah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penyalahgunaan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
assalamualaikum saya mohon pihak berkenaan dapat membuat pemantauan berkenaan penyalahgunaan bahasa melayu. penyalahgunaan bahasa yang saya maksudkan ialah penggunaan bahasa rojak samada dalam media elektronik mahupun media cetak. perkataan FINAL sering digunakan dalam laporan berita sukan. mohon dapat diberikan perhatian. sekian,terima kasih.Terima kasih atas makluman yang diberikan. Perkara ini akan diambil perhatian dan tindakan yang sewajarnya. Kami juga mencadangkan tuan memberikan butiran kesalahan yang ditemukan dalam paparan awam dalam domain "Pantau Tegur Bahasa".Lain-lain11.06.2014
Saya ingin mengemukakan satu soalan mengenai penyalahgunaan bahasa melayu masa kini.Bahasa Melayu seolah-olah mengalami keracunan dan bolehkah anda senaraikan penyalahgunaan bahasa melayu dan huraikan dengan lebih lanjut tentang permasalahan ini.Sekian Terima Kasih.Penyalahgunaan bahasa Melayu berlaku apabila masyarakat pengguna bahasa Melayu tidak menggunakan bahasa Melayu mengikut hukum tatabahasa bahasa Melayu yang sedia ada. Penyalahgunaan bahasa Melayu berlaku dalam aspek ejaan, pemilihan kata, tatabahasa, sebutan dan juga penggunaan bahasa rojak, iaitu mencampuradukkan bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris. Saudara boleh melayari Laman DBP di bawah Pusat Dokumentasi Bahasa Melayu  untuk mendapatkan makalah atau rencana tentang perkara ini. yang diterbitkan di dalam majalah seperti Pelita Bahasa atau Jurnal Bahasa.  Lain-lain06.03.2008
Bagi penggunaan "/", adakah perkataan selepas dan sebelum "/" perlu dijarakkan atau dirapatkan? Contoh: "Penyalahgunaan lesen / tiada lesen" atau "Penyalahgunaan lesen/tiada lesen". Terima kasih.Penggunaan yang betul ialah perkataan sebelum  dan  selepas   dirapatkan, contohnya "Penyalahgunaan lesen/tiada lesen".Lain-lain22.08.2019
apakah contoh penyalahgunaan bahasa gramatis?Maksud bahasa gramatis ialah bahasa yang  berasaskan atau mengikut prinsip-prinsip nahu atau tatabahasa. Contoh penyalahgunaan bahasa gramatis ialah Ibu membelikan sepasang kasut untuk adik. Untuk penjelasan lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 194-196.Tatabahasa03.04.2010
Salam. Di dalam peristilahan penyalahgunaan digital, terdapat dua kategori berbeza (antara lain) iaitu "violence" dan "terrorism". Sekiranya "violence" diterjemahkan kepada "keganasan", bagaimanakah cara membezakan "violence" dan "terrorism" yang juga diterjemahkan sebagai "keganasan"? Contoh penggunaan ayat: "Report acts promoting violence" dan "Report acts promoting terrorism". Terima kasih.Sila nyatakan konsep atau konteks penggunaan perkataan "terrorism" dan "violence" untuk mendapatkan padanan perkataan bahasa Melayu.  Istilah16.06.2022
Apakah kadar purata bagi penyalahgunaan bahasa melayu dalam media pengiklanan?Soalan saudara memerlukan kajian yang terperinci untuk mendapatkan jawaban yang tepat. Sila rujuk artikel yang berkaitan dan buat analisis terhadap kesalahan bahasa yang tersebut untuk mendapatkan jawaban yang tepat.Tatabahasa27.08.2010
Saya menghadapi masalah dalam memperbetul ayat-ayat ini jika ayat-ayat ini salah. 1- Hal ini dilihat dari segi penyalahgunaan perkataan tertentu. (dari segi) 2- Pasukan bomba dari Balai Bomba Daerah Dungun samapai dalam masa 10 minit. (dari Balai) 3- Kita boleh membantu kedua-dua ibu bapa dengan meringankan bebanan tugas mereka. (boleh membantu)

Encik Nor Nizam, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.

Saya menghadapi masalah dalam memperbetul ayat-ayat ini jika ayat-ayat ini salah. 1- Hal ini dilihat dari segi penyalahgunaan perkataan tertentu. (dari segi) 2- Pasukan bomba dari Balai Bomba Daerah Dungun samapai dalam masa 10 minit. (dari Balai) 3- Kita boleh membantu kedua-dua ibu bapa dengan meringankan bebanan tugas mereka. (boleh membantu)

ketiga-tiga soalan yang ditanyakan adalah betul.

 

Tatabahasa17.03.2009
Selamat sejahtera, saya ingin melapor tentang penyalahgunaan bahasa namun tiada tab 'Pantau dan Tegur Bahasa' di profile ini.Sila masuk semula pautan di bawah untuk aduan bahasa.
http://sbmb.dbp.gov.my/kndbp/soaljawab/nb_soalan_pelanggan_bukan_web.aspx?mode=b

Terima kasih.
Lain-lain20.02.2017
apakah cara-cara yang paling berkesan bagi memartabatkan bahasa melayu melalui iklan? dan isu penyalahgunaan bahasa melayu dalam penggunaan papan tanda-berikan pendapat anda. terima kasihKhidmat Nasihat Bahasa memberikan perkhidmatan terhadap pertanyaan yang berkaitan dengan ejaan (Rumi dan Jawi), istilah, aspek tatabahasa, semakan bahasa dan sebagainya. Untuk pertanyaan yang memerlukan kajian dan pembacaan yang banyak kami cadangkan saudara manfaatkan bahan rujukan di Pusat Dokumentasi Melayu, Tingkat 3, DBP.Lain-lain24.03.2011
Assalamualaikum wbt., 'Motivational Interviewing' adalah salah satu daripada teknik terkini yg digunakan dlm disiplin kaunseling penyalahgunaan dadah di USA. Saya ingin bertanya DBP apa istilah 'Motivational Interviewing' terjemahan dlm Bahasa Melayu atau boleh sahaja dikekalkan seperti asalnya. Terima kasih. Dr Muzafar Razali mohdrazalim@vcu.eduCadangan istilah "Motivational Interviewing" dalam bahasa Melayu ialah "Dorongan Kendiri".Penyemakan dan penterjemahan16.06.2014
12

Kembali ke atas