Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nya.lin] | ڤڽالين

Definisi : 1. orang yg menyalin (men­terjemah dll): ~ hikayat tersebut ialah seorang peranakan; 2. alat atau mesin yg digunakan utk membuat salinan bahan bercetak dsb. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nya.lin] | ڤڽالين

Definisi : 1 orang yg menyalin atau yg menterjemahkan. 2 alat atau mesin yg digunakan utk membuat salinan bahan bercetak dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
salin (kata kerja)
1. Dalam konteks pakaian
bersinonim dengan tukar, ganti, silih, ubah,

2. Bersinonim dengan tulis: tiru, ikut, surih, tekap, fotokopi, mendua,

Kata Terbitan : bersalin, menyalin, menyalinkan, mempersalinkan, salinan, persalinan, penyalinan, penyalin,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
improvizationimprovisasiKesusasteraanTiada1. Suatu karya yang diperbaiki oleh penyalin atau penutur dalam masa yang berlainan atau oleh penyalin yang berlainan. Contoh: cerita lipur lara yang dibaiki oleh penuturnya untuk disesuaikan dengan keadaan atau naskhah yang dibaiki oleh penyalin dengan tujuan yang sama.
autotypeautotip; penyalin karbonPerpustakaanTiadaPenyalin karbon: Membuat salinan melalui proses karbon.
scribal emendationpembetulan penyalinKesusasteraanTiadaPembetulan yang dilakukan oleh penyalin di dalam sesebuah teks.
deletions by scribepenghapusan oleh penyalinKesusasteraanTiadaSesuatu bahagian yang dihilangkan oleh penyalin disebabkan kelalaian atau dengan tujuan tertentu.
copierpenyalinKejuruteraanTiadaTiada
exsheathmentpenyalin salutPertanianTiadaTiada
amanuensispenyalinSejarahTiadaSeseorang yang dibayar upah untuk menulis semula karangan atau menyalin apa-apa hasil tulisan orang lain.
copyistpenyalin rekaanKesenianTiadaSeseorang yang membuat replika pakaian yang diubah suai dari pereka fesyen terkenal untuk pengeluaran pakaian secara besar-besaran.
rewriterpenyalin ulangKesusasteraanTiadaOrang yang menyalin kembali teks yang sudah disalin oleh orang lain dan fungsinya untuk memperbanyak naskhah-naskhah tersebut.
recopierpenyalin ulangKesusasteraanTiadaOrang yang menyalin kembali sesebuah karya yang sudah disalin oleh orang lain.
12345

Kembali ke atas