Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nya.ma.an] | ڤڽاماءن

Definisi : perbuatan menyamakan (menye-laraskan): perjanjian tentang ~ ejaan bahasa Melayu dan bahasa Indonesia; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nya.ma.an] | ڤڽاماءن

Definisi : perbuatan (hal dsb) menyamai atau menyamakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penyamaan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera. Adakah betul untuk menterjemah "Dividend Equalisation" dan "Net Dividend Payable" sebagai "Penyamaan Dividen" dan "Dividen Bersih Dibayar"? Terima kasih.

Berikut merupakan cadangan padanan bahasa Melayu bagi perkataan yang dinyatakan:



1. Dividend equalization: Penyamaan dividen

2. Net dividend payable: Dividen bersih belum bayar/boleh dibayar/perlu bayar

Padanan perkataan bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa.

Istilah19.02.2022
Boleh saya tahu latarbelakang tokoh DBP Tun Dr. Tun Syed Nasir?Tun Syed Nasir lahir di Batu Pahat, Johor pada 7 Mac 1921 dan menerima pendidikan awal di sekolah Inggeris kerajaan di Batu Pahat. Beliau dilantik menjadi Pegawai Pelajaran Melayu Persekutuan pada Februari 1956 dan kemudiannya menjadi Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1957, menggantikan tempat Prof. Ungku Aziz. Antara jasa beliau adalah menerajui DBP dalam pertemuan penyamaan ejaan Malaya - Indonesia dan pengasas Bulan Bahasa Kebangsaan. Atas jasa sebagai pejuang bahasa kebangsaan beliau dianugerahi Ijazah Kehormat Doktpr Persuratan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia pada Jun 1978. Beliau kembali ke rahmatullah pada 16 Mac 1982Lain-lain12.04.2007

Kembali ke atas