Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nya.ma.ran] | ڤڽامرن

Definisi : perbuatan dsb menyamar; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nya.ma.ran] | ڤڽامرن

Definisi : perbuatan (atau hal) menyamar atau menyamarkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penyamaran


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah terjemahan kepada istilah 'catfishing' dalam konteks penipuan dalam talian? *Catfishing is when a scammer creates a fake account or identity to trick people into believing they are talking to a real person.Kami mencadangkan "catfishing" diterjemahkan sebagai "penipuan dalam talian" atau "penyamaran dalam talian". Namun, padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa.Penyemakan dan penterjemahan07.11.2021
Apakah terjemahan bagi 'shell company' yang merujuk kepada sesebuah syarikat atau perbadanan tanpa operasi perniagaan yang aktif atau aset tertentu.Shell company biasanya ditubuhkan bagi menyembunyikan aset peribadi di bawah nama perniagaan palsu untuk mengelak liabiliti cukai. Contoh senario seperti, seseorang yang menubuhkan syarikat palsu yang boleh dilakukan dengan mendapatkan dokumen yang sahih untuk membuka sebuah akaun bank di bawah nama syarikat tersebut. Akan tetapi, beliau memasukkan wang haram ke dalam akaun tersebut bagi menampakkan yang ia diperolehi secara sah. Shell company juga boleh ditubuhkan untuk tujuan yang sah seperti membantu mereka yang baru memulakan perniagaan mendapatkan tawaran awam lebih murah dan muda dalam bursa saham. Satu lagi contoh tujuan penubuhannya ialah apabila sesebuah syarikat berhubungan secara kewangan dengan syarikat lain. Namun, jika Syarikat A tak mahu berurus niaga dengan Syarikat B kerana Syarikat B mempunyai reputasi kurang baik, Syarikat B boleh menubuhkan satu shell company sebagai penyamaran supaya transaksi boleh dlakukan. Jadi apakah istilah paling sesuai untuknya? Syarikat palsu? Syarikat penyamaran? syarikat cengkerang? syarikat petala? Dan saya bukannya merujuk kepada Syarikat Shell (syarikat minyak) itu. Terima kasih.Untuk makluman tuan/puan, belum ada istilah dalam bahasa Melayu untuk perkataan “Shell Company”. Kami mencadangkan tuan/puan menggunakan perkataan dalam bahasa Inggeris, tetapi dalam huruf condong (Shell Company). Sekian. Terima kasih.Istilah29.08.2017
salam, saya ingin bertanya.apakah dimaksudkan sastera panji?,apakah ciri-ciri sastera panji? dan apakah funsi sesebuah sastera panji? kedua apakah buku yang sesuai untuk saya membuat rujukan bagi menkaji sastera panji. terima kasih

Panji adalah kata dalam bahasa Jawa Kuno yang digunakan sebagai gelaran bagi golongan bangsawan. Kemudian kata ini diberikan kepada anak raja yang menjadi watak utama dalam cerita-cerita panji. Ciri-ciri umum cerita panji ialah 1. plot yang yang sama dalam setiap cerita panji. 2. Tema pengembaraan panji untuk mencari kekasihnya 3. Unsur penyamaran dan lain-lain. Antara cerita panji yang terkenal ialah Hikayat Panji Semirang, Hikayat Misa Taman Jayeng Kusuma, Hikayat Chekil Waneng Pati, Hikayat Misa Perabu Jaya, Cerita Damar Wulan dan lain-lain. Untuk merujuk lebih maklumat tentang Sastera Panji, saudara boleh dapatkan buku Kesusasteraan Melayu Tradisional yang diterbitkan oleh DBP. Sekian, terima kasih. Bahasa Jiwa Bangsa.

 

Lain-lain12.08.2009

Kembali ke atas