Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nya.ma.ran] | ڤڽامرن

Definisi : perbuatan dsb menyamar; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nya.ma.ran] | ڤڽامرن

Definisi : perbuatan (atau hal) menyamar atau menyamarkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penyamaran


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
masquerading hosthos penyamaranTeknologi MaklumatKeselamatan Komputer1. Komputer yang digunakan oleh pengguna hasad untuk melancar -kan serangan penyamaran. Komputer ini mengandungi antara muka palsu yang setara dengan antara muka yang ada pada hos sebenar dan digunakan oleh pengguna hasad untuk mengumpul maklumat peribadi pengguna yang sah. 2. Komputer proksi yang melindungi komputer lain di belakangnya yang mempunyai alamat Protokol Internet (IP). Pada pandangan pihak luar, komputer yang dilindungi akan dilihat seolah-olah mempunyai alamat yang sama seperti komputer proksi. Sinonim komputer penyamaran.
masquerading computerkomputer penyamaranTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerLihat hos penyamaran.
replay attackserangan ulanganTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerSerangan ke atas rangkaian yang menyebabkan data yang dihantar oleh pengguna melalui rangkaian dipintas dan dihantar semula secara tidak sah oleh pengguna hasad. Serangan ini bertujuan untuk penyamaran atau pengubahan data. Penyamaran ulangan melibatkan paket data yang mengandungi kata laluan seseorang pengguna boleh dipintas dari rangkaian oleh pengguna hasad. Setelah pemintasan, pengguna hasad boleh melawati laman yang dikunjungi pengguna sebenar dan mengulangi penghantaran paket tersebut untuk mensimulasikan kemasukan kata laluan. Contoh variasi serangan ulangan untuk perubahan data pula ialah fenomena yang berlaku dalam urus niaga perbankan apabila paket urus niaga deposit wang ke dalam suatu akaun dipintas. Paket data yang sama boleh diulang berkali-kali untuk mensimulasikan deposit wang yang berterusan. Banding serangan aktif dan serangan pasif.
masquelakon topengKesenianDrama dan TeaterDrama yang dijayakan oleh pelakon yang memakai topeng atau sebarang bentuk penyamaran. Lakon topeng juga ialah sejenis persembahan yang memasukkan unsur tarian dan nyanyian dalam bentuk perarakan dan penyamaran itu biasanya digunakan untuk menggambarkan watak tertentu yang terkenal dalam kalangan rakyat. Contohnya, Awang Batil di Perlis.
camouflagepenyamaranPendidikanTiadaTiada
camouflagepenyamaranPerikananTiadaTiada
camouflagepenyamaranPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
camouflagepenyamaranPertanianTiadaTiada
camouflagepenyamaranKejuruteraanTiadaTiada
camouflagepenyamaranGeologiTiadaTiada
123

Kembali ke atas