Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nyam.bung] | ڤڽامبوڠ

Definisi : 1. sesuatu (alat dll) yg menyam-bung atau meneruskan, penghubung; tanda ~ tanda sempang; 2. orang yg menyambung atau meneruskan sesuatu usaha, tugas, dll: kamu semua adalah ~ usahaku; ~ lidah orang perantaraan, jurubicara. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nyam.bung] | ڤڽامبوڠ

Definisi : sesuatu yg digunakan utk menyambung; sesuatu yg menyambungkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Ayat manakah yang betul? 'Kesalahan penggunaan kata penyambung ayat seterusnya ialah' atau 'seterusnya, kesalahan penggunaan kata penyambung ayat ialah'Kedua-dua ayat tersebut boleh digunakan.Tatabahasa11.09.2013
adakah bongkah polistirena dan bola ping pong serta penyambung "L" merupakan kata majmuk rangkai kata bebas?Kata majmuk ialah perkataan yang dibentuk dengan merangkaikan beberapa kata dasar; bentuk yang terhasil membawa makna tertentu, dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit, contohnya kapal terbang, ibu bapa sapu tangan dan sebagainya. Kata majmuk terbahagi kepada tiga jenis,  iaitu:

1) Kata majmuk yang terdiri daripada rangkai kata bebas, contohnya guru besar, tengah hari dan balai raya.

2) Kata majmuk yang juga merupakan istilah khusus dalam bidang ilmiah, contohnya graf terarah, program bahasa dan analisis teks.

3) Kata majmuk yang mendokong maksud kiasan, iaitu simpulan bahasa, contohnya cakar ayam, lipas kudung dan anak emas.

kata majmuk yang mantap sahaja dieja satu perkataan iaitu warganegara, setiausaha, olahraga, jawatankuasa, tandatangan, suruhanjaya, tanggungjawab, kakitangan, antarabangsa, jawatankuasa, pesuruhjaya, matahari, bumiputera, sukarela, kerjasama, beritahu. Kata majmuk yang lain dieja dua perkataan
Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 133.

Jika merujuk kepada maksud tersebut, ini bermakna bongkah polistirena, bola pingpong dan penyambung 'L' merupakan kata majmuk bebas.

Tatabahasa29.12.2015
Tidak bolehkah meletakkan kata hubung di hadapan ayat?Kata penyambung ayat ialah kata hubung, iaitu sejumlah perkataan yang bertugas menghubungkan dua binaan ayat atau lebih sehingga menjadi satu bentuk ayat yang berlapis, yang dikenali sebagai ayat majmuk. Berdasarkan yang tersebut kata hubung tidak boleh berada di depan ayat.Tatabahasa27.10.2015
Fasihah Anis Feb 16th, 4:35pm kata tugas:kata praklausa,kata penyambung ayat,kata pascakata dan kata prafrasa..boleh tak tolong listkan ap yang ad di dalamnyaUntuk makluman puan, perihal kata telah diterangkan dalam buku Tatabahasa Dewan. Takrif kata (termasuklah senarai kata) dan contoh penggunaan kata boleh dilihat dalam buku tersebut. Untuk pemahaman yang lebih mudah, puan boleh rujuk buku Tatabahasa Dewan, Edisi Sekolah Rendah.Tatabahasa16.02.2015
Salam sejahtera, adakah perkataan "ketersambungan" terdapat dalam bahasa Melayu?Tidak ada kata terbitan "ketersambungan", yang ada bersambung, menyambung, menyambungkan, persambungan, penyambungan, sambungan, bersambungan dan penyambung.Tatabahasa22.07.2022
Mana satu ayat yang betul. 1. Peserta bengkel diminta membawa bersama komputer riba dan laporan ke bengkel tersebut. 2. Peserta bengkel diminta membawa bersama-sama komputer dan wayar penyambung ke bengkel tersebut.Ayat yang tepat ialah ayat kedua.Lain-lain12.06.2015
bolehkah kata hubung 'dan' berada di pangkal ayat?Kata hubung "dan" tidak boleh berada di pangkal ayat. Pada kelazimannya, kata hubung "dan" diletakkan pada pertengahan ayat kerana fungsinya sebagai penyambung wacana.Tatabahasa23.08.2015
Salam sejahtera, "Dan kalau anak-anaknya geliga " adakah ayat ini betul? boleh guna dan-kalau dalam suatu masa?Salam sejahtera,

Untuk makluman, kata hubung "dan" tidak boleh berada di pangkal ayat. Pada kelazimannya, kata hubung "dan" diletakkan pada pertengahan ayat kerana fungsinya sebagai penyambung wacana. Ini bermakna, ayat tersebut tidak betul.
Tatabahasa18.10.2015
Salam sejahtera tuan/puan. Sukacita sekiranya pihak tuan/puan dapat memberikan terjemahan bagi istilah-istilah berikut: - jumper - harness - flange-mounted receptacle - optical flying leads (OFL) - mate/de-mate tool - mateable - wet-mate - fiber marshalling unit (FMU) - 1out harness - nominal - mated/unmated - stab - diver - Retrievable Electrical Distribution Unit - bulkhead Bidang teks ialah alat elektronik penerokaan dasar laut. Sekian terima kasih.Kami mencadangkan padanan istilah dalam bahasa Melayu seperti yang berikut:

jumper - jumper
harness - abah-abah
flange-mounted receptacle - reseptakel bebibir lekap
optical flying leads (OFL) - plumbum terbang optikal
mate/de-mate tool - perkakas penyambung/perkakas nyahsambung
mateable - boleh sambung
wet-mate - penyambung basah
fiber marshalling unit (FMU) - unit penyusunan fiber
1out harness - 1out harness
nominal - nominal
mate/unmated - sambung/tak sambung
stablizer jacket or stab - jaket penstabil; jaket pengimbang
diver - penyelam
Retrievable Electrical Distribution Unit - Unit Agihan Elektrik Boleh Cabut
bulkhead - dinding sekatan

Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu. Pihak kami juga amat berbesar hati sekiranya pihak tuan dapat memberikan huraian konsep bagi istilah tersebut agar kami dapat memberikan cadangan padanan bahasa Melayu yang sesuai.
Lain-lain22.06.2021
Saya ingin tahu jika ada makna lain utk perkataan "attachment" dalam BM selain drpd perapatan (atau yg blh didapati dlm kamus sedia ada). Saya ingin cuba dapatkan makna dalam bahasa klasik.Menurut Kamus Inggeris-Melayu Dewan, attachment bermaksud n 1. means of attaching, penyambung; 2. affectionate regard, a. (to a person) rapat: he formed an ~ for a girl who worked in a travel agency, dia menjadi rapat dengan seorang gadis yang bekerja di sebuah agensi pelancongan; b. (to an animal) sayang akan; c. (to a country) rasa cinta: his ~ to the old country was obvious, rasa cintanya terhadap negara asalnya nyata sekali; 3. object (to be) attached, alat tambahan: a lathe with a drilling ~, mesin larik serta alat tambahan utk menggerudiMakna26.08.2013
12

Kembali ke atas