Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nyam.bung] | ڤڽامبوڠ

Definisi : 1. sesuatu (alat dll) yg menyam-bung atau meneruskan, penghubung; tanda ~ tanda sempang; 2. orang yg menyambung atau meneruskan sesuatu usaha, tugas, dll: kamu semua adalah ~ usahaku; ~ lidah orang perantaraan, jurubicara. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nyam.bung] | ڤڽامبوڠ

Definisi : sesuatu yg digunakan utk menyambung; sesuatu yg menyambungkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SCHELLING, FRIEDRICH WILHELM JOSEPH VON

Schelling, Friedrich Wilhelm Joseph von

(1775–1854) ialah ahli falsafah Jerman. Karya awalnya

difahamkan sebagai penyambung penting antara

Immanuel Kant dengan Johann Gottlieb Fichte pada

satu pihak, dan G.W.F. Hegel pada satu pihak lagi.

Karya ini memaparkan idealisme dan romantisisme

Jerman. System of Transcendental Idealism (1800),

ialah karya Schelling yang utama pada zaman

remajanya. Dia kemudian mengkritik karyanya yang

awal dan falsafah Hegel sebagai “falsafah negatif”.

Schelling cuba mengembangkan “falsafah positif”

yang menekankan pendedahan dan pengaruh

eksistensialisme.

UMUM 
GANDINGAN PAIPPerkakas atau peranti yang digunakan untuk menyambungkan paip yang kedua-dua hujungnya mempunyai bahagian pin. Bahagian pin ialah bahagian permukaan luar yang diulirkan. Selain itu, perkakas ini juga dikenali sebagai relang paip, penyambung paip, pencantum paip dan sebagainya. Gandingan paip yang digunakan mungkin terdiri daripada pelbagai bentuk seperti bentuk lurus, bentuk T, bentuk silang dan sebagainya.....Rujuk Ensiklopedia Sains dan TeknologiKEJURUTERAANKonsep
SENDI

Sendi ialah tempat pertemuan dua atau lebih

tulang dalam rangka tubuh. Tempat ini dikenali

juga sebagai artikulasi . Sendi boleh jadi tetap atau

boleh bergerak . Sendi tetap ialah kelim di antara

tulang yang terletak bertentangan dengan sama

satu lain, atau dipisahkan oleh satu lapisan nipis

tisu penyambung. Apabila terhantuk atau

kemalangan, sendi ini boleh menyerap secukup

kejutan supaya tulang tidak patah. Sendi pada

kranium (meliputi otak) adalah tetap dan

melindungi otak.

UMUM 

Kembali ke atas