Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nyam.bu.ngan] | ڤڽامبوڠن

Definisi : perihal menyambung, pe-nerusan: hari ~ pembicaraan itu telah pun ditetapkan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin bertanya tentang tatabahasa ayat ini dan penggunaan perkataan "sambungan" dan "penyambungan". Contoh ayat: Jika anda mengalami masalah seperti kualiti media rendah atau penghantaran mesej tertangguh, ia mungkin masalah berkaitan penyambungan. (Atau sambungan?). Terima kasihPerkataan yang digunakan dalam ayat tersebut ialah penyambungan.
"Jika anda mengalami masalah seperti kualiti media rendah atau penghantaran mesej tertangguh, ini mungkin masalah penyambungan."
Lain-lain03.12.2021
Salam, saya sedang mengedit jawapan untuk karangan autobiografi 'Aku sebuah tandas awam'. Saya ingin bertanya, penggunaan penyambungan 'ku' di belakang perkataan yang macam mana yang dikatakan betul dan sesuai? 1. membelek-belek tubuhku @ membelek-belek tubuh aku 2. tukang cuci itu mencuciku @ tukang cuci itu mencuci aku 3. badanku diperbuat daripada batu @ badan aku diperbuat daripada batu dan seumpamanya.. Sekian, terima kasih.
Kata ganti nama diri ku ialah kependekan aku dan digunakan juga sebagai awalan yang terikat dengan kata kerja pasif atau kata yang mendahuluinya, contohnya kulihat, kudengar, rumahku, menemaniku dan lain-lain. Bagi ayat yang dinyatakan, kesemuannya tepat penggunaan sama ada aku mahupun ku.
Tatabahasa27.12.2012
Salam sejahtera, adakah perkataan "ketersambungan" terdapat dalam bahasa Melayu?Tidak ada kata terbitan "ketersambungan", yang ada bersambung, menyambung, menyambungkan, persambungan, penyambungan, sambungan, bersambungan dan penyambung.Tatabahasa22.07.2022
Bagaimana untuk membezakan penggunaan kata hubung pancangan komplemen 'untuk' dan kata hubung 'untuk' pancangan keterangan

Kata hubung ialah perkataan yang bertugas untuk menghubungkan atau menyambungkan dua ayat tunggal atau lebih daripada dua ayat tunggal. Ayat yang terhasil daripada penyambungan dua ayat atau lebih daripada dua ayat dinamakan ayat majmuk. Kata hubung pancangan menyambungkan satu ayat induk dengan satu atau lebih ayat kecil. Kata hubung pancangan terbahagi kepada tiga jenis iaitu; kata hubung pancangan relatif, kata hubung pancangan komplemen dan kata hubung pancangan keterangan. Kata hubung pancangan komplemen menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu kata hubung pancangan komplemen berfungsi menghubungkan satu klausa yang menjadi komplemen atau pelengkap pada satu klausa utama. Dua kata komplemen yang sering digunakan ialah bahawa dan untuk. Contoh ayat ialah "guru itu menyatakan bahawa muridnya sangat rajin". "Untuk memaksa dia hadir adalah tidak wajar" dan "untuk banduan itu melepaskan diri sungguh mustahil". Kata hubung pancangan keterangan pula berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi keterangan pada satu klausa utama. Kata keterangan yang biasa digunakan ialah kerana, hingga, kalau, agar, jika, sungguhpun, supaya, menjadi, untuk, apabila. Contoh ayat ialah "Kalau musuh menyerang, kami akan melawan". "Nira dikumpulkan untuk dibuat manisan dan tuak".

Tatabahasa11.08.2008
Apakah terjemahan bagi istilah 'reducing washer'? (kategori:kejuruteraan)Di dalam Sistem Pusat Rujukan Persuratan Melayu kami masih tidak ada istilah ini. Jika mengikut konsep dari bidang kejuruteraan washer bermaksud  sesendal iaitu sejenis gelang nipis, rata atau cakera berlubang yang diperbuat daripada logam, kulit dan getah. Sesendal digunakan dalam kerja penyambungan atau pemasangan untuk memastikan keketatan. Manakala reducing pula lebih sesuai dengan maksud penurunan mengikut konsep daripada bidang kejuruteraan ini. Cadangan yang sesuai daripada pihak kami bagi istilah 'reducing washer ialah sesendal penurunan mengikut kesesuaian dengan konteks yang digunakan.Penyemakan dan penterjemahan02.12.2015
Apakah terjemahan bagi istilah Bahasa Inggeris 'open washer'? (kategori kejuruteraan)Bagi istilah ini masih lagi tiada dalam Sistem Pusat Rujukan Persuratan Melayu DBP. Cadangan yang boleh kami berikan untuk istilah bahasa Inggeris 'open washer' ialah jika merujuk kepada kamus dewan washer dalam bidang kejuruteraan ialah bermaksud sesendal iaitu sejenis gelang nipis, rata atau cakera berlubang yang diperbuat daripada logam, kulit dan getah. Sesendal digunakan dalam kerja penyambungan atau pemasangan untuk memastikan keketatan.. Manakala open pula bermaksud terbuka. Maka terjemahan yang sesuai bagi open washer ialah sesendal terbuka jika bersesuaian dengan konteks yang digunakan.Penyemakan dan penterjemahan02.12.2015

Kembali ke atas