Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nyam.bu.ngan] | ڤڽامبوڠن

Definisi : perihal menyambung, pe-nerusan: hari ~ pembicaraan itu telah pun ditetapkan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
penyambunganperihal menyambung, pe-nerusan: hari ~ pembicaraan itu telah pun ditetapkan;Kamus Dewan Edisi Keempat
penyambunganperbuatan (hal dsb) menyambung atau menyambungkan.Kamus Pelajar
terdawai ATAU(wired-OR)Kaedah penyambungan litar yang membolehkan litar berasingan disambung sebagai litar logik ATAU. Titik penyambungan litar ini akan mempunyai aras logik 1 jika output mana-mana litar yang disambung pada titik tersebut mempunyai nilai logik 1.Kamus Komputer
tatarajah(configuration)Kaedah penyambungan dan kandungan komponen yang terdapat dalam sesuatu sistem pada satu-satu ketika.Kamus Komputer
sambung; bersambung penyambungan perbuatan (hal dsb) menyambung atau menyambungkan.Kamus Pelajar
suap balik(feedback)Kaedah penyambungan litar yang mengaitkan bahagian output dengan bahagian input melalui gelung tertutup. Ini membolehkan sistem menyelaraskan pengendalian litar secara berterusan dengan membandingkan isyarat output dengan isyarat input. Jika pengendalian sistem tidak lagi sejajar, suatu perbezaan akan wujud daripada perbandingan isyarat dan perbezaan isyarat ini akan digunakan untuk menyelaraskan litar supaya sistem menjadi sejajar semula.Kamus Komputer
litar(circuit)1. Sistem penyambungan bahan pengalir dengan unsur elektrik atau elektronik. 2. Sambungan perhubungan di antara dua titik pangkalan.Kamus Komputer
penerusanperbuatan atau hal meneruskan; penyambungan; pe­lanjutan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
tatarajah lelabah(spider configuration)Kaedah penyambungan bagi sistem rangkaian teragih yang mempunyai sebuah sistem komputer terpusat untuk mengawasi kegiatan beberapa sistem rangkaian komputer.Kamus Komputer
rangkaian komputer(computer network)Sistem penyambungan antara dua komputer atau lebih dengan peralatan persisian. Rangkaian ini membolehkan pemprosesan sendirian dan selari dijalankan, dan membolehkan maklumat, data, persisian, seperti peranti simpanan kekal yang besar dan pencetak, dikongsi bersama oleh semua komputer dalam rangkaian ini.Kamus Komputer
1234

Kembali ke atas