Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nyam.paian] | ڤڽمڤاين

Definisi : perihal menyampaikan sesuatu: adakah ~ pelajaran itu dilakukan dgn tulus ikhlas? (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nyam.paian] | ڤڽمڤاين

Definisi : perbuatan atau hal menyampaikan: ~ hadiah akan dilakukan oleh Guru Besar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penyampaian


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah penggunaan yang betul bagi perkataan berikut: - penyampaian kediri atau pun penyampaian kendiri? sbg contoh; Notis Kebankrapan tersebut disampaikan secara penyampaian kediri / kendiri?Salam sejahtera,

Kedua-dua perkataan kediri dan kendiri mempunyai maksud yang sama.

Tetapi, kebiasaan yang sering digunakan ialah penyampaian kendiri. Penggunaan perkataan ini juga berdasarkan bidang tertentu. Sebagai contoh dalam bidang undang-undang, padanan dalam bahasa Melayu bagi perkataan personal service ialah penyampaian ke diri.

Untuk maklumat lanjut sila layari http://prpm.dbp.gov.my/.

Sekian, terima kasih.
Tatabahasa21.12.2017
DEFINASI "SISTEM PENYAMPAIAN"Sistem penyampaian ialah prosedur urusan perkhidmatan kerajaan dalam melaksanakan perkhidmatan dan pentadbiran kerajaan kepada masyarakat supaya lebih berkesan dan cepat. Sila rujuk pekeliling Jabatan Perdana Menteri - UPTM 159/476/3 bertarikh 16 Februari 2005 yang bertajuk "Usaha Meningkatkan Keberkesanan Sistem Penyampaian Perkhidmatan Kerajaan Melalui Penurunan dan Perwakilan Kuasa". Rujuk MAMPU untuk maklumat lanjut.Lain-lain22.12.2006
Yang manakah betul. "Hari Anugerah Cemerlang dan Majlis Penyampaian Sijil Tamat PraSekolah" atau "Hari Anugerah Kecemerlangan dan Majlis Penyampaian Sijil Tamat PraSekolah"? Atau jika pihak tuan ada cadangan yang lebih baik. Terima KasihAyat yang betul ialah "Hari Anugerah Pelajar Cemerlang dan Majlis Penyampaian Sijil Tamat Prasekolah" atau "Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar dan Majlis Penyampaian Sijil Tamat Prasekolah."Lain-lain18.11.2017
SAYA MOHON KEPASTIAN PIHAK TUAN, BERKAITAN PERKATAAN YANG TEPAT UNTUK AYAT BERIKUT "MAJLIS PENUTUP & PENYAMPAIAN SIJIL" ATAU "MAJLIS PENUTUPAN & PENYAMPAIAN SIJIL" SEKIAN , TERIMA KASIH.Yang betul ialah "Majlis Penutupan dan Penyampaian Sijil"Tatabahasa11.10.2007
MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH SAYEMBARA MENULIS NOVEL SAINS ANGKASA 2013/2014 DAN PELANCARAN SAYEMBARA MENULIS KARYA KREATIF 2015 Khalid Al Walid Adakah novel yang menang akan diterbitkan oleh DBP?Untuk makluman, semua novel dan bahan karya lain yang menang dalam kedua-dua sayembara akan diserahkan kepada Bahagian Buku Kanak-kanak dan Remaja DBP untuk diterbitkanLain-lain17.12.2014
Ungkapan penyampaian secara mind-on dan hands-on sering digunakan. Apakah terjemahan untuk minds-on dan hands-on (dalam konteks/bidang mata pelajaran sains) dalam bahasa Melayu?Untuk makluman, istilah bahasa Melayu untuk "hands-on" ialah amali. Walau bagaimanapun, belum ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk minds-on. Istilah ini akan dikemukakan kepada Bahagian Peristilahan dan Leksikologi untuk mendapatkan padanan bahasa Melayu yang sesuai.Istilah07.03.2014
MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL KURSUS MENGGUNAKAN ISTILAH KOMENSMEN, ADAKAH INI BOLEH DITERUSKAN KERANA PERKATAAN ITU TIDAK TERDAPAT DALAM KAMUS DEWAN.Perkataan "komensmen" tiada dalam bahasa Melayu. Oleh itu perkataan tersebut tidak boleh diteruskan dan hendaklah menggunakan istilah bahasa Melayu yang tepat.

Jika perkataan yang dimaksudkan commencement (bahasa Inggeris), bermaksud permulaan ataupun pembukaan.
Tatabahasa26.02.2013
Bolehkah perkataan apresiasi digunakan untuk majlis hari ucapan dan penyampaian hadiah peringkat sekolah. Di tulis di banner sebagai ganti majlis hari ucapan dan penyampaian hadiah yang dilakukan di setiap sekolah pada akhir tahun. Contoh ayat. Majlis apresiasi peringkat sekolah Pemahaman saya, apresiasi lebih merujuk kepada seni. Sedangkan majlis ini bertujuan untuk meraikan kejayaan murid.Apresiasi juga bermaksud penghargaan atau penghormatan terhadap jasa, sumbangan dan sebagainya terhadap seseorang atau sesuatu pihak. Berdasarkan maksud ini, Majlis Apresiasi tidak sesuai bagi merujuk majlis hari ucapan dan penyampaian hadiah kepada pelajar.Tatabahasa04.11.2015
Bolehkah majlis untuk penyampaian sijil diploma atau yang setaraf dengannya dinamakan majlis konvokesyen atau majlis graduasi?Majlis penyampaian sijil diploma tidak boleh dinamakan sebagai majlis konvokesyen kerana konvokesyen untuk ijazah sahaja.Lain-lain14.06.2015
Pengurusan atasan Majlis Bandaraya Alor Setar juga mengiktiraf penyampaian minit Mesyuarat Kajian Semula pengurusan adalah juga penyampaian Keputusan Hasil Kajian Semula PengurusanSila nyatakan persoalan berkenaan bahasa Melayu dengan lebih jelas agar pihak kami dapat menjawab dengan baik dan betul. Lain-lain24.08.2022
12345678

Kembali ke atas