Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Merujuk soalan 85. Saya berpendapat bahawa ' ' Sila hubungi Cik Yusop bin Mohamad melalui talian 03-33333333'. lebih tepat kerana 'melalui' juga boleh dianggap sebagai kata sendi nama (TD Edisi Ketiga m.s 279) dengan contoh ayatnya' Berita kematiannya dihebahkan melalui radio'. ' Melalui' digunakan kerana berkaitan dengan maksud ' saluran' penyampaian maklumat. Minta pandangan tuan.

Kami bersetuju dengan pandangan saudara.

Tatabahasa25.03.2010
Apakah penggunaan yang betul bagi perkataan berikut: - penyampaian kediri atau pun penyampaian kendiri? sbg contoh; Notis Kebankrapan tersebut disampaikan secara penyampaian kediri / kendiri?Salam sejahtera,

Kedua-dua perkataan kediri dan kendiri mempunyai maksud yang sama.

Tetapi, kebiasaan yang sering digunakan ialah penyampaian kendiri. Penggunaan perkataan ini juga berdasarkan bidang tertentu. Sebagai contoh dalam bidang undang-undang, padanan dalam bahasa Melayu bagi perkataan personal service ialah penyampaian ke diri.

Untuk maklumat lanjut sila layari http://prpm.dbp.gov.my/.

Sekian, terima kasih.
Tatabahasa21.12.2017
DEFINASI "SISTEM PENYAMPAIAN"Sistem penyampaian ialah prosedur urusan perkhidmatan kerajaan dalam melaksanakan perkhidmatan dan pentadbiran kerajaan kepada masyarakat supaya lebih berkesan dan cepat. Sila rujuk pekeliling Jabatan Perdana Menteri - UPTM 159/476/3 bertarikh 16 Februari 2005 yang bertajuk "Usaha Meningkatkan Keberkesanan Sistem Penyampaian Perkhidmatan Kerajaan Melalui Penurunan dan Perwakilan Kuasa". Rujuk MAMPU untuk maklumat lanjut.Lain-lain22.12.2006
Berikan konsep ucapan. Berikan ciri-ciri ucapan. Bagaimanakah kaedah penyampaian ucapan yang baik?Konsep ucapan ialah apa yang diucapkan, perkataan atau kata-kata yg diucapkan. Ini termasuk cara menyebut sesuatu kata, lafaz atau sebutan. Ucapan ini juga termasuklah syarahan atau pidato, Untuk mempelajari penyampaian ucapan yg baik, sdr perlukan latihan berterusan, kawalan suara, sebutan yg jelas termasuk intonasi dan sbgnya. Perkara lain yang perlu diberikan perhatian ialah audiens yang hadir sewaktu sdr memberikan ucapan, Adakah audiens itu dari golongan remaja, kanak-kanak ataupun orang dewasa. Untuk maklumat lanjut ttg mendapatkan kaedah yang baik dan bernas dalam pengucapan, saya cadangkan sdr berhubung dgn pihak MADUM, iaitu Majlis Debat Universiti Malaysia. Sdr akan diberikan penerangan selanjutnya ttg teknik ucapan yg baik dan sebagainya. Selamat Maju Jaya. Terima kasih.   Lain-lain16.07.2008
Berikut beberapa pertanyaan tambahan dari saya. 7. Mengapa kata “selsius” tidak ada di dalam kamus? Apakah alasan DBP menggunakan ejaan bahasa Inggris iaitu “celsius”? 8. Adakah lagu boleh dianggap atau dikategorikan sebagai salah satu bentuk syair? 9. Adakah kata “rentan” boleh digunakan untuk hal-hal selain dari penyakit? Seperti contoh, “Indonesia merupakan negara rentan gempa bumi kerana kedudukan geografinya yang berada di kawasan lingkaran api pasifik.” Dalam bahasa Indonesia, terdapat kata “rawan” yang bererti mudah menimbulkan gangguan keamanan atau bahaya. 10. Mengapa kata “iya” tidak terakam di dalam kamus Dewan? Mengapa DBP menggunakan ejaan “ia”? Sedangkan kata “ia” juga mempunyai maksud yang lain. Pada hemat saya, lebih wajar sekiranya ejaan “iya” digunakan dan dirakamkan dalam kamus Dewan untuk mewujudkan perbezaan antara “ia” yang bermaksud “ya” dan “ia” yang bermaksud kata ganti nama. Mohon dipertimbangkan. 11. Adakah bahasa Melayu klasik yang berkembang sewaktu zaman Kesultanan Melayu Melaka menggunakan dialek Melayu baku atau dialek Johor-Riau? 12. Siapakah yang mencipta sebutan/dialek baku bahasa Melayu? Kerana ada yang mengatakan bahawa Raja Ali Haji adalah orang yang pertama kali mewujudkan dan menyusun penyebutan baku untuk bahasa Melayu. Mohon jawaban dari pihak DBP untuk kesemua 12 pertanyaan berikut. Terima kasih.7. Selsius tidak terakam di dalam kamus kerana ejaan yang disepakati oleh MABBIM ialah Celsius. Kependekan juga digunakan bagi maksud Celsius atau Centigrade yang selaras dengan skala sukatan antarabangsa.
8. Sesebuah lagu boleh dikategorikan sebagai salah satu bentuk syair jika memenuhi ciri-ciri puisi tradisional tersebut.
9. Makna kata rentan yang terakam dalam kamus terbitan DBP masih berkenaan penyakit. Jika kata tersebut telah meluas digunakan dan difahami oleh masyarakat bagi maksud yang lain, secara lazimnya akan dirakamkan sebagai peluasan makna. 
10. Kata ia bagi maksud ya telah terakam dalam kamus DBP sejak tahun 1970 lagi. Cadangan untuk menukar ia dengan ejaan iya bagi membezakan dengan makna ia (kata ganti nama) akan dipertimbangkan dan diputuskan bersama-sama pakar bahasa.
11. Bahasa Melayu klasik pada zaman Kesultanan Melayu Melaka tidak menggunakan bahasa Melayu baku. Pelbagai dialek/bahasa sukuan dalam rumpun Melayu digunakan sebagai medium penyampaian maklumat di rantau ini.
12. Di Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka merupakan badan perancang bahasa yang menjalankan fungsi penubuhannya, termasuk pengekodan bahasa kebangsaan supaya menghasilkan ejaan dan sebutan yang baku atau standard. Usaha ini dilaksanakan oleh petugas DBP dengan kerjasama pakar bahasa dan pakar bidang, disokong oleh ilmu yang ditinggalkan oleh tokoh-tokoh hebat yang terdahulu. Untuk maklumat lanjut sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 3-40).
Lain-lain07.06.2023
Assalamualaikum & selamat sejahtera. Saya mempunyai kemusyikilan tentang terjemahan yang tepat untuk perkataan 'presentation' dalam konteks ICT. Adakah perkataan ini boleh diterjemahkan sebagai pembentangan atau penyampaian atau persembahan? Yang manakah lebih tepat dari sudut tatabahasa? Saya mohon bantuan dari pihak tuan untuk menjelaskan hal ini. Sekian, terima kasih.Untuk makluman, istilah bahasa Melayu untuk presentation dalam bidang Teknologi Maklumat ialah persembahan. Istilah penyampaian dan persembahan terdapat dalam bidang lain seperti Pendidikan dan Pentadbiran. Walau bagaimanapun, ketepatan padanan bahasa Melayu bergantung pada konsep dan konteks istilah tersebut.Istilah30.08.2012
SAYA INGIN MENDAPATKAN MAKLUMAT TENTANG BAHASA CONTOH TAKRIF BAHASA,APA DIA B.RASMI,B.KEBANGSAAN,B.PENGANTAR,B.ILMU, B.KOMUNIKASI DAN APA JUGA YANG BERKAITAN DENGAN BAHASA MALAYSIA DALAM ASPEK TAKRIF & KONSEP.

Kami perturunkan takrif bahasa yang ada dalam kamus dan untuk takrif yang lebih khusus atau teknikal sila rujuk buku yang berkaitan. terima kasih.

1.Bahasa ialah sistem lambang bunyi suara yg dipakai sbg alat perhubungan dlm lingkungan satu kelompok manusia (antara seorang individu dgn individu yg lain dsb. Bahasa baku ialah bahasa yg teratur dan mantap pelbagai aspeknya (spt ejaan, bentuk kata, tatabahasa, dll) dan diterima oleh masyarakat sbg norma penggunaan yg betul atau sahih, bahasa standard;bahasa ibu (ibunda) bahasa sendiri yg dipakai sejak kecil; bahasa ilmu bahasa yg mampu menjadi perantaraan bagi penyampaian ilmu pengetahuan sehingga ke peringkat tinggi; bahasa kebangsaan ialah bahasa yg diterima dan digunakan ramai oleh penduduk dlm sesebuah negara yg mempunyai beberapa bahasa atau loghat yg lain; bahasa penghantar (pengantar) bahasa yg digunakan sbg alat perhubungan atau komunikasi dlm pengajaran (di sekolah) atau dlm perundingan (mesyuarat dsb).

Makna08.08.2008
Khalidah Khalid WED 2:02PM Khalidah Assalamualaikum, saya ingin bertanya. sy adalah pemenang saguhati sayembara menulis puisi anjuran DBP dan sy tidak menghadiri majlis penyampaian hadiah kerana saya spm. Bleh sy tahu, adakah hadiahnya di pos ke rumah ataupun tiada hadiah?Sila hubungi urus setia pertandingan berkenaan seperti yang tertera pada makluman pertandingan. Tuan juga boleh menghubungi Bahagian Komunikasi Korporat, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur atau telefon 03-21479000/9001/9002 untuk maklumat lanjut.Lain-lain16.12.2015
Saya sering menggunakan khidmat istilah Melayu - Inggeris. Nampaknya setelah dibuat pembaharuan saya sudah tidak tahu lagi bagaimana nak menggunakan kemudahan berkenaan. Tolong.

Untuk makluman tuan, DBP telah melaksanakan penambahbaikan sistem penyampaian yang sedia ada. Tuan masih boleh melayari laman sesawang DBP seperti biasa untuk membuat rujukan, tuan boleh menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) http://prpm.dbp.gov.my untuk mencari maklumat yang diperlukan. PRPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau  mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Saudari hendaklah memasukkan perkataan tersebut dalam ruang yang disediakan dan klik "cari". Selamat mencuba.

Lain-lain28.05.2009
Sebagai urusetia, saya perlu memulakan ucapan rasmi kata-kata aluan kepada peserta kursus kewangan dan pegawai jemputan untuk rasmikan pembukaannya. Bagaimana harus saya mulakan dan apakah isi-isi yang perlu ada serta akhir kata sebelum menjemput pegawai atasan untuk merasmi hari pembukaannya.(Ringkas) Pada hari penutup sebelum penyampaian sijil, ucapan cara menjemput orang atasan dan peserta, contoh isi kandungan bahasa dan cara mengakhirinya.Ciri-ciri  sebuah teks ucapan: i. Bahagian pendahuluan (salam, sapaan kepada pengerusi majlis, penganjur, tetamu kehormat dan hadirin ); ii. Bahagian isi (berkaitan dengan tema, acara, kegiatan, dll) yang disusun mengikut kronologi, naratif, deskriptif, analisis, perbandingan / pembandingan, hujahan, pemujukan, laporan, provokasi, dll. iii. Bahagian penutup (ulang ucapan terima kasih, penghargaan kepada tetamu kehormat/penganjur/petugas dll, harapan, perasmian pembukaan /penutupan, salam. Untuk mendapat maklumat lanjut, sila rujuk buku Pengucapan Awam dan penulisan teks ucapan, antaranya yang ditulis oleh Abdul Mua'ti Ahmad (DBP, 2000), dan Jeniri Amir (PTS,2005).Lain-lain12.04.2010
12

Kembali ke atas