Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
audio visual aidalat pandang-dengarKomunikasiTiadaPeralatan media yang menghasilkan kepelbagaian bunyi dan imej yang digunakan dalam proses penyampaian maklumat dan pendidikan. Alat ini dapat membantu penyampaian maklumat secara kreatif dan berkesan seperti penggunaan kaset video, carta, rajah dan sebagainya.
flipped learningpembelajaran balikanTeknologi Maklumate-PembelajaranPendekatan pembelajaran yang melibatkan penyampaian maklumat atau kuliah kepada pelajar secara individu, manakala aktiviti pembelajaran dijalankan secara berkumpulan. Penyampaian maklumat dijalankan dalam persekitaran pembelajaran individu melalui rakaman video, siar pod, siar web dan sebagainya. Aktiviti pembelajaran secara berkumpulan dijalankan dalam persekitaran pembelajaran kumpulan seperti bilik darjah dan kuliah. Pembelajaran balikan menggalakkan pembelajaran aktif dan kolaboratif.
downward communicationkomunikasi bawahPentadbiranTiadaPenyampaian maklumat atau arahan daripada pihak atasan ke pihak bawahan melalui rantaian perintah struktur organisasi.
upward communicationkomunikasi atasPentadbiranTiadaPola penyampaian maklumat, nasihat, persialan, dan juga cadangan yang datang dari peringkat bawah organisasi mengalir ke peringkat atas organisasi berkenaan.
Chinese WallTembok CinaPentadbiran PerniagaanTiadaSekatan bagi menghalang penyampaian maklumat dalaman supaya tidak boleh digunakan oleh pedagang pelaburan untuk mendapat untung besar.
hand signalisyarat tanganKomunikasiTiadaIsyarat yang menggunakan pergerakan tangan yang mengandungi makna tertentu sebagai satu cara penyampaian maklumat.
information disclosurededahan maklumatEkonomiTiadaPenyampaian maklumat tentang keluaran dan piawaiannya kepada bakal pembeli dengan tujuan membuat pembeli itu lebih mengetahui, yakin dan mudah membuat keputusan untuk membelinya.
word-of-mouthcakap mulutKomunikasiKorporatKaedah penyampaian maklumat yang melibatkan interaksi sosial antara dua individu atau lebih tentang sesuatu isu popular. Maklumat boleh terdiri daripada idea yang mempunyai unsur yang boleh mempengaruhi penerima. Maklumat yang disampaikan adalah secara lisan dan dianggap mempunyai kewibawaan. Selain itu, kaedah penyampaian ini juga mempunyai kesan terhadap perlakuan sebahagian khalayak dalam bertindak balas terhadap sesuatu perkara seperti pembuatan keputusan dan tindakan. Kaedah komunikasi ini boleh dilakukan melalui komunikasi peribadi secara langsung atau melalui telefon. Kaedah ini juga sangat luas penggunaannya dalam komuniti kecil yang eksklusif, sama ada secara intrakumpulan atau antara kumpulan. Kaedah ini berfungsi untuk mengukuhkan maklumat yang telah disalurkan oleh media lain, seperti surat khabar, radio, dan televisyen ataumelalui pengalaman langsung yang dilalui oleh ahli kumpulan.
noisehingarKomunikasiKorporatSebarang unsur yang boleh mengganggu proses komunikasi yang sedang berlangsung. Gangguan boleh wujud dalam bentuk elektronik, komunikasi antara manusia, atau komunikasi bertulis. Jenis gangguan dalam komunikasi elektronik wujud dalam bentuk gangguan elektrik, mekanik, atau persekitaran seperti bunyi jentera dan kenderaan yang boleh menjejaskan kelancaran penyampaian maklumat secara elektronik terutama proses komunikasi yang menggunakan frekuensi elektromagnetik. Gangguan dalam komunikasi antara manusia boleh wujud dalam persekitaran semasa proses komunikasi berlaku. Contoh gangguan adalah seperti salakan anjing yang bertalu-talu, pergerakan di persekitaran yang tidak dijangka sema sesi ceramah berlangsung, atau penggunaan bahasa badan yang keterlaluan. Gangguan dalam komunikasi bertulis pula, boleh wujud seperti penggunaan ayat yang tidak lancar atau ayat yang bersambung-sambung yang dicetak pada halaman yang berbeza dan kelancaran ayat yang diganggu oleh kewujudan reka letak visual yang tidak sesuai. Secara umumnya, hingar boleh wujud dalam bentuk fizikal dan mental. Hingar mental boleh wujud dalam bentuk gangguan minda seperti memikirkan sesuatu yang tidak berkaitan dengan komunikasi yang sedang berlangsung atau berkhayal. Hingar boleh mewujudkan halangan atau berkomunikasi. Sekiranya paras hingar meningkat, maka paras keberkesanan komunikasi akan menurun.
horizontal communicationkomunikasi mendatarPentadbiranTiadaPenyampaian dan pertukaran maklumat ataupun nasihat yang berlaku di kalangan pegawai yang mempunyai kedudukan yang sama tetapi mewakili bidang atau bahagian yang berlainan.
1234

Kembali ke atas