Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nya.nyi] | ڤڽاڽي

Definisi : orang yg menyanyi, tukang nyanyi, biduan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nya.nyi] | ڤڽاڽي

Definisi : orang yg bernyanyi; tukang nyanyi; biduan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
nyanyi
Kata Terbitan : bernyanyi, menyanyi, menyanyikan, nyanyian, penyanyi,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Penyanyi baharu itu berusaha untuk menyanyikan lagu bernada tinggi itu dengan ____ baik. A) betul B) paling C)sebegitu D) sehabis. soalan saya bagaimanakah cara hendak memilih jawapan bagi soalan sebegini?c) Sebegitu baikTatabahasa04.07.2008
Suara penyanyi rock itu sungguh menghiburkanpara penonton yang menyaksikan konsert itu. Garau/LantangDalam konteks ayat tersebut, perkataan lantang lebih sesuai digunakan berbanding garau kerana bermaksud kuat dan jelas. Manakala garau pula bermakna kasar dan besarMakna17.08.2016
Suara penyanyi itu sungguh sedap didengar. Adakah ayat tersebut betul? Bolehkah suara dipadankan dengan sedap?Sedap tidak sesuai untuk suara. Yang betul ialah merdu. Sedap merujuk kepada enak, lazat (rasa).Tatabahasa12.09.2008
kenapa istilah "penasyid" tiada dalam prpm? adakah istilah penasyid belum mantap digunakan dalam penggunaan bahasa melayu, walhal kebanyakan pihak media massa mahupun media cetak, surat khabar telah menggunakan isitilah tersebut dalam penulisan mereka. ataupun kita perlu juga menggunakan istilah Penyanyi NasyidTiada pengkhususan istilah mengikut genre muzik, melainkan disandarkan penyanyi dengan genre tertentu seperti penyanyi nasyid dan penyanyi rock.Istilah19.04.2022
Tuan , Ayat: Sesiapa yang ingin menjadi penyanyi dan pelakon bolehlah datang ke pusat membeli belah itu untuk sesi.................... jawapan pilihan : uji bakat atau uji suara jawapan manakah betul ?Sesiapa yang ingin menjadi penyanyi dan pelakon bolehlah datang ke pusat beli-belah untuk sesi uji bakat. Tatabahasa13.10.2011
Adakah ayat berikut betul atau tidak? Para penonton yang menyaksikan konsert tersebut terpukau oleh kelunakan suara penyanyi yang beruara emas itu.Ayat yang betul ialah Para penonton yang menyaksikan konsert tersebut terpukau oleh kelunakan suara penyanyi itu.Tatabahasa08.08.2010
Kasih sayang Aiman _______________ ibu bapanya tidak pernah berubah walaupun setelah dia bergelar seorang penyanyi terkenal. Apakah kata sendi nama yang sesuai?Kasih sayang Aiman kepada/akan/terhadap ibu bapanya tidak pernah berubah walaupun setelah dia bergelar seorang penyanyi terkenal. Jika soalan ini berkaitan dengan peperiksaan, sila rujuk pada skema jawapan yang disediakan atau pihak penyedia soalan.Tatabahasa17.08.2018
1. ( Amboi , Wah ), merdunya suara penyanyi itu ! 2. ( Amboi , Wah ), tingginya Menara Kuala Lumpur ! 3. ( Amboi , Wah ), indahnya sungguh pemandangan Cameron Highlands ! Apakah jawapan yang betul ? Terima kasih.

Kata seru "wah" ialah kata seru untuk menyatakan kehairanan (terkejut, kagum, dan sebagainya), contoh: Wah, dahsyat sungguh!. Manakala kata seru "Amboi" ialah kata seru untuk menyatakan rasa hairan (kasihan dan sebagainya) atau untuk mengusik seseorang: Amboi, lajunya kereta ini! Amboi cantik sungguh awak hari ini! dan sebagainya.

Tatabahasa30.09.2009
peribahasa yang sesuai:walau di mana sahaja penyanyi terkenal itu muncul untuk membuat persembahan, pasti ramai peminat yang akan mengerumuninya seperti ....... bulan dipagar bintang@di mana ada gula, di situ ada semutBerdasarkan konteks ayat yang dikemukakan oleh saudara ini, peribahasa yang sesuai ialah di mana ada gula, di situ ada semut.Lain-lain03.08.2007
Penggunaan *Muka Buku sebagai padanan Facebook semakin meluas. Seorang penyanyi mempopularkan padanan itu melalui lagu “Cinta Muka Buku”. Sebaliknya, Kembara Bahasa Melayu Mahawangsa (Dr. Haji Awang Sariyan) tidak bersetuju dengan padanan *Muka Buku. Beliau menyokong penggunaan padanan Buku Wajah tetapi tidak menafikan hak mereka yang suka menggunakan istilah asal, iaitu Facebook. Beliau menyatakan hal ini di laman Kumpulan Kembara Bahasa pada 27 Januari 2012. Apakah pula pandangan pihak Khidmat Nasihat DBP?Beberapa istilah diperkenalkan kepada khalayak sebagai padanan perkataan facebook dalam bahasa Melayu. Walau bagaimanapun perkataan facebook dikekalkan penggunaannya dalam bahasa Melayu kerana facebook merupakan kata nama khas sama seperti Internet.Istilah13.04.2012
12345

Kembali ke atas