Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nya.pu] | ڤڽاڤو

Definisi : alat utk menyapu (membersihkan dll), sapu: sebatang ~ lidi dikeluarkannya; ~ ranjau kapal utk membersihkan ranjau di laut; disambut dgn ~ tak bersimpai prb dihalau keluar dr sesuatu majlis kerana dibenci orang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nya.pu] | ڤڽاڤو

Definisi : alat utk membersihkan (mengesat) sesuatu; sapu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penyapu

Puisi
 

Sapu tangan penyapu tangan,
     Jatuh di tangan menyapu bunga;
Lepas tangan dikata jangan,
     Lepas di tangan orang yang punya.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Disambut dengan penyapu tak bersimpai.

Bermaksud :

Dihalau keluar dari sesuatu majlis keramaian kerana dibenci orang.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
"Saya menyapu lantai yang bersampah dengan penyapu" atau "Saya menyapu sampah di lantai dengan penyapu"? Adakah kedua-dua ayat ini betul?Ayat yang betul:

Saya menyapu sampah di lantai dengan penyapu.
Lain-lain09.10.2021
Ayat yang mana lebih tepat? 1.Aminah menyapu sampah dengan penyapu di pekarangan rumah supaya kelihatan bersih. 2.Aminah menyapu sampah di pekarangan rumah supaya kelihatan bersih dengan penyapu. Terima kasih.
Ayat yang lebih tepat ialah "1.Aminah menyapu sampah dengan penyapu di pekarangan rumah supaya kelihatan bersih." 

Tatabahasa21.07.2014
Assalamualaikum, saya ingin bertanya tentang status ayat ini. 'Alia menyapu sampah di dalam rumah dengan penyapu'. Adakah ayat ini merupakan ayat tunggal peluasan predikat kerana menggunakan kata sendi nama 'di' & 'dengan' atau ayat ini dikira sebagai ayat majmuk pancangan keterangan kerana terdapat perkataan 'dengan' yang juga tergolong dalam kata hubung pancangan keterangan. Saya agak keliru untuk menentukan ayat ini sebagai ayat tunggal atau ayat majmuk apabila menggunakan perkataan 'dengan' tersebut. Mohon pencerahan daripada pihak DBP. Terima kasihAyat Alia menyapu sampah di dalam rumah dengan penyapu  merupakan ayat tunggal yang terdiri daripada subjek (Alia) dan predikat (menyapu sampah di dalam rumah dengan penyapu). Perkataan menyapu ialah kata kerja, perkataan sampah ialah objek, manakala frasa di dalam rumah dengan penyapu ialah keterangan. Perkataan dengan dalam ayat tersebut berfungsi sebagai kata sendi nama yang membawa maksud memakai atau menggunakan, iaitu sebagai alat.

Ayat tersebut bukan ayat majmuk kerana ayat majmuk ialah ayat yang dibina dengan mencantumkan dua ayat tunggal atau lebih, dan percantuman ayat-ayat itu disusun mengikut cara tertentu sehingga menjadikannya ayat baharu.
Tatabahasa28.04.2021
1. perkataan mengemop atau mengelap lantai ? 2. pembersih bulu ayam atau penyapu bulu ayam ? 3. mencangkul tanah untuk dibuat batas atau mencangkul untuk membuat batas ?1. Kedua-dua perkataan, iaitu mengemop dan mengelap adalah betul dan boleh digunakan. Mengemop dan mengelap  adalah perkataan "mop" dan "lap" yang mendapat awalan meN-... .
2. Perkataan yang tepat ialah pembersih bulu ayam kerana alat tersebut berfungsi untuk membersihkan habuk dan tidak berfungsi seperti penyapu.
3. Ayat yang betul ialah mencangkul tanah untuk membuat batas.
Tatabahasa06.02.2014
Pemengalan suku kata penyapu - pen.ya.pu atau pe.nya.pu?Pemenggalan suku kata yang betul ialah pe.nya.pu.Tatabahasa17.01.2017
1.Tugas guru (ialah, adalah) mengajar murid-murid. 2. Dia (mencatat, mencatatkan) nama di dalam buku catatan. 3. Se(berkas, batang) penyapu lidi. 4. Mengapakah kebanyakan kata kerja di dalam buku teks KSSR terbitan baru DBP untuk SRJK Tahun 1 ditulis tanpa imbuhan me-? Contohnya> Mereka tanam pokok. Mereka nyanyikan lagu. Mereka kibarkan bendera.

1. Tugas guru ialah mengajar murid-murid.

2. Dia mencatatkan nama di dalam buku catatan.

3. Seberkas penyapu lidi.

4. Terima kasih atas maklumat yang diberikan, pihak kami akan memaklumkan kepada pihak yang berkenaan tentang perkara ini.

Tatabahasa20.03.2011
Huruf PKTS akan digugurkan apabila bertemu dengan imbuhan peN.... Contoh: sapu> penyapu, pakai> pemakai, tarik> penarik, kawal> pengawal. Mengapa hal ini tidak berlaku pada perkataan pentadbir, pentafsir, penterjemahan adakah kerana perkataan tersebut kata pinjaman? terima kasihAwalan huruf pkts tidak akan gugur apabila menerima imbuhan bagi kata pinjaman bertujuan mempertahankan etimologi kata asalnya.Tatabahasa26.04.2012
Tuan, mengikut hukum tatabahasa dan maksud di dalam kamus, 'memberi' bermaksud menyampaikan sesuatu kepada seseorang atau melakukan perbuatan 'beri' kepada. Saya juga memaklumi bahawa 'memberi' terletak di hadapan objek bernyawa dan 'memberikan' terletak di depan objek tak bernyawa. Tetapi, bagaimana pula dengan ayat di bawah ini: "Hal ini perlu diberikan perhatian." 'Memberi' bermaksud sasaran, iaitu menyerahkan sesuatu kepada. 'Memberikan' pula bermaksud kausatif, yakni menjadikan sesuatu diberikan. Contohnya: Saya memberi emak penyapu itu bermaksud saya menyerahkan penyapu itu kepada emak, manakala saya memberikan penyapu kepada emak bermaksud saya menjadikan penyapu itu diberikan/diserahkan kepada emak. 'Memberi' menerima objek yang menjadi sasaran kepada perbuatan 'memberi', manakala 'memberikan' menerima objek yang dijadikan pemberian. Tetapi, ayat di atas, iaitu "Hal ini perlu diberikan perhatian" akan bermaksud "Hal ini perlu dijadikan pemberian kepada perhatian".Walaupun tiada kata sendi nama 'kepada', tetapi agak-agak maksud akan menjadi begini dengan kehadiran 'diberikan'. Saya kira bahawa ayat ini patut dibetulkan menjadi: "Hal ini perlu diberi perhatian". Yang menjadi sasaran untuk diberi perhatian ialah 'hal itu', bukan 'hal itu' menjadi pemberian (sesuatu yang diberikan) kepada 'perhatian'. Jadi, peraturan 'memberi - objek bernyawa, memberikan - objek tidak bernyawa' tidak boleh dipatuhi sepenuhnya. Betulkah perkiraan saya ini tuan?Ayat "Hal ini perlu diberikan perhatian" ialah ayat pasif.  "Diberikan perhatian" dipasifkan daripada "memberikan perhatian".  Ini bermakna ayat ini mengikut peraturan, iaitu akhiran kan diikuti dengan sesuatu yang tidak bernyawa. "Perhatian" ialah sesuatu yang tidak bernyawa. Jadi salah jika ditulis memberi perhatian, dan apabila dipasifkan menjadi diberi perhatian.Tatabahasa16.11.2014
salam sejahtera, 1. Saya mempunyai kekeliruan penggunaan perkataan 'petinju' dan 'peninju'. Mohon pihak tuan jelaskan penggunaan hukum PKTS... adakah setiap perkataan yang bermula dengan huruf-huruf tersebut perlu ditiadakan hurufnya apabila menerima imbuhan. Contoh perkataan dasar sapu, apabila menerima imbuhan pen- akan menjadi penyapu. 2. mana satu yang betul, pusat beli belah atau pusat membeli belah? sekian, terima kasih1. Peninju ialah orang yang meninju, manakala petinju ialah orang yang berlawan tinju. Kata dasar yang bermula dengan huruf PKTS akan gugur apabila menerima imbuhan me-. Contohnya pukul - memukul, kuis - menguis, tolak - menolak dan sepak - menyepak.
2. Pusat beli-belah, membeli-belah ialah perbuatan yang biasanya dilakukan oleh manusia.
Tatabahasa29.07.2012
Assalamualaikum tuan/ puan yang budiman, Terima kasih atas respons pantas kepada persoalan saya sebelum ini. Responsnya seperti berikut: Perkataan yang bermula dengan huruf p,t,k dan s akan mengalami pengguguran huruf pertama apabila menerima imbuhan peN- dan meN- seperti pinjam - peminjam, meminjam; tarik - penarik, menarik; korek - pengorek, mengorek; dan sapu - penyapu, menyapu. Perkataan yang bermula dengan huruf c tidak terikat dengan rumus yang tersebut, contohnya cinta - mencintai dan pencinta. Namun saya keliru: 1. Bagaimana pula untuk huruf 'T', BM masih mempunyai 'pentafsir', 'pentaksiran'. 2. Bagaimana dengan imbuhan 'Me..' seperti Sunting = Menyunting, Perah = Memerah, Palsu = Memalsukan. Respons tuan/ puan, saya dahului dengan ucapan terima kasih.1. Perkataan pinjaman daripada bahasa asing yang bermula dengan huruf "T" terkecuali daripada rumus yang tersebut. Contohnya Tafsir (bahasa Arab) - mentafsir, pentafsir dan transformasi (bahasa Inggeris) - mentransformasi.

2. Untuk makluman puan, imbuhan meN- boleh menjadi menjadi empat varian bergantung pada huruf pertama kata dasar yang bercantum dengannya, iaitu me-, mem-, men- dan meng-. Imbuhan meN- menjadi me- (memasak), meN- menjadi men- (menderu), meN- menjadi mem- (membaca), meN- menjadi meng- (menggali). Untuk maklumat  lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 151.
Tatabahasa28.02.2014
12

Kembali ke atas