Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nya.tuan] | ڤڽاتوان

Definisi : perihal menyatukan: ~ semula negeri Jerman masih lagi merupakan satu masalah yg besar; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nya.tuan] | ڤڽاتوان

Definisi : proses (perbuatan dsb) me­nyatu atau menyatukan: ~ sel. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
satu (kata nama)
Bersinonim dengan tunggal, esa, ahad, eka, se, ganjil;,
Kata Terbitan : satu-satunya, bersatu, menyatukan, menyatupadukan, kesatuan, persatuan, berpersatuan, penyatu, penyatuan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
LEMBAGA PENYATUAN DAN PEMULIHAN TANAH PERSEKUTUAN (FELCRA)Lembaga Penyatuan dan Pemulihan
Tanah Persekutuan (FELCRA) ialah badan
berkanun yang terletak di bawah Kementerian
Pembangunan Luar Bandar. Ia ditubuhkan di
bawah Akta Lembaga Pemulihan dan Penyatuan
Tanah Negara yang bertarikh 1 April 1966 dan
pindaan 1989. FELCRA ialah singkatan daripada
Federal Land Consolidation and Rehabilitation
Authority.
UMUMUmum
PERSENYAWAAN

Persenyawaan ialah proses penyatuan sel seks

jantan dan betina untuk membentuk individu baru.

Ia adalah langkah pertama dalam pembiakan seks.

Sistem pembiakan jantan mengeluarkan sel seks

yang disebut spermatozoa , atau sperma . Sistem

pembiakan betina mengeluarkan sel seks yang

disebut telur . Telur yang tersenyawa, yang terhasil

daripada penyatuan sperma dan telur, dikenali

sebagai zigot . Apabila zigot membesar lagi, ia

menjadi embrio . Rencana ini membincangkan

persenyawaan di kalangan haiwan. Untuk

maklumat tentang persenyawaan di kalangan

tumbuhan, lihat Tumbuhan (Bagaimana tumbuhan

membiak).

UMUM 
EJAAN DAN TULISAN MELINDO

EJAAN DAN TULISAN MELINDO, sistem ejaan Rumi yang dipersetujui bersama untuk digunakan di Persekutuan Tanah Melayu dan di Republik Indonesia. Proses penyatuan ejaan tersebut bermula apabila perjanjian persahabatan antara Persekutuan Tanah Melayu dengan Republik Indonesia ditandatangani pada 17 April 1959.

BAHASABahasa
FELCRA

FELCRA, agensi berkanun. FELCRA ialah singkatan Federal Land Consolidation and Rehabilitation Authority (Lembaga Penyatuan Pemulihan Tanah Persekutuan). FELCRA ditubuhkan di abwah Akta Lembaga Pemulihan dan Penyatuan Tanah Negara yang bertarikh 1 April 1966 dan pindaan 1989. Pada peringkat awal, FELCRA diletakkan di bawah Kementerian Pembangunan Tanah dan Pembangunan Wilayah. Kini FELCRA diletakkan di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Khidmat FELCRA disalurkan melalui rangkaian pejabat dan tapak rancangan di seluruh negara. Dasar atau pengawasan dan pelaksanaan FELCRA dirangka oleh Lembaga Pengurus.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
AMAZON

Amazon ialah bangsa bagi sekumpulan wanita

yang suka berperang dalam mitos Yunani. Mereka

tinggal di sebuah kawasan di Asia Kecil yang

dikenali sebagai Cappadocia. Mereka hanya

bertemu dengan lelaki di medan perang dan

ketika satu upacara penyatuan seks dengan orang

Gorgarensia yang berjiran dengan mereka.

Amazon membunuh semua anak lelaki yang lahir

hasil daripada penyatuan ini, tetapi memelihara

anak-anak perempuan mereka dan melatih

mereka dalam seni peperangan.

UMUM 
EMBRIO

Embrio ialah haiwan atau tumbuhan pada

peringkat awal perkembangannya. Embrio

terbentuk daripada pembiakan seks apabila sel

sperma jantan bersatu dengan sel telur betina atau

ovum. Penyatuan ini dinamakan persenyawaan.

UMUM 
MURABITUN, KERAJAAN

Murabitun, Kerajaan merupakan satu

daripada kerajaan Islam yang muncul dalam

lingkungan masa di antara tahun 448 hingga 541 H.

bersamaan tahun 1056 hingga 1147 M., di sebelah

barat laut benua Afrika. Beberapa kabilah iaitu

Sanhajah, Lamtunah, Masufah dan Jadalah al-

Barbariyyah telah bersatu pada abad ketiga Hijrah.

bersamaan abad kesembilan Masihi. Antara tujuan

penyatuan ini adalah untuk berusaha menyusun

urusan perdagangan antara kafilah-kafilah yang

melalui padang pasir – iaitu di antara bahagian

utara terletaknya wilayah Walata dengan bahagian

selatan terletaknya kerajaan Ghana. Namun,

penyatuan ini tidak dapat bertahan lama, malah ia

menjadi lemah dan seterusnya runtuh. Ghana telah

mengambil peluang di sebalik keruntuhan ini dan

menjadi semakin berpengaruh. Seterusnya, Ghana

berjaya menguasai beberapa bahagian di padang

pasir yang menjadi tumpuan pedagang-pedagang

Barbar dan Arab.

UMUM 
TEILHARD DE CHARDIN, PIERRE

Teilhard de Chardin, Pierre (1881–1955) ialah

ahli paleontologi (pakar dalam fosil) Perancis. Dia

membantu menemui manusia Peking, salah satu

jenis manusia terawal. Walau bagaimanapun,

kemasyhuran Teilhard yang utama terletak pada

teorinya tentang penyatuan evolusi kosmos dan

agama Kristian.

UMUM 
KOHL, HELMUT

Kohl, Helmut (1930– ), canselor Jerman.

Dia berkhidmat sebagai canselor Jerman Barat

dari tahun 1982 hingga tahun 1990. Dia kekal

sebagai canselor negara Jerman bersatu berikutan

penyatuan kedua-dua negara Jerman pada 3

Oktober 1990. Sejak tahun 1949, Jerman

terbahagi kepada dua – Jerman Barat dan Jerman

Timur.

UMUM 
PLEBISIT

Plebisit ialah pungutan suara rakyat terhadap

sebarang persoalan. Istilah itu kini bermaksud

pengundian para penduduk dalam sesebuah

wilayah untuk memilih negara yang akan

memerintah mereka. Plebisit pertama kali

digunakan pada tahun 1790-an, apabila rakyat Nice

dan Savoy mengundi untuk memilih atau

menentang penyatuan dengan kerajaan Perancis.

UMUM 
12

Kembali ke atas