Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nya.yang] | ڤڽايڠ

Definisi : orang yg kasih akan yg lain, pengasih, pencinta, bersifat belas kasihan: dia induk semang kami yg pengasih lagi ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nya.yang] | ڤڽايڠ

Definisi : (orang yg) bersifat sangat menyayangi sesuatu: ibu yg ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sayang
1. Bersinonim dengan kasih
( cinta, rindu, asyik, mahsyuk, berahi, )
(adjektif:)
Berantonim dengan berahi

2. Bersinonim dengan suka
( gemar, minat, ghalit, )
(adjektif:)
Berantonim dengan benci

3. Bersinonim dengan kasihan
( simpati, belas, timbang rasa, )
(kata nama:)

4. Bersinonim dengan kekasih
( jantung hati, buah hati, )
(kata nama:)

5. Dalam konteks rugi
bersinonim dengan kesal, hampa, kecewa, terkilan,
(adjektif:)

Kata Terbitan : bersayangan, bersayang-sayangan, menyayangi, kesayangan, penyayang,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Takrif dan definisi BUDAYA PENYAYANGBudaya penyayang bermaksud tamadun atau peradaban yang bersifat budaya dari segi akal budi berkenaan dengan rasa kasih akan orang lain; pengasih atau pencinta. Dalam konteks yang lebih luas, budaya penyayang ini boleh juga dikaitkan dengan objek selain manusia, seperti haiwan belaan, persekitaran dan lain-lain. Tujuannya adalah untuk mewujudkan keadaan yang aman, tenteram dan selamat dalam kalangan masyarakat dan bernegara. Budaya ini wajar diterapkan dalam semua peringkat masyarakat dan dalam kalangan masyarakat majmuk.Makna08.01.2008
Saya perlukan definisi PENYAYANG yang ada kaitan dengan individu, masyarakat dan organisasiPenyayang bermaksud orang yang kasih akan orang lain,pengasih, pencinta, bersifat belas kasihan. Setiap individu, anggota masyarakat dan organisasi memiliki sifat ini yang dapat membantu mwewujudkan antara lain keharmonian dalam sesuatu hubungan.  Makna19.03.2008
perbezaan masyarakat kasih sayang dan masyarakat penyayang.

Perkataan yang lebih sesuai ialah masyarakat penyayang yang bermaksud  “masyarakat yang mempunyai sifat cinta, kasih dan belas kasihan dalam diri mereka untuk mewujudkan keharmonian dalam sesuatu hubungan kemasyarakatan”.

Makna13.12.2021
maksud autonomi, penyayang & kerahsiaan

Saudara,

Maksud autonomi ialah pemerintahan (pentadbiran, pengurusan) sendiri, hak mengurus pemerintahan (pentadbiran dsb) sendiri (tanpa penguasaan atau pengendalian oleh pihak lain);

Maksud penyayang ialah orang yg kasih akan yg lain, pengasih, pencinta, bersifat belas kasihan

Maksud kerahsian ialah perihal rahsia.

Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.

Makna27.12.2009
kata nama am abstrak atau konkrit? kematian , penyayang, sambutan , pertama , minyak, bapa, bulan , orang , anak-anak Di antara perkataan-perkataan di atas, boleh dikategorikan sebagai KN am konkrit dan KN am abstrak. Terima kasihKematian, penyayang, sambutan, pertama ialah kata nama am abstrak. Bapa, bulan, orang, anak-anak pula ialah kata nama am konkrit. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Baharu muka surat 86.Tatabahasa16.09.2008
Salam sejahtera, saya ingin mendapatkan khidmat nasihat pihak tuan/puan tentang beberapa padanan terjemahan berikut: (1) Caring for others is the top priority: Sifat penyayang terhadap orang lain diutamakan @ Sifat penyayang diberikan perhatian paling utama ? (2) “The Great Learning” (buku klasik konfusianisme tentang pemupukan nilai-nilai murni dsb) : Pengajian Agung @ Pengajian Besar @ Pembelajaran Agung? (3) A concrete embodiment of ancient Chinese philosopher’s concept : penjelmaan konkrit/kukuh konsep ahli falsafah China purba ? (4) A single remark makes a country prosper: Satu komen/teguran/sebuah ungkapan dapat membantu sesebuah negara berkembang maju ? (5) Influence others without preaching: Mempengaruhi orang lain tanpa bersyarah tentang ajaran? (memandangkan ‘berkhutbah’(preaching) hanya boleh digunakan dalam konteks agama Islam, bolehkah ‘preaching’ dalam ayat tersebut diterjemahkan menjadi “bersyarah tentang ajaran”? (6) has a complete image of the bamboo in his mind: wujudnya@timbulnya imejan yang lengkap tentang buluh dalam kepalanya@ fikirannya@ mindanya? (7) Parallel style: gaya sejajar @ selari (dalam konteks kesusasteraan) (8) Convey the spirit: menyebarkan semangat? Terima kasih.

Berikut merupakan padanan bahasa Melayu untuk frasa yang dinyatakan:



1. Caring for others is the top priority: Sifat penyayang terhadap orang lain diutamakan 

2. The Great Learning: Pengajian Agung/Pembelajaran Agung

3. A concrete embodiment of ancient Chinese philosopher’s concept: Penjelmaan kukuh konsep ahli falsafah China purba 

4. A single remark makes a country prosper: Satu teguran kecil mampu mengubah kekayaan negara

5. Influence others without preaching: Mempengaruhi tanpa perlu berkata-kata

6. has a complete image of the bamboo in his mind: seseorang yang mempunyai strategi awal yang jelas dalam fikirannya

Frasa ini merupakan simpulan bahasa (idiom).

7. Parallel style: Gaya sejajar/selari

8. Convey the spirit: Memberikan semangat 

Padanan perkataan bergantung pada kesesuaian serta konsep penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa.

Makna13.10.2021
Adakah ayat ini betul ? : Sekolah itu telah menjalan berbagai aktiviti semasa “Minggu Penyayang”.

Encik Shafiq,

Ayat yang betul ialah Sekolah itu telah menjalankan berbagai-bagai/pelbagai aktiviti semasa sambutan Bulan Penyayang.

Tatabahasa11.10.2010
Assalamualaikum, Semoga dipermudahkan segala urusan. Saya mohon bertanya tentang penggunaan Maha Kuasa, Maha Penyayang, Maha Pemurah, dan yang seangkatan dengannya. Daripada segi ejaannya bagaimana? Adakah dieja dengan huruf besar ataupun kecil? Mohon perincian daripada pihak Tuan/Puan. Terima kasih.Alaikumussalam.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, semua sifat Allah ditulis dengan huruf besar.  Contohnya:

Yang Maha Pengasih
Yang Maha Penyayang
Yang Maha Kuasa

dan sebagainya.
Ejaan01.04.2014
salam sejahtera, berikut merupakan dasar kualiti organisasi MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN RAWATAN PESAKIT DALAM YANG CEMERLANG DENGAN MENGAMALKAN NILAI-NILAI MURNI BUDAYA KORPORAT KEMENTERIAAN KESIHATAN MALAYSIA IAITU PENYAYANG, KERJA BERPASUKAN DAN PROFESSIONALISME MELALUI PERLAKSANAAN PENAMBAHBAIKAN YANG BERTERUSAN BERASASKAN PIAWAIAN SISTEM PENGURUSAN KUALITI saya ingin meminta pandangan, adakah ayat dasar kualiti ini terdapt sebarang kesilapan tatabahasa? contohnya perlaksanaan? terima kasih.Ayat yang betul ialah; MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN RAWATAN PESAKIT DALAM YANG CEMERLANG DENGAN MENGAMALKAN NILAI-NILAI MURNI BUDAYA KORPORAT KEMENTERIAAN KESIHATAN MALAYSIA, IAITU  PENYAYANG, KERJA BERPASUKAN DAN PROFESIONALISME  MELALUI PELAKSANAAN  PENAMBAHBAIKAN YANG BERTERUSAN BERASASKAN PIAWAIAN SISTEM PENGURUSAN KUALITI.Tatabahasa14.11.2013
Semua pelajar sekolah itu ____ hormat akan guru disiplin mereka yang tegas tetapi penyayang itu. a) paling b) nian c) benar d) sungguh. soalan saya ialah bagaiamanakah cara hendak menjawab soalan ini?d) Sungguh hormatTatabahasa04.07.2008
12

Kembali ke atas