NYANYUK | Nyanyuk ialah istilah umum yang digunakan untuk menerangkan masalah mental tertentu yang memberi kesan terutama kepada golongan yang berumur. Istilah nyanyuk sebenarnya merujuk kepada sebilangan besar keadaan dengan sejumlah penyebab yang besar. Kebanyakan pakar yang terlibat dengan masalah golongan berumur ini, mengelakkan daripada menggunakan istilah ini. Tiada satu keadaan yang dikaitkan dengan penggunaan istilah ini tidak dapat dielakkan dalam peningkatan usia, dan ramai yang boleh dibantu dengan rawatan perubatan secara spontan. | UMUM | |
SISTEM IMUN | Sistem imun ialah sekumpulan sel, molekul dan tisu yang membantu mempertahankan badan daripada penyakit dan penceroboh berbahaya yang lain. Sistem imun memberi perlindungan daripada pelbagai bahan yang boleh mendatangkan kerosakan yang mencerobohi badan. Bahan ini termasuk organisma penyebab penyakit seperti bakteria, kulat, parasit, dan virus. Keupayaan badan untuk menahan penceroboh ini dikenali sebagai keimunan. | UMUM | |
KESELAMATAN | Keselamatan ialah bebas daripada kecederaan atau bahaya kecederaan. Perkataan keselamatan juga merujuk langkah berjaga-jaga yang diambil untuk mengelakkan kemalangan. Kemalangan ialah penyebab utama kematian di seluruh dunia. Di Amerika Syarikat, sebagai contoh, lebih kurang 94 000 orang terbunuh setiap tahun kerana kemalangan. Kira-kira sembilan juta orang cedera parah akibat kemalangan. Kemalangan juga menyebabkan banyak wang digunakan setiap tahun bagi perbelanjaan perubatan dan kehilangan pendapatan. | UMUM | |
SINDROM KESAKITAN RESPIRASI | Sindrom kesakitan respirasi ialah suatu penyakit paru-paru yang menyerang bayi pramasa. Bayi seperti ini dilahirkan sebelum akhir tempoh kehamilan sembilan bulan yang normal. Penyakit ini mempunyai hubung kait dengan paru-paru bayi yang belum cukup matang ini. Kerosakan pundi udara di dalam paru-paru, menyebabkan kesesakan atau kesukaran bernafas, dan dalam beberapa kes, akan mati lemas. Sindrom kesakitan respirasi antara penyebab utama kematian di kalangan bayi pramasa. Walau bagaimanapun, penyakit ini menyerang hanya sebilangan kecil sahaja bayi yang dilahirkan selepas sembilan bulan kehamilan. | UMUM | |
SINDROM KEMATIAN BAYI MENGEJUT | Sindrom kematian bayi mengejut, juga disebut SIDS, kematian kot, atau kematian krib, ialah suatu keadaan yang mengakibatkan kematian bayi yang berkeadaan sihat. Dalam kebanyakan kes, bayi didapati mati selepas beberapa jam diletakkan di atas katil. Sebab kematiannya tidak dapat ditentukan, walaupun selepas dijalankan autopsi dan mengkaji keseluruhan sejarah perubatan mangsa. Di kebanyakan negara, (Sindrom kematian bayi mengejut) (SIDS) merupakan salah satu penyebab utama kematian bayi. Pemerhati yang pernah memerhatikan kejadian yang membawa kepada SIDS melaporkan tubuh bayi tersebut menjadi biru, tidak bermaya dan berhenti bernafas. Bayi yang malang ini tidak menangis atau meronta. | UMUM | |