Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nyé.bar] | ڤڽيبار

Definisi : 1. orang yg menyebarkan (mena-burkan, mengembangkan, dll), penabur, pengembang (agama dll): para ~ agama; 2. alat utk menyebarkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nyé.bar] | ڤڽيبار

Definisi : 1 orang yg menyebarkan: ~ agama Islam. 2 alat utk menyebarkan sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
salam, boleh tlg sy translate "Intermittent shedders" dalam BMTuan/puan boleh merujuk Persatuan Penterjemah Negara untuk mendapat istilah yang lebih tepat, walau bagaimanapun, "Intermittent shedders" dapat diterjemahkan kepada "Penyebar berjeda".Penyemakan dan penterjemahan05.06.2014
Mohon khidmad nasihat untuk terjemahan perkataan 'Pendakwah' atau 'Mubaligh' khususnya kepada pendakwah atau mubaligh Muslim ke dalam Bahasa Inggeris. Contoh ayat seperti berikut:- Menurut cerita lisan tradisi, berabad-abad dahulu, para mubaligh belayar ke sepanjang kepulauan Melayu untuk menyebarkan agama Islam. According to traditional oral stories, centuries ago, missionaries sailed throughout the Malay archipelago to spread Islam. Adakah terjemahan perkataaan yang paling sesuai untuk ayat di atas. Cadangan : Muslim Preacher / Missionaries / Scholar Kerjasama dan khidmad nasihat dari pihak DBP amatlah di harapkan. Terima kasih

Perkataan Missionaries telah digunakan secara meluas untuk merujuk kepada penyebar agama. Cadangan kami supaya dimasukkan teks “muslim” atau “Islam” di hadapan perkataan Missionaries.

Istilah18.03.2022

Kembali ke atas