Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
langkah-langkah mengatasi masalah penggunaan bahasa rojakMenggalakkan penggunaan bahasa baku dengan lebih giat melalui lebih banyak pendedahan dan penyebaran maklumat tentang perkara ini. Ini boleh dilaksanakan melaui kegiatan kebahasaan kepada masyarakat awam dan swasta.Lain-lain27.10.2006
apakah tindakan dan cara yang diambil oleh dbp untuk memperkasakan bahasa melayu?Untuk tujuan tersebut pelbagai program dan aktiviti dirancang dan dilaksanakan antaranya program kursus penataran bahasa, penyebaran maklumat bahasa dalam pelbagai media seperti pedoman bahasa, lembar bahasa dan penerbitan Klik DBP, siri ceramah bahasa, forum, peraduan mengarang esei, majlis pengiktirafan seperti Majlis Citra Wangsa. Dari segi perkhidmatan bahasa DBP menyediakan khidmat nasihat bahasa dalam talian, khidmat nasihat bahasa melalui faksimile, telefon, e-mel dan kujungan.  Selain itu, DBP terus memberikan sokongan dan bekerjasama dengan sektor awam, swasta dan badan bukan kerajaan dalam melaksanakan pelbagai kegiatan kebahasaan di peringkat jabatan masing-masing.   Lain-lain31.01.2009
definisi frasa demi frasa bagi perkataan berikut:- teknologi maklumat dan komunikasiTeknologi maklumat dan komunikasi bermaksud pemerolehan, penyimpanan, pemprosesan dan penyebaran maklumat melalui penggunaan teknologi komputer dan telekomunikasi.Makna24.12.2007
cabaran bahasa melayu dan cara-cara mempertahankan nilai ekonominya dalam era globalisasiCabaran yang dihadapi oleh bahasa Melayu dalam era globalisasi amat besar. Penguasaan bahasa asing dalam teknologi maklumat amat meluas dalam penyebaran maklumat dalam pelbagai bidang. Penggunaan bahasa Melayu dalam teknologi maklumat perlu dipertingkatkan bagi meyaingi cabaran daripada bahasa asing. Rujuk rencana berkenaan perkara ini dalam arkib dan perpustakaan.Lain-lain12.03.2007
apakah implikasi bahasa melayu terhadap penggunaan bahasa inggeris dalam bidang sains dan teknologi?Sesungguhnya pelaksanaan penggunaan bahasa Inggeris dalam bidang sains dan teknologi tidak menggugat bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan kebangsaan. Dalam usaha memperkasakan bahasa Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka mengadakan pelbagai seminar, persidangan, ceramah, syarahan, wacana ilmu dan bicarawara . Bagi menggalakkan penggunaan bahasa yang betul dan meningkatkan kemahiran berbahasa dalam kalangan masyarakat, penyebaran maklumat bahasa turut dilakukan melalui media cetak dan elektronik melalui penerbitan sisipan Klik DBP dalam akhbar Berita Harian, ruangan Munsyi Dewan dan Forum Pelajar dalam sisipan Pendidikan keluaran Utusan Malaysia. Pedoman bahasa juga dimuatkan dalam ruangan Cintai Bahasa Kita dalam Berita Harian dan siaran Teleinfo Bahasa menerusi RTM TV2. Bagi memantapkan usaha memperkasa bahasa Melayu di seluruh Negara, DBP Cawangan (Sabah dan Sarawak) dan DBP Wilayah (Utara, Timur dan Selatan) turut memainkan peranan dalam menyebarluaskan maklumat bahasa melalui media. DBP juga melaksanakan projek Khidmat Nasihat Bahasa bagi tujuan meningkatkan dan memartabatkan penggunaan bahasa Melayu. DBP juga menerbitkan kamus istilah yang mencecah 1 juta istilah yang merangkumi pelbagai bidang ilmu, pelbagai kamus ekabahasa dan dwibahasa untuk rujukan pengguna, khidmat nasihat bahasa, misalnya dalam bidang iklan khidmat bahasa yang diberikan percuma kepada penulis papan iklan dan Pihak Berkuasa Tempatan. DBP juga mewujudkan Karyanet, iaitu portal penerbitan dalam talian yang menyediakan kemudahan berkarya dan penerbitan serta penjualan terbitan melalui internet. Usaha mengetahui dengan lebih terperinci, langkah-langkah DBP dalam memperkasakan bahasa Melayu, bolehlah menghubungi Bahagian Pengembangan Bahasa Melayu 03-2148 1960 Lain-lain08.08.2008
Salam. Pada abad ke-21 ni kita melihat banyak cabaran yg dihadapi dalam usaha untuk memartabatkan dasar dan polisi bahasa di negara kita. Dalam konteks pembangunan perisisan teknologi maklumat, apakah langkah-langkah yg diambil DBP untuk mengekalkan polisi bahasa yang tersedia ada agar seiring dengan pembangunan teknologi maklumat?

Assalamualaikum

Untuk makluman, kemajuan teknologi maklumat tidak akan memperkasakan bahasa Melayu tetapi dengan mengetahui kelebihan teknologi maklumat seperti mampu menyampaikan maklumat dengan cepat dan pantas, tanpa halangan masa dan sempadan benua maka bahasa melayu boleh diperkasakan dengan menggunakan kelebihan teknologi maklumat. Ini bermakna kita boleh memperkasakan bahasa Melayu dengan menggunakan teknologi maklumat. Caranya, pertama kita perlu memahami bagaimana kita boleh menerbitkan bahan-bahan berbahasa melayu dengan pantas menggunakan teknologi. Kedua, kita perlu memahami kelebihan penyebaran maklumat menggunakan teknologi berbanding dengan menggunakan kaedah tradisional dan ketiga fikirkan pula bagaimana menggunakan teknologi ini boleh memperkasakan dan memasyarakatkan bahasa melayu.

Contohnya, untuk memperkasakan dan memasyarakatkan bahasa melayu kita haruslah memperbanyakkan penerbitan bahan-bahan berbahasa melayu di berbagai-bagai bidang dan berbagai-bagai peringkat pengguna. Ini lah yang sedang diusahakan dengan giat oleh DBP. Dengan menggunakan teknologi kita boleh mempercepatkan proses penulisan, penyuntingan dan juga penerbitan.

Seterusnya dengan menggunakan teknologi kita boleh menyebarluaskan bahan tersebut tanpa sempadan dunia dengan pantas dan bahan tersebut juga boleh dicapai diseluruh dunia tanpa mengira waktu (pagi atau petang , siang atau malam). Malahan di negara sedang berperang pun kita boleh menyebarkan bahan berbahasa melayu dengan menggunakan teknologi. Bayangkan jika kita cuba menyebarkan bahan berbahasa melayu dengan kaedah tradisional di negara yang sedang berperang!

Begitulah hebatnya teknologi.

Lain-lain03.11.2010
DEFINSI TEKNIKAL,VOKASIONAL,TEKNOLOGI

Sdr, atitein, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.

(téknikal) 1. (yg) berkaitan dgn pelaksanaan sesuatu kerja dsb (tidak dgn aspek-aspek atau perincian kerja itu sendiri): pelancaran skim itu terpaksa ditangguhkan kerana masalah ~; 2. (yg) berkaitan dgn sesuatu bidang pengetahuan yg tertentu: perkataan ~; istilah ~.

  • 1. bkn pekerjaan (profesion dsb) yg tertentu; 2. bkn kursus (latihan, dsb) pendidikan amali yg menitikberatkan kemahiran yg diperlukan utk sesuatu pekerjaan (profesion dsb): bimbingan ~; sekolah téknologi) 1. aktiviti atau kajian yg menggunakan pengetahuan sains utk tujuan praktis dlm industri, pertanian, perubatan, perniagaan, dll, sains gunaan: Universiti Malaya memainkan peranan yg penting utk melahirkan pakar-pakar ~ kita;
  • 2. kaedah atau proses menangani sesuatu masalah teknikal; ~ maklumat teknologi yg berkaitan dgn pemerolehan, penyimpanan, pemprosesan dan penyebaran maklumat secara elektronik; ~ maklumat dan komunikasi

Istilah27.03.2009
Seperti yang sedia maklum, bahasa melayu merupakan bahasa kebangsaan namun mengapa kebanyakan IPTA di negara kita menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa pengantar selepas mendapat pengiktirafan ISO? Walaupun pihak Kementerian Pelajaran ingin melahirkan para pelajar yang mampu bertutur dalam bahasa inggeris adakah perkara ini wajar dilakukan oleh pihak IPTA?Sekian terima kasih.Kerjasama pihak tuan amat saya hargai.Usul untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan lambang penyatuan telah diterima dan termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan (1957) apabila negara kita mencapai kemerdekaan. Bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi yang tunggal dalam menggantikan bahasa Inggeris. Pelaksanaan sepenuhnya bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dikuatkuasakan oleh Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967  (Akta 32) melalui Seksyen 5, 6, 7 dan 8. Bahasa kebangsaan ialah bahasa yang digunakan untuk tujuan perpaduan dalam kalangan warganegara manakala bahasa rasmi ialah bahasa yang dipilih untuk tujuan urusan sehari-hari negara. Sesuatu bahasa itu tidak boleh dianggap bahasa rasmi hanya kerana terdapat undang-undang dan peruntukan dalam perlembagaan yang memberikan taraf tersebut. Sesungguhnya bahasa itu sendiri haruslah dapat berfungsi sebagai bahasa rasmi apabila memenuhi beberapa kegiatan pada peringkat kenegaraan seperti:
  • Sebagai bahasa lisan para pegawai kerajaan semasa menjalankan tugas-tugas rasmi negara;
  • Sebagai media segala urusan surat-menyurat dalam dan antara jabatan kerajaan;
  • Digunakan dalam semua rekod kerajaan;
  • Sebagai media untuk menulis semua undang-undang dan peraturan negara; dan
  • Digunakan dalam semua jenis borang urusan rasmi kerajaan.
Sesungguhnya IPTA tidak sewajarnya menjadi bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.  Dalam usaha memperkasakan bahasa Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka mengadakan pelbagai seminar, persidangan, ceramah, syarahan, wacana ilmu dan bicarawara . Bagi menggalakkan penggunaan bahasa yang betul dan meningkatkan kemahiran berbahasa dalam kalangan masyarakat, penyebaran maklumat bahasa turut dilakukan melalui media cetak dan elektronik melalui penerbitan sisipan Klik DBP dalam akhbar Berita Harian, ruangan Munsyi Dewan dan Forum Pelajar dalam sisipan Pendidikan keluaran Utusan Malaysia. Pedoman bahasa juga dimuatkan dalam ruangan Cintai Bahasa Kita dalam Berita Harian dan siaran Teleinfo Bahasa menerusi RTM TV2. Bagi memantapkan usaha memperkasa bahasa Melayu di seluruh Negara, DBP Cawangan (Sabah dan Sarawak) dan DBP Wilayah (Utara, Timur dan Selatan) turut memainkan peranan dalam menyebarluaskan maklumat bahasa melalui media. DBP juga melaksanakan projek Khidmat Nasihat Bahasa bagi tujuan meningkatkan dan memartabatkan penggunaan bahasa Melayu. DBP juga menerbitkan kamus istilah yang mencecah 1 juta istilah yang merangkumi pelbagai bidang ilmu, pelbagai kamus ekabahasa dan dwibahasa untuk rujukan pengguna, khidmat nasihat bahasa, misalnya dalam bidang iklan khidmat bahasa yang diberikan percuma kepada penulis papan iklan dan Pihak Berkuasa Tempatan. DBP juga mewujudkan Karyanet, iaitu portal penerbitan dalam talian yang menyediakan kemudahan berkarya dan penerbitan serta penjualan terbitan melalui internet. Usaha mengetahui dengan lebih terperinci, langkah-langkah DBP dalam memperkasakan bahasa Melayu, bolehlah menghubungi Bahagian Pengembangan Bahasa Melayu 03-2148 1960
Lain-lain26.08.2008
Salam sejahtera, sebagai Mahasiswa dan pencinta bahasa Melayu, saya sekali lagi saya ingin meluahkan pendapat saya berkenaan dengan bahasa Melayu. Seperti apa yang kita sedia maklum, bahasa Melayu hari ini nampaknya seperti tidak memainkan peranan penting dalam penyebaran ilmu dan maklumat serta tiada peranan penting di peringkat pengajian tinggi atau universiti. Dahulunya bahasa Melayu dikagumi dan megah di Asia tenggara dan eropah kerana peranannya sebagai bahasa pengantar bukan sahaja dalam hal agama tetapi juga dalam perdagangan sehingga orang yang tidak pandai berbahasa Melayu menjadi sangat malu dan merasa tercicir. Siapa kata sejarah tidak boleh diulang? sebenarnya boleh jikalau kita bersatu padu mempertahankan keaslian bahasa kita. Selain itu, saya juga menyokong seratus peratus hasrat murni kerajaan Malaysia untuk mencapai matlamat Wawasan 2020 iaitu matlamat untuk mencapai taraf negara maju tetapi saya sangat sedih dan kecewa mengenang nasib bahasa kita yang semakin hari semakin pupus keasliannya. Apalah nasib bahasa di masa hadapan? siapa yang mempertahankanya? tidak ada yang mahu mempertahankan melainkan masyarakat kita sendiri. Apalah gunanya negara mencapai kemajuan tetapi bahasa kita tidak mencapai kemajuan, mundur, tidak berguna dan tiada peranan. Bagi saya, bahasa Melayu juga penting dalam mencapai kemajuan dan perkembangan kerana bahasa mencerminkan dan melambangkan jati diri dan pengenalan sesuatu bangsa, masyarakat dan negara.Kami juga amat bersetuju dengan pandangan tuan. Alangkah baiknya jika bahasa Melayu kembali dimartabatkan sebagai bahasa ilmu kerana bahasa Melayu tinggi mempunyai nilainya tersendiri dalam mengungkapkan wacana. DBP sentiasa berusaha dalam skop fungsi kuasa dan peranan DBP dalam memartabatkan bahasa Melayu. DBP dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi telah melaksanakan Audit Bahasa Melayu IPTA untuk melihat pelaksanaan pelan tindakan pemartabatan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu di IPTA 2011 - 2015.  

Lain-lain15.11.2015
Penggunaan kata viral sudah meluas dalam kalangan masyarakat. Adakah kata tersebut diterima oleh DBP? Kalau tidak, apakah padangan kata bagi viral dalam BM? Terima kasih Dr S. NathesanUntuk makluman, dalam pangkalan data kami tidak terdapat maksud "viral". Walau bagaimanapun, terdapat padanan bahasa Melayu untuk "viral", iaitu virus. Sekiranya kita merujuk kepada Internet, "viral" bermaksud imej, video, maklumat dan sebagainya yang merebak dengan pantas dan meluas daripada seorang pengguna Internet kepada pengguna internet yang lain. Namun begitu, dalam konteks media sosial "viral" merujuk penyebaran secara meluas. Maka padanan perkataan yang sesuai bagi "viral" dalam konteks umum ialah merebak atau tersebar.Penyemakan dan penterjemahan19.11.2015
12

Kembali ke atas