Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nye.du.tan] | ڤڽدوتن

Definisi : perbuatan menyedut (meng-hisap dll), penghisapan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nye.du.tan] | ڤڽدوتن

Definisi : perbuatan atau hal menyedut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sedut
Kata Terbitan : menyedut, penyedut, penyedutan, tersedut, sedutan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
air drawingpenyedutan udaraSukanTiadaProses penyedutan udara untuk disalur ke tempat lain.
aspiration biopsybiopsi penyedutanPerubatanTiadaPengambilan spesimen tisu dari lesi yang jauh di dalam tubuh melalui penyedutan dengan jarum penyedut.
barbotagebarbotajPerubatanTiadaKaedah penyuntikan dadah ke dalam ruang tubuh dan penyedutan cecair yang sedia terdapat di dalam ruang tubuh berkenaan. Kaedah penyuntikan dan penyedutan ini dilakukan secara berselang-seli dan berulang kali sehingga kesemua dadah berkenaan dimasukkan ke dalam ruang tubuh tersebut. Misalnya, pemberian anestetik spina ke dalam cecair serebrospina.
siderosissiderosisKimiaForensik1. Sejenis penyakit paru-paru yang disebabkan penyedutan debu atau zarah ferum. 2. Keadaan berlebihan ferum dalam darah atau tisu, yang mungkin terjadi ekoran penyedutan ferum(III) oksida.
cadmium poisoningkeracunan kadmiumKimiaForensikKeracunan akibat pendedahan kepada kadmium atau makanan yang disimpan dalam bekas kadmium, atau penyedutan wasap kadmium daripada pengimpalan, peleburan atau proses industri lain. Had pendedahan terhadap debu kadmium atau wasap kadmium oksida ialah 0.05 mg/m3. Keracunan akut akibat pengingesan menyebabkan loya dan muntah, cirit-birit, sakit kepala, sakit otot, peliuran, sakit abdomen, kejutan, kerosakan hati dan kegagalan ginjal. Penyedutan wasap kadmium pula mengakibatkan mulut terasa payau, sesak nafas, sakit dada, batuk berserta kahak berbuih atau berdarah, lemah dan sakit pada kaki. Keracunan kronik akibat penyedutan mengakibatkan hilang deria bau, batuk, dispnea, hilang berat badan, anemia, kerengsaan, dan gigi berkaral. Penemuan patologi dalam kes maut akibat pengingesan ialah inflamasi gastrousus yang teruk dan kerosakan hati serta buah pinggang. Penemuan patologi dalam kes keracunan akut akibat penyedutan pula ialah inflamasi epitelium pulmonari dan edema pulmonari.
paraffin hydrocarbon poisoningkeracunan hidrokarbon parafinKimiaForensikKeracunan akibat pengingesan atau penyedutan hidrokarbon parafin, iaitu sebatian yang digunakan sebagai pelindung kulit, pelembut kulit, dan ramuan dalam kosmetik. Bahan ini tidak merengsakan. Dos toksik secara pengingesan adalah melebihi 2 g/kg. Penyedutan mungkin menyebabkan pneumonia. lmplantasi boleh menyebabkan tindak balas benda asing.
zinc chloride poisoningkeracunan zink kloridaKimiaForensikKeracunan akibat penyedutan wasap zink klorida, iaitu garam zink terlarut yang terdapat dalam deodoran dan bahan disinfektan dan pengawetan mayat. Wasapnya merengsakan paru-paru. Keracunan kronik tidak berlaku. Tanda utama keracunan akut ialah sakit otot dan demam. Penyedutan wasap menyebabkan edema pulmonari dengan sianosis dan dispnea. Penemuan patologi dalam kes kematian ialah edema pulmonari dan kerosakan pada saluran pernafasan. Had pendedahan ialah 1 �g /L.
potassium cyanide poisoningkeracunan kalium sianidaKimiaForensikKeracunan akibat pengingesan atau penyedutan atau penyerapan melalui kulit kalium sianida (formula kimia, KCN), iaitu bahan yang menyebabkan kesesakan dan kakisan mukosa gaster. Tanda utama keracunan ialah pernafasan cepat, tekanan darah turun, konvulsi, dan koma. Keracunan akut akibat pengingesan atau penyedutan amaun yang banyak (melebihi 200 mg) menyebabkan tidak sedar dengan serta-merta, konvulsi, dan mati dalam masa 1 - 15 minit. Pengingesan atau penyerapan kulit yang tidak melebihi 200 mg menyebabkan pening, pernafasan cepat, muntah, muka merah, sakit kepala, mengantuk, tekanan darah turun, nadi cepat, dan tidak sedar. Mati semasa konvulsi berlaku dalam masa 4 jam. Keracunan kronik akibat pemakanan ubi kayu beracun boleh menyebabkan kerosakan saraf koordinasi. Penemuan makmal bagi keracunan akut menunjukkan asidosis metabolik teruk. Bau badam pahit mungkin terhidu semasa autopsi. Dos maut ialah 1.1 �g/mL -1.3 �g/mL.
carbon tetrachloride poisoningkeracunan karbon tetrakloridaKimiaForensikKeracunan disebabkan pengingesan cecair atau penyedutan wasap karbon tetraklorida (formula kimia, CCI4), iaitu cecair jernih yang digunakan sebagai pelarut dalam cecair pencuci kering. Karbon tetraklorida sangat beracun kepada buah pinggang dan hati, dan boleh menyebabkan kerosakan yang kekal. Dos maut bagi orang dewasa secara pengingesan atau penyedutan ialah 3 mL � 5 mL. Had pendedahan ialah 5 ppm. Gejala keracunan termasuk sakit kepala, loya, depresi, sakit abdomen dan konvulsi.
arsenic poisoningkeracunan arsenikKimiaForensikKeracunan akibat pengingesan atau penyedutan unsur atau sebatian arsenic (As), iaitu unsur bukan logam yang merupakan pepejal berhablur. Bahan ini digunakan dalam racun semut, insektisid, racun rumpai, aloi, dan seramik. Dos maut bagi arsenik trioksida adalah lebih kurang 120 mg, bagi arsenik tak organik pula ialah 0.5 mg/m3 manakala bagi arsenik organik 0.1 g/kg - 0.5 g/kg. Keracunan kronik akibat pengingesan atau penyedutan arsenik mengakibatkan loya, pening, kulit berwarna dan bersisik, kulit tebal, kurang selera makan, dan garis putih pada kuku jari, keabnormalan kardiovaskular dan kesan ke atas saraf. Bagi keracunan akut akibat pengingesan arsenik, gejalanya ialah sakit usus dan perut yang teramat, cirit-birit, muntah, bengkak pada kaki dan tangan, kemungkinan kerosakan buah pinggang, jantung dan organ lain, serta kejutan.
12345678910...

Kembali ke atas