Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nye.gar] | ڤڽݢر

Definisi : sesuatu yg menyegarkan (menye-babkan menjadi segar). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nye.gar] | ڤڽݢر

Definisi : se­suatu yg menyegarkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penyegar


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah terjemahan paling sesuai untuk "refresher course" dari konteks kursus teknikal. Adakah kursus/latihan penyegar biasa digunakan atau bolehkah ia diterjemahkan sebagai kursus ulangan atau latihan semula? Terima kasih.Dalam bidang pentadbiran perniagaan refresher course diterjemahkan kepada kursus ulang kaji.Istilah17.05.2013
Apakah terjemahan sesuai untuk perkataan Bahasa Inggeris 'Toner' dan 'Toning' yang digunakan dalam produk kecantikan.Perkataan dalam bidang kecantikan, toner ialah penyegar, manakala toning ialah penyegaran.Istilah22.05.2014
salam tuan, biasanya di Kelantan atur cara sesuatu majlis akan ditulis seperti berikut: 8.00 pagi ceramah 9.30 pagi persegaran begitulah seterusnya ...adakah dalam konteks ini betul penggunaan perkataan ;persegaran' mohon penjelasan lanjut kerana di Kelantan begitulah keadaannya.

Untuk makluman, tidak ada kata "persegaran" dalam pangkalan data kami. Kata akarnya ialah “segar” yang membawa maksud segar atau benda yang baru. Walau bagaimanapun, sekiranya kata segar ini diberi imbuhan men-, me-...-kan, ke-...-an, pen-...-an, pen-, kata ini akan menjadi menyegar, menyegarkan, kesegaran, penyegaran dan penyegar. Perlu diingatkan, bahawa penggunaan kata ini bergantung pada konteks ayat dan bidang. Justeru, kata yang gramatis ialah "penyegaran" yang membawa maksud proses menyegarkan sesuatu.

Tatabahasa10.02.2012
Assalamualaikum... Saya mempunyai persoalan yang mungkin kecil akan tetapi penggunaan perkataan ini menyebakan saya masih keliru adakah wujud perkataan ini di dalam kamus dewan bahasa melayu kesemuanya. Perkataan atau penggunaan istilah ini selalu digunakan pada kertas kerja. soalan saya,adakah wujud perkataan 'persegaran' Harap pihak tuan dapat membantu. Kerjasama pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.Untuk makluman sdr, tidak ada kata “persegaran” dalam Kamus Dewan. Kata akarnya ialah “segar” yang membawa maksud segar atau benda yang baru. Walau bagaimanapun, sekiranya kata segar ini diberi kata imbuhan men-, me-...-kan, ke-...-an, pen-...-an, pen-, kata ini akan menjadi menyegar, menyegarkan, kesegaran dan penyegar. Perlu diingatkan, bahawa penggunaan kata ini bergantung pada konteks ayat dan bidang. Justeru, kata yang gramatis ialah "penyegaran" yang membawa maksud proses menyegarkan sesuatu. Tatabahasa02.07.2009

Kembali ke atas