Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nye.jat] | ڤڽجت

Definisi : alat (mangkuk dll) utk menye­jat-kan sesuatu: mangkuk ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nye.jat] | ڤڽجت

Definisi : alat utk menyejat: mangkuk ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penyejat


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
forward feed evaporatorpenyejat suapan ke depanKejuruteraanKejuruteraan KimiaPenyejat yang larutan cair disuapkan ke dalam penyejat pertama dan cecair yang telah dipekatkan disuap ke dalam penyejat berikutnya hingga kepekatan tertentu diperoleh supaya kepekatan larutan meningkat dari penyejat ke penyejat lain. Penyejat ini hanya memerlukan dua pam untuk menyuap larutan ke penyejat pertama dan untuk mengeluarkan larutan pekat daripada penyejat terakhir. Penyejat jenis ini mempunyai ekonomi penyejat yang rendah.
backward feed evaporatorpenyejat suapan ke belakangKejuruteraanKejuruteraan KimiaPenyejat yang larutan cair disuapkan ke dalam penyejat terakhir dan seterusnya hingga ke penyejat pertama. Penyejat ini memerlukan pam bagi setiap unit untuk mengepam larutan antara penyejat kerana pengaliran adalah dalam arah tekanan rendah ke tekanan tinggi. Penyejat jenis ini mempunyai ekonomi penyejat yang tinggi, terutamanya jika larutan suapannya sejuk.
mixed feed evaporatorpenyejat suapan tercampurKejuruteraanKejuruteraan KimiaPenyejat yang larutan cair disuapkan ke dalam penyejat di bahagian tengah. Larutan cair dipekatkan dan dipam ke arah penyejat terakhir dan dipam semula ke dalam penyejat pertama hingga ke nilai kepekatan yang diingini. Penyejat ini mengurangkan bilangan pam tetapi masih memberikan ekonomi penyejat yang tinggi seperti kaedah penyejat suap belakang.
falling film evaporatorpenyejat saput menurunKejuruteraanKejuruteraan KimiaPenyejat yang larutan cecair disuapkan di bahagian atas penyejat dan mengalir ke bawah di dalam tiub yang dipanaskan dalam bentuk lapisan saput. Lapisan saput dibentuk dengan menyemburkan larutan cair ke dalam tiub tersebut. Wap biasanya dikeluarkan serentak dengan larutan pekat di bahagian bawah penyejat dan akhirnya dipisahkan. Penyejat ini sesuai untuk memekatkan larutan yang peka terhadap haba.
multiple effect evaporatorpenyejat berbilang kesanKejuruteraanKejuruteraan KimiaPenyejat yang wap daripada suatu penyejat disuapkan semula ke dalam kelompang stim penyejat yang lain untuk menjimatkan penggunaan stim atau meningkatkan kecekapan.
single effect evaporatorpenyejat kesan tunggalKejuruteraanKejuruteraan KimiaPenyejat yang wap tersejat dibuang apabila hanya satu penyejat digunakan untuk memekatkan sesuatu larutan. Penyejat jenis ini tidak cekap dan biasanya 1 hingga 1.3 kilogram stim diperlukan untuk menyejatkan 1 kilogram air daripada larutannya.
parallel feed evaporatorpenyejat suap selariKejuruteraanKejuruteraan KimiaPenyejat yang digunakan untuk penyejatan buburan yang mengandungi hablur dengan larutan cair disuapkan ke dalam setiap penyejat dan tidak dipindahkan antara penyejat.
agitated film evaporatorpenyejat saput teradukKejuruteraanKejuruteraan KimiaPenyejat saput menurun yang diubahsuai dengan menambahkan satu tiub berjaket yang mengandungi pengaduk. Larutan cair disuapkan ke bahagian atas jaket dan ditaburkan ke dalam satu lapisan saput yang bergelora oleh pengaduk berbilah tegak untuk meningkatkan kadar pemindahan haba. Penyejat ini sesuai untuk menghasilkan cecair likat dengan kelikatan sehingga 1000 poise pada suhu penyejatan. Larutan pekat dikeluarkan di bahagian bawah jaket dan wap disalurkan ke dalam ruang pengasing. Penyejat jenis ini digunakan untuk memekatkan gelatin, getah, antibiotik, dan jus buah-buahan. Penyejat ini berekonomi tinggi kecuali kos penyenggaraannya tinggi.
climbing film evaporatorpenyejat saput mendakiKejuruteraanKejuruteraan KimiaPenyejat yang terdiri daripada tiga komponen utama, iaitu penukar haba jenis tiub dengan stim di dalam kelompang dan larutan yang akan dipekatkan di dalam tiub, ruang pengasingan wap dan cecair, dan tiub pemulang untuk kegunaan peredaran dari ruang pengasing ke penukar haba semula. Wap dan cecair mengalir ke atas di dalam tiub penukar haba ke dalam ruang pengasing akibat tindakan pendidihan secara sifon haba. Wap dan cecair pekat kemudian diasingkan dalam ruang pengasing. Larutan cair disuapkan ke dalam tiub pemulang bercampur dengan cecair pekat yang diedarkan semula ke dalam penukar haba. Penyejat ini sesuai untuk memekatkan larutan yang mudah berbuih.
suction-throttling valveinjap pendikitan sedutanKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaInjap yang terletak di antara penyejat dengan salur masuk pemampat dalam sistem penyaman udara, yang mengawal suhu aliran udara daripada penyejat, untuk menghalang cairan membeku pada penyejat.
123456

Kembali ke atas