Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nye.ju/.be.kuan] | ڤڽجوقبکوان

Definisi : proses (perbuatan, tin­dakan dsb) menyejukbekukan: buah itu boleh dimakan segar atau diawet secara ~, pengetinan atau pengeringan; pektin di­gunakan utk mengawal saiz hablur ais yg terbentuk semasa ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nye.ju/.be.kuan] | ڤڽجوقبکوان

Definisi : jadikan daging itu tahan lama. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[pe.nye.ju/.be.kuan] | ڤڽجوقبکوان

Definisi : proses atau per­buatan menyejukbekukan: ~ dpt men­­- (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penyejukbekuan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
cryogenic freezingpenyejukbekuan kriogenikMakanan dan PemakananMakananKaedah penyejukbekuan pantas dengan mendedahkan makanan kepada bahan penyejuk seperti nitrogen cecair, karbon dioksida cecair dan difluorodiklorometana. Penyejukbekuan kriogenik boleh dilakukan secara langsung terhadap makanan dengan kaedah semburan atau rendaman. Kaedah ini menyebabkan pembentukan kristal ais yang kecil dan mampu mengekalkan kualiti makanan dari segi warna, tekstur dan rasa.
freezingsejuk beku; penyejukbekuanGeografiTiada2. Penyejukbekuan: Proses yang melibatkan perubahan daripada keadaan cecair kepada keadaan beku.
freezingpenyejukbekuanMakanan dan PemakananTeknologi MakananProses menurunkan suhu makanan di bawah takat beku, dengan menukar sebahagian daripada air kepada hablur ais. Pengawetan secara penyejukbekuan dicapai melalui gabungan suhu rendah, pengurangan keaktifan air dan penceluran untuk beberapa jenis makanan.
freezingsejuk beku; penyejukbekuanPentadbiran PerniagaanTiada1. Sejuk beku: Berkaitan dengan keadaan yang tidak panas, rendah suhunya yang boleh menyejukkan dan membekukan sesuatu.,2. Penyejukbekuan: Proses yang melibatkan perubahan daripada keadaan cecair kepada keadaan beku.
freezingpenyejukbekuanKimiaTiadaPerubahan keadaan sesuatu bahan daripada cecair kepada pepejal disebabkan oleh penurunan suhu sehingga suatu suhu tetap, yang disebut takat beku, pada tekanan tertentu. Semasa penyejukbekuan, haba pendam pelakuran bahan itu dibebaskan, tetapi suhu tidak berubah.
freeze dryingpengeringan sejuk bekuMakanan dan PemakananTeknologi MakananProses yang melibatkan penyejukbekuan diikuti oleh sublimasi ais daripada bentuk sejuk beku kepada bentuk kering. Pengeringan lengkap berlaku dalam tiga peringkat. Peringkat pertama melibatkan penyejukbekuan yang mengeluarkan air daripada komponen makanan terhidrat melalui pembentukan hablur ais atau campuran eutektik. Peringkat kedua melibatkan penyingkiran air daripada bahan melalui sublimasi hablur ais, dan peringkat terakhir melibatkan penyingkiran baki air melalui penyejatan dalam alat pengering sejuk beku dengan meninggikan suhu bahan. Teknik ini biasanya digunakan untuk mengeringkan makanan beraroma atau bertekstur sensitif seperti perisa makanan dari rempah ratus.
refreezingpenyejukbekuan semula; pembekuan semulaFizikTiadaTiada
refreezingpenyejukbekuan semula; pembekuan semulaPsikologiTiadaTiada
refrozenpenyejukbekuan semulaPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
shell-freezingpenyejukbekuan petalaFizikTiadaTiada
12345

Kembali ke atas