Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nye.ka.tan] | ڤڽکتن

Definisi : perbuatan menyekat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin mencari istila paling sesuai untuk "RNA interference (RNAi)", "short interfering RNA (siRNA)", "gene expression" dan "gene editing". Buat masa ini, saya menggunakan istilah rintangan atau penyekatan RNA untuk "RNAi" berdasarkan mekanismenya, "ekspresi gen" atau "penghasilan produk gen" (?) untuk "gene expression" dan "penyuntingan gen" atau "suntingan gen" untuk "gene editing".
Sekiranya bersesuaian dengan konteks penulisan tuan, kami mencadangkan istilah-istilah seperti yang berikut:

1. RNA interference - interferens RNA atau gangguan RNA
2. short interfering RNA - RNA menganggu pendek
3. gene expression - ekspresi gen atau pengekspresan gen
4. gene editing - penyuntingan gen
Istilah18.05.2022
Apakah maksud perkataan diinvaginasikan. terima kasihPerkataan "invaginasi" mempunyai dua maksud mengikut bidang seperti berikut:

(1) Lipatan ke dalam satu bahagian dengan satu bahagian lain suatu stuktur. (UBAT, GIGI)

(2) Penyusupan satu bahagian usus ke dalam satu sama lain, menyebabkan berlaku penyekatan pada usus. (UBAT)

 

Makna16.12.2009

Kembali ke atas