Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nyé/.sa.an] | ڤڽيقساءن

Definisi : perihal menyeksa, penganiaya­an: sekarang dia berasa lapang kerana ter-lepas drpd ~ jiwa yg dihadapinya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nyé/.sa.an] | ڤڽيقساءن

Definisi : perbuatan (hal dsb) menyeksa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
seksa (adjektif)
Bersinonim dengan sengsara, susah, perih, perit, pedih, azab, derita, getir, pahit, sempit, payah, sakit, hajab;,
Kata Terbitan : menyeksa, seksaan, penyeksaan, penyeksa,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
non-refoulementtiada penghantaran pulang paksaUndang-undangTiadaAmalan tidak memaksa pelarian atau pencari suaka pulang ke negara asal kerana kemungkinan menghadapi penyeksaan, perlakuan atau hukuman yang kejam, tidak berperikemanusiaan atau menjatuhkan maruah, atau bahaya lain yang tidak dapat diselamatkan.
non-refoulementtiada penghantaran pulang paksaUndang-undangUndang-undang AntarabangsaAmalan tidak memaksa pelarian atau pencari suaka pulang ke negara asal kerana kemungkinan menghadapi penyeksaan, perlakuan atau hukuman yang kejam, tidak berperikemanusiaan atau menjatuhkan maruah, atau bahaya lain yang tidak dapat diselamatkan.
retardationkerencatan tempoKesenianDrama dan TeaterTeknik kelajuan gerak yang sengaja dilakukan untuk menimbulkan kesan tertentu kepada penonton. Perjalanan gerak boleh diperlahankan bagi menimbulkan kesan kebosanan dan penyeksaan atau dipercepat untuk mengelirukan penonton. Contohnya, kerencatan tempo yang diperlahankan dapat dilihat dalam drama Waiting For Godotkarya Samuel Beckett.
Amnesty InternationalAmnesti AntarabangsaSains PolitikHubungan AntarabangsaPertubuhan bukan kerajaan antarabangsa yang beribu pejabat di London dalam memperjuangkan isu hak asasi manusia sejagat. Pertubuhan ini mempunyai tiga matlamat dasarnya. Pertama, pembebasan kesemua tahanan politik; kedua, penghapusan semua bentuk penyeksaan termasuk hukuman bunuh; dan ketiga, hak pembicaraan yang adil kepada semua tahanan politik. Pertubuhan ini merupakan badan pemantau hak asasi manusia dan pengaruhnya tertakluk kepada keprihatinan masyarakat awam dalam sesebuah negara. Kini, keanggotaannya melebihi satu juta orang meliputi seluruh negara di dunia. Pertubuhan ini ditadbir oleh sembilan anggota jawatankuasa eksekutif dan seorang setiausaha agung. Mereka berperanan melaksanakan keputusan dasar dan mengetuai urus setia organisasi. Pada tahun 1978, pertubuhan ini telah menerima anugerah hak asasi manusia PBB. Pertubuhan ini juga telah mendapat pengiktirafan rasmi daripada Kesatuan Eropah (EU), Majlis Eropah, Amerika Syarikat dan Pertubuhan Kesatuan Negara-Negara Afrika (OAU). Amnesti Antarabangsa juga telah menerima hadiah Nobel pada tahun 1977 atas sumbangannya.
post-traumatic stress disorderkecelaruan tekanan pascatraumaKriminologiKeadilan JenayahReaksi tekanan atau gangguan psikologi tertangguh yang muncul beberapa bulan atau tahun selepas sesuatu kejadian buruk sehingga mengganggu kesejahteraan individu tersebut. Contohnya, individu yang pernah mengalami kejadian traumatik seperti peperangan, rogol, keganasan atau penyeksaan akan mengalami semula tekanan selepas beberapa bulan atau tahun.
posttraumatic stress disorder (PSTD)kecelaruan stres postraumatik (PSTD)PsikologiTiadaReaksi tekanan atau gangguan psikologi tertangguh yang muncul beberapa bulan atau tahun selepas sesuatu kejadian buruk sehingga mengganggu kesejahteraan individu tersebut. Contohnya, individu yang pernah mengalami kejadian traumatik seperti peperangan, rogol, keganasan atau penyeksaan akan mengalami semula tekanan selepas beberapa bulan atau tahun. Malah, bagi sesetengah negara maju didapati seorang daripada 12 orang dewasa akan mengalami PSTD sekali dalam seumur hidupnya yang boleh berlarutan sehingga 10 tahun.

Kembali ke atas