Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nye.la.mat] | ڤڽلامت

Definisi : orang yg menyelamatkan: se-karang saya telah menjadi isterinya, dan ia telah mengaku akan menjadi ~ bukan perosak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nye.la.mat] | ڤڽلامت

Definisi : orang yg menyelamatkan (seseorang atau sesuatu). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penyelamat


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PENYELAMAT LUNCUR AIR UMUM 
BOT PENYELAMAT

Bot penyelamat ialah kapal yang membawa

bot penyelamat untuk menempatkan penumpang

dan anak kapal ketika bencana.

UMUM 
MESSIAH

Messiah ialah orang yang dipercayai akan

bertindak sebagai penyelamat atau pembebas oleh

para pengikutnya. Perkataan messiah sebagaimana

yang terdapat dalam Bible, berasal daripada

perkataan Ibrani yang bererti seseorang yang

dilumuri .

UMUM 
KLORAMFENIKOL

Kloramfenikol ialah sejenis antibiotik yang

pada suatu masa dahulu digunakan untuk

merawat banyak jenis penyakit berjangkit. Ia

terbukti sebagai penyelamat bagi jangkitan yang

serius seperti meningitis, demam kepialu,

demam paratifoid, dan tifus.

UMUM 
PERTAHANAN AWAM

Pertahanan awam juga dikenali sebagai

perlindungan awam , ialah program yang dibiayai

oleh kerajaan, untuk menyelamatkan nyawa dan

harta benda jika musuh menyerang sesebuah

negara ketika perang. Ia juga menyediakan

pasukan penyelamat dan bantuan kecemasan

untuk orang ramai yang menderita akibat bencana

alam seperti banjir, angin ribut, gempa bumi,

gunung berapi, kebakaran, dan letupan.

Pertubuhan pertahanan awam juga merangka

rancangan untuk mengurangkan kesan buruk yang

disebabkan oleh kejadian pemberontakan seperti

pengeboman dan pencemaran yang teruk atau

kemalangan nuklear.

UMUM 
RESUSITASI KARDIOPULMONARI

Resusitasi kardiopulmonari (CPR-Cardiopulmonary

Resuscitation) ialah prosedur

pertolongan cemas yang digunakan untuk

memulihkan pernafasan dan pengaliran darah

seseorang. CPR biasanya diberi kepada mangsa

serangan jantung yang teruk atau mangsa

kemalangan yang serius. Untuk membolehkan

mangsa terus hidup, penyelamat mesti

memulakan CPR dalam masa empat minit selepas

pernafasan dan denyutan jantung mangsa

terhenti. Hanya mereka yang betul-betul terlatih

melaksanakan CPR patut melakukan prosedur ini.

UMUM 
AGAMA KRISTIAN

Agama Kristian ialah agama yang berdasarkan

kehidupan dan ajaran Jesus. Kebanyakan pengikut

agama Kristian ialah ahli-ahli salah satu daripada

tiga kumpulan utama – Roman Katolik, Protestan

dan Ortodoks Timur. Kumpulan-kumpulan ini

mempunyai kepercayaan yang berbeza tentang

Jesus dan ajarannya, tetapi semua penganut

Kristian menganggap Jesus sebagai asas agama

mereka. Kebanyakan penganut Kristian percaya

bahawa tuhan diturunkan ke dunia sebagai

Penyelamat. Agama Kristian mengajar bahawa

manusia boleh diselamatkan melalui Jesus.

UMUM 
SHACKLETON, SIR ERNEST HENRY

Shackleton, Sir Ernest Henry (1874–1922),

penjelajah Ireland yang mengetuai satu ekspedisi

British dari Laut Ross dalam kawasan 180

kilometer ke kutub geografi selatan pada tahun

1908 (lihat Antartika [Penjelajahan awal]). Pada

tahun 1914, dia mengetuai satu ekspedisi ke Laut

Weddell. Di sana kapalnya, Endurance , karam

setelah terlanggar ketulan ais. Kumpulannya

menyelamatkan diri dengan menaiki bot ke Pulau

Elephant. Kemudian Shackleton dan empat

temannya meneruskan perjalanan ke Pulau

Georgia Selatan menggunakan bot dan

menyeberangi rabung pergunungan pulau itu

untuk mendapatkan bantuan penyelamat.

Hasilnya, seluruh pasukannya berjaya

diselamatkan. Shackleton lahir di Kaunti Kildare.

UMUM 

Kembali ke atas