Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nye.la.ma.tan] | ڤڽلامتن

Definisi : perbuatan (usaha dsb) me­nye­­lamatkan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penyelamatan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
intraoperative blood salvagepenyelamatan darah intrabedahPerubatanTiadaTeknik penyelamatan sel darah semasa pembedahan. Darah yang mengalir keluar dan bertakung di kawasan pembedahan disedut, ditapis, dicuci dan dikumpulkan dalam beg darah. Darah ini digunakan semula untuk pesakit tersebut.
rescue excavationgali cari penyelamatanArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiLihat ekskavasi penyelamatan.
rescue excavationekskavasi penyelamatanArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiEkskavasi yang dilakukan untuk menyelamatkan data arkeologi daripada musnah. Usaha ini dilakukan sebelum dan semasa kegiatan pembangunan dijalankan dalam jangka masa yang ditetapkan. Kaedah penyelidikan arkeologi yang standard diamalkan dalam proses ekskavasi ini. Contohnya, projek pembangunan di Bandar Hilir, Melaka. Sinonim gali cari penyelamatan.
salvage archaeologyarkeologi penyelamatanArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiSubbidang arkeologi yang dijalankan di sesuatu tapak yang ditemui secara tidak sengaja akibat gangguan manusia, projek pembangunan dan gejala alam sekitar seperti banjir dan tanah runtuh untuk mendapatkan data arkeologi yang boleh diselamatkan di tapak tersebut. Penyelidikan ini juga memungkinkan kajian terancang dilaksanakan di kawasan tersebut. Contoh kajian arkeologi penyelamatan yang terpenting di Malaysia ialah penemuan tapak Paleolitik Bukit Jawa di Lenggong (Perak) berusia sekitar 200 000 tahun yang dijumpai semasa pembinaan jalan baru menghubungkan Kuala Kangsar � Grik. Sinonim arkeologi salvaj.
safingpenyelamatanAeroangkasaTiadaProses melengkapi pesawat dengan sistem keselamatan sekembalinya ke bumi.
blood salvagepenyelamatan darahPerubatanTiadaProses kitaran semula darah pesakit semasa pembedahan bagi mengurangkan penggunaan darah homologus.
embryo rescuepenyelamatan embrioHerbaBotani dan BioteknologiTeknik untuk menyelamatkan embrio zigot yang belum matang dan tidak lengkap yang dihasilkan daripada persenyawaan. Embrio ini dipotong dan dikultur untuk membentuk tumbuhan hibrid.
salvage archaeologyarkeologi salvajArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiLihat arkeologi penyelamatan.
religious fictionfiksyen keagamaanKesusasteraanTiadaFiksyen tentang agama, pemimpin atau petugas agama. Contohnya, ulama bagi Islam, paderi bagi Kristian, dan sami bagi agama Buddha. Fiksyen jenis ini terdapat dalam karya Anthony Trollope, atau dalam novel tentang penyelamatan peribadi seperti Siddhartha oleh Herman Hesse. Fiksyen kontemporari kerap kali mempersendakan agama dengan menonjolkan sifat kepura-puraan dan kehalobaan seseorang pemimpin agama. Contohnya novel tok Guru dan novel Ummi dan Abang Syeikhul oleh Shahnon Ahmad. Sesetengah karya fiksyen menangani isu agama secara serius, contohnya novel Khutbah di Atas Bukit oleh Kuntowijoyo.
casual find (chance find)jumpaan tak sengajaArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiPenemuan artifak, ekofak atau fitur yang tidak dirancang atau tidak sengaja akibat aktiviti pertanian atau projek pembangunan yang tidak ditemui dalam konteks arkeologi. Contohnya, semasa kerja pembinaan terowong stesen LRT di tebing Sungai Gombak (Kuala Lumpur) telah ditemui porselin China, begitu juga dengan penemuan perahu di kawasan tapak pembinaan sebuah sekolah menengah di Sungai Yan (Kedah). Susulannya boleh dilakukan ekskavasi atau ekskavasi penyelamatan. Sinonim jumpaan biasa.
12

Kembali ke atas