Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nye.la.ras] | ڤڽلارس

Definisi : orang yg kerjanya (ditugaskan utk) menyelaraskan sesuatu (spt rancangan, projek, dsb), koordinator; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nye.la.ras] | ڤڽلارس

Definisi : orang atau badan yg tugasnya menyelaraskan sesuatu (projek, rancangan dsb). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
laras
Kata Terbitan : selaras, menyelaraskan, penyelarasan, keselarasan, penyelaras,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum, Saya ingin memohon bantuan DBP untuk membina frasa yang sesuai dan tepat bagi tugas PENYELARAS MARK SHEET.Penyelaras "Mark Sheet" berperanan menyalaraskan markah peperiksaan pelajar sama ada ujian bulanan mahupun peperiksaan.Saya berpendapat PENYALARAS MARK SHEET boleh ditukar ke bahasa Melayu terutama maksud "mark sheet" itu sendiri.Sesuai tak kalau disebut Penyelaras Helaian Pemarkahan atau Penyalaras Pemarkahan? Terima kasih.Frasa yang tepat ialah Penyelaras Pemarkahan.Istilah28.07.2009
ejaan bagi panggilan tuan pengetua(KNA atau Tuan Pengetua(KNK)? keliru juga dengan ejaan bagi jawatan tertentu seperti Penyelaras Tingkatan Enam atau penyelaras tingkatan enam,bagaimana nak bezakannya? terima kasih

Kata nama pengetua dan penyelaras tingkatan enam dianggap sebagai kata nama am. Oleh itu ejaan kedua-dua kata/kata majmuk tersebut ditulis dengan huruf kecil.

Tatabahasa22.03.2011
Adakah kata penyelaras tingkatan enam itu kata majmuk istilah khusus?

"Penyelaras tingkatan enam" berfungsi sebagai frasa, iaitu boleh menjadi subjek atau predikat atau objek dalam suatu ayat yang lengkap, dan bukannya kata majmuk.

Tatabahasa20.05.2011
Salam . kami ingin mendapatkan istilah yang bersesuaian bagi menggantikan nama bagi jawatan, PEGAWAI KEBUDAYAAN dan AHLI MUZIK. pihak kami ada mencadangkan perubahan nama iaitu, Karyawan Muzik untuk AHLI MUZIK dan Koordinator/ Penyelaras Kesenian untuk PEGAWAI KEBUDAYAAN. terima kasih atas perhatian dan tindakan pihak tuan.

Istilah Karyawan Muzik dan Koordinator/Penyelaras Kesenian tidak ada dalam pangkalan data kami. Dalam Kamus Dewan, karyawan bermaksud penghasil karya atau pencipta.  Kesenian bermaksud perihal seni, yang berkaitan dengan seni, keindahan dan kehalusan. Seni bermaksud 1. karya (sajak, lukisan, muzik,dll) yang dicipta dengan bakat(kecekapan), hasil daripada sesuatu ciptaan. 2. keboleh mencipta sesuatu (lukisan), ukiran , dll) yang indah-indah. Huraian yang diberikan diharap dapat membantu untuk menentukan sama ada nama jawatan yang diberikan bersesuaian atau tidak. 

Istilah18.02.2011
Apakah terjemahan kepada JOB COACHING (nama bidang pekerjaan) dan JOB COACH (nama jawatan). Secara ringkasnya, Job Coaching berperanan sebagai pemudahcara/penyelaras bagi kumpulan sasar yang berdaftar dengan JKM (OKU dsb.) untuk mendapatkan kerja di industri.Kami mencadangkan Job Coaching diterjemahkan kepada Bimbangan KerjayaMakna06.02.2018
Apakah istilah dalam bahasa Melayu untuk jawatan dalam bahasa Inggeris iaitu FRONT DESK COORDINATOR. Terima kasihTidak ada istilah khusus untuk front desk coordinator dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, istilah bahasa Melayu untuk front desk ialah meja depan atau kaunter depan. Istilah untuk coordinator ialah penyelaras. Cadangan padanan bahasa Melayu untuk front desk coordinator ialah penyelaras meja depan atau penyelaras kaunter depan.Istilah14.09.2011
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apakah padanan yang tepat dalam bahasa Melayu untuk istilah "coaching of coordinator"? Kursus "coaching of coordinator" ini merupakan program tahunan Sekolah Berasrama Penuh KPM untuk memberi latihan dan bimbingan berkaitan pengurusan asrama kepada ahli jawatankuasa tertinggi asrama. Terima kasih.Tiada data bagi istilah “coaching of coordinator” dalam data DBP. Mengikut Kamus Dewan, “coaching” ialah bimbingan khusus; latihan, manakala coordinator ialah penyelaras; koordinator. Sukacita kami mencadangkan padanan “bimbingan khusus penyelaras” atau “latihan penyelaras”.Istilah06.12.2014
Assalamualaikum, Saya nak tanya. Saya ada buat carian definisi kuiri tetapi tidak menemukan jawapan. Jabatan Pendaftaran Pertubuhan telah menggunakan ayat spt berikut dalam notis geran komuniti 1malaysia(permohonan geran persatuan penduduk 2018) Sehubungan dengan itu, persatuan penduduk di jemput untuk memohon. Berikut disertakan Borang Permohonan Geran dan Senarai Penyelaras Pemimpin Tempatan untuk makluman bagi pengesahan. Tarikh tutup 31 Oktober 2018. Anda dinasihatkan menghantar awal kerana sebarang KUIRI dapat diperbaiki sebelum tarikh tutup. Permohonan selepas 31 Oktober 2018 tidak akan diproses. Soalan: 1. apakah yang cuba dimaksudkan dengan kuiri spt ayat diatas? 2. mengapakah seperti screenshot yang saya kepilkan bersama. dalam petak hijau kuiri masih tidak diiktiraf dan dmasukkan ke kamus dbp tetapi dibolehkan penggunaannya di bidang akademik/pendidikan namun tidak untuk penggunaan penulisan? 3. apakah terjemahan bahasa melayu yang persis dengan perkataan screenshot? Terima kasih atas penjelasan.

Waalaikumsalam,

1. Menurut data istilah DBP, istilah bahasa Melayu untuk screen shot ialah tangkap layar atau syot layar.

2. Perkataan Kuiri yang dimaksudkan dalam ayat yang tuan/puan nyatakan ialah berasal daripada perkataan Query. Untuk makluman, padanan bahasa Melayu yang sesuai untuk istilah query ialah pertanyaan/persoalan. Menurut data DBP, perkataan query tidak dieja dengan kuiri. Istilah yang dijumpai dan disahkan ialah inkuiri kurikulum, iaitu dalam bidang pendidikan yang bermaksud Proses memahami fenomena kurikulum melalui data yang dikumpulkan dengan menggunakan pelbagai kaedah dan pendekatan. Selain itu, terdapat juga istilah paradigma inkuiri dan kaedah inkuiri ( kedua-duanya ini juga istilah dalam bidang pendidikan. Perkataan kuiri ( query) dan istilah inkuiri ialah dua perkataan yang berbeza.    

 

Istilah30.04.2018
Assalaamualaikum..Karya saya telah disiarkan di ruangan Suara Anak Muda, Laman Klik Web DBP pada Januari 2021. Adakah saya akan menerima sebarang honorarium untuk karya tersebut? Terima kasih.Salam sejahtera, Untuk makluman, semua artikel yang disiarkan dalam Klik Web akan menerima bayaran. Namun, jumlahnya bergantung kepada kandungan artikel yang ditentukan oleh editor mengikut kadar bayaran DBP. Sebarang pertanyaan lanjut bolehlah menghubungi: Pegawai Penyelaras: Encik Mohd Faizal bin Rus Rzerli No. Telefon: 03-2147 9460 E-mel: faizal@dbp.gov.myLain-lain01.03.2021
Salam. Tuan, Saya ingin mendapatkan kepastian mengenai penggunaan perkataan 'Aspresiasi' bagi tajuk poster seperti di lampiran. Sekian. Terima kasih.Pihak kami telah meneliti lampiran yang telah diberikan. Penggunaan perkataan "Apresiasi" tidak salah kerana membawa maksud "Penghargaan". Akan tetapi, kami mendapati terdapat kesalahan dari susunan ayat dan pemilihan perkataan. Sehubungan dengan itu, kami mencadangkan supaya digunakan ayat, "APRESIASI KHAS KEPADA WARGA PENTADBIRAN" atau "APRESIASI KHAS KEPADA STAF PENTADBIRAN". Selain itu, kami mendapati terdapat kesalah dari segi ejaan, iaitu PENYELARAS.Lain-lain23.01.2017
12

Kembali ke atas