Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nye.leng.ga.ra] | ڤڽلڠݢارا

Definisi : 1. pemelihara, penjaga: ~ kebun; 2. orang yg menyelenggarakan (meng-usahakan dll) sesuatu: ~ upacara; ~ pejabat budak suruhan di pejabat-pejabat, peon. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nye.leng.ga.ra] | ڤڽلڠݢارا

Definisi : orang atau badan yg menyelenggarakan sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
selenggara
Kata Terbitan : menyelenggarakan, selenggaraan, penyelenggaraan, penyelenggara,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum. (1) Bagaimana format bibliografi bagi rujukan yang dipetik daripada rencana/artikel yang terbit dalam buku. (2) Untuk bibliografi, editor ditulis (ed.), penyususn ditulis (peny.), dan bagaimana pula bagi penyelenggara?

Format penulisan bibliografi penerbitan buku di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) adalah mengikut panduan penerbitan DBP, iaitu buku Gaya Dewan Edisi Ketiga. Antara contoh penulisan bibliografi bagi rujukan yang dipetik daripada rencana/artikel yang terbit dalam buku adalah seperti yang berikut:

A. Samad Said, 1979. Dari Salina ke Langit Petang: Proses Mencipta Novel.    

     Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kata “penyelenggara” pula dieja penuh dalam penulisan bibliografi contohnya:

Hamzah Hamdani (penyelenggara), 1988. Konsep dan Pendekatan Sastera.   

    Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Walau bagaimanapun, “penyelenggara” tidak lagi digunakan dalam penerbitan buku terkini DBP. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Gaya Dewan Edisi Ketiga, halaman 170 – 180.

Tatabahasa03.02.2022
saya ingin mendapatkan sedikit biodata A. Samad Ahmad, penyelenggara "Hikayat Amir Hamzah" yang telah diterbitkan oleh DBP.Biodata lengkap A. Samad Ahmad boleh dirujuk pada buku BIOGRAFI PENULIS WAJAH (EDISI KETIGA) - (m/surat 28 - 34), terbitan DBP, 2005 di Pusat Dokumentasi Melayu, DBP atau di mana-mana perpustakaan negeri di Malaysia.Lain-lain02.08.2007
Salam, Saya ingin bertanya, sekiranya sesebuah buku itu adalah kumpulan penulisan dari pelbagai penulis, bagaimana prosedur dan kadar pembahagian royalti kepada penulis? Bagaimana pula kadar dan prosedur royalti kepada editor dan penyelenggara? Adakah penerbit akan membayar royalti terus kepada penulis atau melalui editor? Terima kasih.Waalaikumussalam. Untuk sebuah buku yang mempunyai lebih daripada seorang penulis, royalti akan dibahagikan dan dibayar berdasarkan jumlah penulis yang ada. Jumlah royalti yang akan diterima  oleh setiap penulis bergantung kepada kadar peratusan royalti, harga buku dan jumlah cetak. Sekiranya buku ini ada penyelenggaranya, maka penyelenggara akan menerima 4% daripada jumlah kadar peratusan royalti yang akan ditentukan oleh pihak penerbit. Dan buat masa ini, editor tidak diperuntukkan untuk bayaran royalti.  Untuk keterangan lanjut, tuan boleh menghubungi saya melalui talian 03-21479697.

Lain-lain03.05.2014
Jelaskan perbezaan antara penyelenggaraan dengan penyenggaraan.Penyelenggaraan ialah perbuatan menyelenggara sesuatu, pelaksanaan, pengelolaan,; pemuliharaan, pengawasan. Kata terbitan lain daripada 'selenggara' ialah menyelenggarakan, selenggaraan, penyelenggara. Tiada kata terbitan 'penyenggaraan'.Makna29.03.2008
Boleh saya tahu bagaimana cara hendak menerbitkan antologi puisi melalui DBP? Apakah terma dan syarat?Penerbitan antologi puisi melalui DBP: 1. Minimum 100 buah puisi atau 100-200 halaman manuskrip. 2. Melibatkan beberapa orang penulis. Penulis tidak melebihi 20 orang, bagi memudahkan urusan pembahagian royalti. 3. Penulisan puisi berdasarkan tema tertentu atau bebas. 4. Terdapat seorang penyelenggara manuskrip untuk mengumpulkan semua puisi. Penyelenggara juga perlu ada karya puisi bagi melayakkan nama beliau di kulit buku dan prakata. 5. Prakata daripda penyelenggara. 6. Hantar manuskrip yang telah lengkap melalui alamat : Ketua Editor Bahagian Buku Sastera, Aras 10, Menara DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur.Lain-lain05.11.2019
Saya memerlukan biodata tentang M Rashid Tadu.Biodata lengkap tentang Ahmad Rashid Talu (bukan M Rashid Tadu seperti soalan diajukan) boleh di rujuk pada buku "Kajian dan Karya Lengkap Ahmad Rashid Talu - Jilid I" (Penyelenggara Rosnah Baharuddin) terbitan DBP, Kuala Lumpur, 2006, berharga RM45.00. Buku tersebut boleh dirujuk di semua perpustakaan seluruh Malaysia atau boleh dbeli di Kedai Koperasi DBP, Jalan Dewan Bahasa, Kuala Lumpur.Lain-lain26.09.2007
Soalan 1) Pihak kontraktor hendaklah menghantar beberapa dokumen berkaitan. Diantaranya / antaranya adalah/ialah :- 2) Tuan - tuan dijemput hadir ke / dalam / untuk mesyuarat ini. 3) Lain - lain hal berkaitan / hal lain - lain berkaitan 4) Goreng pisang / pisang goreng 5) Sos tomato / tomato sos 6) Kerja - kerja penyelenggaraan / penyenggaraan mestilah dilakukan secepat yang mungkin 7) Penyenggara landasan / penyelenggara landasan Rujuk 7 soalan di atas, mana satu perkataan yang betul dan sesuai. Terima kasih.1) Pihak kontraktor hendaklah menghantar beberapa dokumen berkaitan. Diantaranya / antaranya adalah/ialah :
Pihak kontraktor hendaklah menghantar beberapa dokumen berkaitan. Antaranya ialah ...

2) Tuan - tuan dijemput hadir ke / dalam / untuk mesyuarat ini.
Tuan-tuan dijemput hadir dalam mesyuarat ini.

 3) Lain - lain hal berkaitan / hal lain - lain berkaitan 
 Hal-hal lain berkaitan

4) Goreng pisang / pisang goreng
pisang goreng

5) Sos tomato / tomato sos
Sos tomato

6) Kerja - kerja penyelenggaraan / penyenggaraan mestilah dilakukan secepat yang mungkin
Kedua-dua perkataan tersebut boleh digunakan kerana mempunyai maksud yang sama.


7) Penyenggara landasan / penyelenggara landasan
Kedua-dua perkataan tersebut boleh digunakan kerana mempunyai maksud yang sama.


Tatabahasa23.04.2013
Jika maksud' jawatankuasa pengelola'' dan jawatankuasa kerja' mempunyai makna yang sama dan penggunaannya bergantung pada konteks dan situasi. Bolek tak tuan berikan contoh situasi yang menampakkan perbezaan dari segi penggunaannya.

Yang biasa digunakan ialah jawatankuasa kerja. Pengelola ialah orang yg mengarah dan mengawal, pengurus, penyelenggara, pentadbir: ~ sekolah-sekolah kebangsaan; ~ syarikat perniagaan.

Tatabahasa03.03.2010
antara perkataan ( Penggaraan ) dan ( Penyelenggaraan ) Kaedah yang bagaimana untuk kita menggunakan perkataan PENYENGGARAAN dan PENYELENGGARAAN. CONTOH: 1. (a) Kumpulan Wang Amanah Penyenggara Jalan atau (b) Kumpulan Wang Amanah Penyelenggaraan Jalan CONTOH: 2. (a) PENYENGGARA jalan-jalan negeri atau (b) PENYELENGGARAAN jalan-jalan negeri 3. (a) JAWAPAN atau JAWABAN Mohon Mendapat jawapan seberapa segera. Terima Kasih. (Rusli Bin Kamaruddin) PA Yang di-Pertua Merangkap Ketua Pelapor Perbahasan Dewan Undangan Negeri PULAU PINANG.1. Penyenggara Jalan  dan penyelenggara jalan, kedua-dua perkataan tersebut boleh digunakan kerana mempunyai maksud yang sama.

Kamus Dewan Edisi Keempat mentakrifkan kata selenggara dan senggara pada asasnya mempunyai mana yang sama. Hal ini demikian, kerana kata selenggara dan senggara ialah sesuatu perbuatan mengurus dan mengerjakan, mengelolakan, mengusahakan. Perkataan senggara apabila menerima sisipan 'el' di tengah-tengahnya menjadi selenggara.

2. Jawapan dan jawaban boleh digunakan dan merupakan varian. Jawaban adalah betul dari segi morfologi manakala jawapan pula diterima pakai disebabkan kelaziman penggunaannya. Kamus Dewan Edisi Keempat menjadikan jawapan sebagai subentri kepada jawab.
Tatabahasa27.02.2014
apakah peranan dan fungsi sastera dan dimanakah saya boleh merujuk tentang perkara tersebut....tolong nyatakan nama buku,laman web atau karya....terima kasihPeranan dan fungsi sastera boleh diperoleh daripada pelbagai buku yang sastera yang membincangkan aspek tersebut. Dewan Bahasa dan Pustaka dan penerbit luar, misalnya Penerbitan Fajar Bakti banyak menerbitkan buku tentang kesusasteraan. Antara buku terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka yang boleh dirujuk ialah Hamzah Hamdani (penyelenggara), 1988. Konsep dan Pendekatan Sastera. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Lain-lain05.06.2007
12

Kembali ke atas