Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
selenggara
Kata Terbitan : menyelenggarakan, selenggaraan, penyelenggaraan, penyelenggara,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum. (1) Bagaimana format bibliografi bagi rujukan yang dipetik daripada rencana/artikel yang terbit dalam buku. (2) Untuk bibliografi, editor ditulis (ed.), penyususn ditulis (peny.), dan bagaimana pula bagi penyelenggara?

Format penulisan bibliografi penerbitan buku di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) adalah mengikut panduan penerbitan DBP, iaitu buku Gaya Dewan Edisi Ketiga. Antara contoh penulisan bibliografi bagi rujukan yang dipetik daripada rencana/artikel yang terbit dalam buku adalah seperti yang berikut:

A. Samad Said, 1979. Dari Salina ke Langit Petang: Proses Mencipta Novel.    

     Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kata “penyelenggara” pula dieja penuh dalam penulisan bibliografi contohnya:

Hamzah Hamdani (penyelenggara), 1988. Konsep dan Pendekatan Sastera.   

    Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Walau bagaimanapun, “penyelenggara” tidak lagi digunakan dalam penerbitan buku terkini DBP. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Gaya Dewan Edisi Ketiga, halaman 170 – 180.

Tatabahasa03.02.2022
Boleh saya tahu bagaimana cara hendak menerbitkan antologi puisi melalui DBP? Apakah terma dan syarat?Penerbitan antologi puisi melalui DBP: 1. Minimum 100 buah puisi atau 100-200 halaman manuskrip. 2. Melibatkan beberapa orang penulis. Penulis tidak melebihi 20 orang, bagi memudahkan urusan pembahagian royalti. 3. Penulisan puisi berdasarkan tema tertentu atau bebas. 4. Terdapat seorang penyelenggara manuskrip untuk mengumpulkan semua puisi. Penyelenggara juga perlu ada karya puisi bagi melayakkan nama beliau di kulit buku dan prakata. 5. Prakata daripda penyelenggara. 6. Hantar manuskrip yang telah lengkap melalui alamat : Ketua Editor Bahagian Buku Sastera, Aras 10, Menara DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur.Lain-lain05.11.2019
Soalan 1) Pihak kontraktor hendaklah menghantar beberapa dokumen berkaitan. Diantaranya / antaranya adalah/ialah :- 2) Tuan - tuan dijemput hadir ke / dalam / untuk mesyuarat ini. 3) Lain - lain hal berkaitan / hal lain - lain berkaitan 4) Goreng pisang / pisang goreng 5) Sos tomato / tomato sos 6) Kerja - kerja penyelenggaraan / penyenggaraan mestilah dilakukan secepat yang mungkin 7) Penyenggara landasan / penyelenggara landasan Rujuk 7 soalan di atas, mana satu perkataan yang betul dan sesuai. Terima kasih.1) Pihak kontraktor hendaklah menghantar beberapa dokumen berkaitan. Diantaranya / antaranya adalah/ialah :
Pihak kontraktor hendaklah menghantar beberapa dokumen berkaitan. Antaranya ialah ...

2) Tuan - tuan dijemput hadir ke / dalam / untuk mesyuarat ini.
Tuan-tuan dijemput hadir dalam mesyuarat ini.

 3) Lain - lain hal berkaitan / hal lain - lain berkaitan 
 Hal-hal lain berkaitan

4) Goreng pisang / pisang goreng
pisang goreng

5) Sos tomato / tomato sos
Sos tomato

6) Kerja - kerja penyelenggaraan / penyenggaraan mestilah dilakukan secepat yang mungkin
Kedua-dua perkataan tersebut boleh digunakan kerana mempunyai maksud yang sama.


7) Penyenggara landasan / penyelenggara landasan
Kedua-dua perkataan tersebut boleh digunakan kerana mempunyai maksud yang sama.


Tatabahasa23.04.2013
antara perkataan ( Penggaraan ) dan ( Penyelenggaraan ) Kaedah yang bagaimana untuk kita menggunakan perkataan PENYENGGARAAN dan PENYELENGGARAAN. CONTOH: 1. (a) Kumpulan Wang Amanah Penyenggara Jalan atau (b) Kumpulan Wang Amanah Penyelenggaraan Jalan CONTOH: 2. (a) PENYENGGARA jalan-jalan negeri atau (b) PENYELENGGARAAN jalan-jalan negeri 3. (a) JAWAPAN atau JAWABAN Mohon Mendapat jawapan seberapa segera. Terima Kasih. (Rusli Bin Kamaruddin) PA Yang di-Pertua Merangkap Ketua Pelapor Perbahasan Dewan Undangan Negeri PULAU PINANG.1. Penyenggara Jalan  dan penyelenggara jalan, kedua-dua perkataan tersebut boleh digunakan kerana mempunyai maksud yang sama.

Kamus Dewan Edisi Keempat mentakrifkan kata selenggara dan senggara pada asasnya mempunyai mana yang sama. Hal ini demikian, kerana kata selenggara dan senggara ialah sesuatu perbuatan mengurus dan mengerjakan, mengelolakan, mengusahakan. Perkataan senggara apabila menerima sisipan 'el' di tengah-tengahnya menjadi selenggara.

2. Jawapan dan jawaban boleh digunakan dan merupakan varian. Jawaban adalah betul dari segi morfologi manakala jawapan pula diterima pakai disebabkan kelaziman penggunaannya. Kamus Dewan Edisi Keempat menjadikan jawapan sebagai subentri kepada jawab.
Tatabahasa27.02.2014
Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak anda kerana bertindak balas dengan serta merta setelah pertanyaan saya dihantarkan. Kecuali dari peribahasa, ada apa lagi tajuk yang saya boleh rujukkan untuk mendapat maklumat tentang bandingan semacam atau bahasa kiasan seperti pertanyaan yang saya buat sebelum ini? Terima kasih.

Buku-buku yang mungkin boleh dijadikan rujukan saudara ialah:

1. Peribahasa Sekolah Menengah , Asiah Abdul Rahman, DBP 2008.

2. Kamus Peribahasa Melayu ke Inggeris edisi kedua, Shamsuddin Ahmad, PTS 2007.

3. Minda Melayu, Penyelenggara Anwar Ridhwan, DBP 2008.

4. China- Pensejarahan dan Pembinaan Tamadun, Abdul Rahman Hj Ismail, DBP 2001

Ada judul yang saya tidak ingat , ditulis oleh Amir Muslim, tentang peribahasa Melayu dan peribahasa Inggeris yang sepadan/sesuai. Mungkin buku ini boleh dicari di kedai buku di luar DBP.

Penyelidikan27.04.2011

Kembali ke atas