Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nye.lia] | ڤڽليا

Definisi : orang yg menyelia, pengawas: ~ Kelas Dewasa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nye.lia] | ڤڽليا

Definisi : orang yg menyelia; pengawas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
selia2
Kata Terbitan : menyelia, penyeliaan, penyelia,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum wr wt Saya ingin bertanya mengenai satu variable dalam kajian saya iaitu "Family supportive supervisor behaviour? Adakah ia merupakan “penyelia sokongan terhadap keluarga” atau “sokongan penyelia terhadap keluarga”. Family-supportive supervisor behavior = atau ia sepatutnya diterjemah sebagai “tingkah laku penyelia yang menyokong keluarga:? Supervisor saya meminta saya mendapatkan khidmat nasihat DBP. Terima kasihKami mencadangkan “tingkah laku penyelia sokongan keluarga” sebagai pemboleh ubah (variable) bagi padanan “family supportive supervisor behaviour”.Penyemakan dan penterjemahan17.06.2020
Apakah terjemahan yang sesuai untuk "direct supervisor" dan "direct colleagues" (konteksnya adalah di pejabat)? Bolehkah perkataan tersebut diterjemahkan sebagai "penyelia" dan "rakan sejawat"?Untuk makluman, tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "direct supervisor" dan "direct colleagues" dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, terdapat istilah "direct labour" yang padanan bahasa Melayunya ialah pekerja langsung. Oleh itu, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah penyelia langsung dan rakan sekerja langsung.Istilah14.04.2014
Saya ingin tahu "di bawah" boleh digunakan dalam tajuk seperti berikut: Kualiti Guru Pelatih yang Dibimbing di Bawah Penyelia Terima kasih.Kami mencadangkan ayat tersebut diubah menjadi "Kualiti Guru Pelatih yang Dibimbing di Bawah Seliaan...", frasa di bawah boleh digunakan dalam konteks tempat yang abstrak.Tatabahasa13.11.2014
Saya ingin dapatkan penjelasan perkataan 1) Trend - Adakah ia telah di Melayukan? - Atau menggunakan perkataan 'aliran' bertepatan maksunya dengan perkataan tersebut. 2) Data Entry - Saya tidak dapat mencari perkataan yang sesuai dalam Bahasa Melayu seperti: a) Interviewwer = Penemubual b) Supervisor = Penyelia Harap mendapat perhatian yang sewajarnya. Sekian, terima kasih.Padanan bahasa Melayu bagi 'trend' ialah arah aliran atau trend. Data entry- kemasukan data; Interviewer- penemu duga; Supervisor- penyelia Istilah25.04.2008
Apakah panggilan untuk orang yang menguruskan rumah kebajikan dan rumah orang tua ? Sekian, terima kasih.Tidak ada satu perkataan yang khusus, tuan menggunakan perkataan pengurus atau penyelia rumah kebajikan.Tatabahasa19.05.2013
Terjemahan "Desk Officer" ke Bahasa Melayu. Sama ada pegawai bertanggungjawab atau pegawai rujukTidak ada padanan Bahasa Melayu untuk"Desk Officer " dalam data kami. Menurut carian kami "Desk Officer"  merujuk kepada penyelia yang bertugas di balai polis yang bertanggungjawab memastikan keselamatan barangan berharga, menjaga bahan bukti dan lain-lain yang berkepentingan. Oleh itu, cadangan terjemahan yang sesuai ialah  pegawai bertanggungjawab.Makna24.04.2019
Salam, Apakah nama bagi jawatan orang yang menjadi ketua dalam sebuah tadika seumpama guru besar di sekolah rendah?Tiada penggunaan yang standard bagi jawatan ketua guru di sekolah tadika. Di sekolah tadika kerajaan (Tadika Kemas), Penyelia yang menyelia perlaksanaan sekolah dan menjadi ketua sekolah tersebut. Di sekolah tadika swasta lazimnya jawatan principal digunakan dan terjemahan ke dalam bahasa Melayu ialah pengetua. Hal ini tidak selari dengan sistem persekolahan kita kerana pengetua ialah ketua guru di sekolah menengah.Istilah24.05.2012
Saya Irene, pegawai pendidikan yang sedang belajar di UKM. Saya ingin mendapatkan istilah "Argument-Driven Inquiry", "Modified Argument-Driven Inquiry", "Guided Argument-Driven Inquiry" dalam Bahasa Melayu daripada pihak DBP. Saya cuba mencarinya dalam prpm tetapi gagal mendapatnya dengan tepat. Penyelia saya mencadangkan kepada saya untuk mendapat nasihat daripada pihak DBP. Segala perhatian daripada pihak tuan didahului dengan ribuan terima kasih. Sekian, terima kasih.Padanan bahasa Melayu yan g dicadangkan adalah seperti yang berikut:

1. Argument-Driven Inquiry - Pertanyaan Berpandukan Hujah
2.Modified Argument-Driven Inquiry - Pertanyaan Berpandukan Hujah Terubah Suai
3. Guided Argument-Driven Inquiry - Pertanyaan Berpandukan Hujah Terarah/Pertanyaan Berpandukan Hujah Terbimbing
Istilah26.09.2016
Mardhiyyah Nor Azizan Oct 23rd, 10:21pm Salam alaik. Dewan Bahasa dan Pustaka. Saya tidak dapat menghantar mesej ke akaun Facebook rasmi Bajet 2016. Hal ini demikian kerana akaun tersebut tidak menyediakan pilihan tersebut. Saya berharap agar pihak Tuan dapat menegur pihak penyelia laman, agar menggunakan ejaan lengkap, bukan singkatan, bagi memartabatkan bahasa dan menjaga kredibiliti agensi kerajaan. ini adalah url untuk ditegur atau dipantau https://m.facebook.com/bajet2016Terima kasih atas makluman puan berhubung dengan perkara tersebut.Lain-lain23.10.2015
Saya mohon nasihat pihak DBP berkaitan tajuk "KEPEMIMPINAN TRANSFORMASI PENGANTARA HUBUNGAN KUALITI SISTEM, KUALITI MAKLUMAT, KUALITI PERKHIDMATAN DAN BUDAYA ORGANISASI DENGAN KEPUASAN PENGGUNA SISTEM BERSEPADU KPM".

Cadangan tajuk yang diberikan tiada kesalahan dari segi tatabahasa. Walau bagaimanapun, puan perlu berbincang dan merujuk penyelia atau pensyarah untuk mendapatkan maklumat dan pandangan yang lebih bersesuaian dengan konsep kajian puan.

Lain-lain13.12.2023
12

Kembali ke atas