Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nye.li.di.kan]/[pe.nye.li.di/.kan] | ڤڽليديقن

Definisi : perbuatan menyelidik, peme­riksaan: ~ telah pun dijalankan tentang kanak-kanak; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nye.li.di.kan]/[pe.nye.li.di/.kan] | ڤڽليديقن

Definisi : perbuatan atau hal menyelidik; pemeriksaan: ~ ttg penyakit malaria telah dilakukan pd awal kurun kedua puluh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
selidik
Kata Terbitan : menyelidik, penyelidikan, penyelidik,

Peribahasa

Kalau bertangkai boleh dijinjingkan.

Bermaksud :

Bukti yang dapat dipakai sebagai punca sesuatu penyelidikan.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya mohon pihak DBP untuk menyemak berhubung terjemahan tajuk penyelidikan yang saya dan ahli kumpulan penyelidikan saya terjemahkan dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu seperti yang dinyatakan berikut: Tajuk penyelidikan dalam Bahasa Inggeris: “Perceptions on risk behaviours and health seeking associated with HIV/STD among transgender women and men have sex with men (MSM)” Terjemahan tajuk penyelidikan ke dalam Bahasa Melayu: Persepsi berhubung tingkahlaku berisiko dan pencarian maklumat kesihatan yang dikaitkan dengan HIV/STD dalam kalangan wanita transgender dan lelaki yang mempunyai hubungan seks dengan lelaki (Men have sex with men)"Sekiranya bersesuaian dengan konteks penggunaan tuan, kami mencadangkan tajuk penyelidikan ini diterjemahkan kepada:

Persepsi terhadap risiko tingkah laku dan kesihatan yang mempunyai kaitan dengan HIV/STD dalam kalangan transgender dan homoseksual.
Penyemakan dan penterjemahan24.01.2020
SAYA MAHU MENGELUARKAN JURNAL MUALLIM - JURNAL PENYELIDIKAN 2011 BAGI JBATAN PENYELIDIKAN DAN INOVASI UNTUK IPG KSM. BAGAIMANA SAYA BOLEH MENDAFTAR DAN MENDPATKAN NO ISSN?

Sila hubungi Perpustakaan Negara Malaysia untuk mendaftar dan mendapatkan nombor ISSN.

Lain-lain04.12.2011
Mana yang lebih tepat untuk nama jawatan. 1) Timbalan Bahagian Penyelidikan 2) Timbalan Ketua Bahagian PenyelidikanNama jawatan yang tepat ialah Timbalan Ketua Bahagian Penyelidikan.   Istilah19.08.2009
Adakah perkataan “untuk tujuan” dan “di mana” boleh digunakan dalam ayat penyata? Contoh ayat “untuk tujuan”: (a) Internet boleh digunakan untuk tujuan penyelidikan. (b) Untuk tujuan penyelidikan, pengkaji perlu menyediakan senarai subjek. Contoh ayat “di mana”: (a) Reliabiliti merujuk kepada tahap di mana teknik pengumpulan maklumat memberikan penemuan. (b) Subjek kajian dibahagikan kepada dua kumpulan secara rawak, di mana satu kumpulan tidak diberikan rawatan dan satu kumpulan lagi diberikan rawatan.Perkataan "untuk tujuan" boleh digunakan pada ayat penyata dan sesuai pada ayat contoh yang diberikan.  Akan tetapi perkataan "di mana" tidak sesuai digunakan pada ayat contoh.  Perkataan "di mana" boleh digantikan dengan perkataan "iaitu".Lain-lain23.03.2017
Adakah perkataan “untuk tujuan” dan “di mana” boleh digunakan dalam ayat penyata? Contoh ayat “untuk tujuan”: (a) Internet boleh digunakan untuk tujuan penyelidikan. (b) Untuk tujuan penyelidikan, pengkaji perlu menyediakan senarai subjek. Contoh ayat “di mana”: (a) Reliabiliti merujuk kepada tahap di mana teknik pengumpulan maklumat memberikan penemuan. (b) Subjek kajian dibahagikan kepada dua kumpulan secara rawak, di mana satu kumpulan tidak diberikan rawatan dan satu kumpulan lagi diberikan rawatan.Perkataan "untuk tujuan" boleh digunakan dalam ayat penyata dan sesuai pada ayat contoh yang diberikan.  Akan tetapi perkataan "di mana" tidak sesuai digunakan pada ayat contoh.  Perkataan "di mana" boleh digantikan dengan perkataan "iaitu".Lain-lain23.03.2017
PIHAK INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA (IYRES), KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN SEDANG DALAM PROSES MENGHASILKAN BUKU TOKOH BELIA MALAYSIA. SEHUBUNGAN DENGAN ITU, KAMI MEMERLUKAN KHIDMAT PAKAR BAHASA/RUJUK UNTUK MEMBANTU DALAM PENULISAN BUKU TERSEBUT. SEGALA KERJASAMA ANDA AMAT SAYA HARGAI. TERIMA KASIH.Untuk makluman tuan, DBP tidak menyediakan perkhidmatan menyemak manuskrip/buku terbitan luar. Walau bagaimanapun, sekiranya pihak tuan bercadang untuk menerbitkan buku dengan DBP, tuan boleh berhubung dengan Bahagian Buku Umum, DBP melalui talian 03-21479100/200. Lain-lain13.09.2021
Yang manakah yang betul? 1. Dengan ini perakukan bahawa Azhan bin Yusoff telah membentangkan kertas kerja dalam seminar penyelidikan tindakan. 2. Dengan ini perakui bahawa Azhan bin Yusoff telah membentangkan kertas kerja dalam seminar penyelidikan tindakan. 3. Dengan ini dikaui bahawa Azhan bin Yusoff telah membentangkan kertas kerja dalam seminar penyelidikan tindakan.Jawapan yang tepat ialah:  Dengan ini diperakui bahawa Azhan bin Yusoff telah membentangkan kertas kerja dalam seminar penyelidikan tindakan.Tatabahasa10.09.2014
a) 'Tingkah laku pencarian maklumat di kalangan pelajar dalam melaksanakan penyelidikan' b) 'Tingkah laku pencarian maklumat dalam kalangan pelajar yang melaksanakan penyelidikan' Mana satukah ayat yang tidak mempunyai kesalahan tatabahasa dan lebih sesuai digunakan sebagai tajuk? Diharap pihak DBP dapat mencadangkan tajuk yang sesuai dan tiada kesalahan tatabahasa. Terima kasih.Ayat yang paling tepat ialah "Tingkah laku pencarian maklumat dalam kalangan pelajar yang melaksanakan penyelidikan."  Tatabahasa25.11.2010
Apakah terjemahan dalam BI yang sesuai bagi Pembudayaan Penyelidikan.Kami mencadangkan "pembudayaan penyelidikan" diterjemahkan sebagai "research enculturation". Namun, padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa.Penyemakan dan penterjemahan15.06.2022
Adakah penggunaan preposisi dari dan daripada di bawah ini tepat? 1. Dayang Aishah daripada Bahagian Penyelidikan dan Dokumentasi dipindah ke Bahagian Perkhidmatan untuk mengetuai Unit Lawatan. 2. Bersama ini disertakan cadangan anggaran peruntukan dari Unit Penyelidikan dan Perkamusan. 3. Turut sama hadir ialah Pegawai-pegawai Kanan dari Negara Brunei Darussalam. 4. ... arahan dari Timbalan Pengetua, Pusat Sejarah Brunei. 5. Semoga mendapat ganjaran pahala daripada Allah Subhanahu Wata’ala. 6. Merujuk memorandum daripada Jabatan Perkhidmatan Awam. 7. ... disenaraikan empat orang peserta dari bahagian ini untuk mengikuti seminar ... Terima kasih.Penggunaan kata sendi nama dari dan daripada  serta pembentukan kata yang lain telah diperbetulkan dalam beberapa ayat yang tuan lampirkan.  
1. Dayang Aishah dari Bahagian Penyelidikan dan Dokumentasi dipindahkan ke Bahagian Perkhidmatan untuk mengetuai Unit Lawatan.
2. Bersama-sama ini disertakan cadangan anggaran peruntukan dari Unit Penyelidikan dan Perkamusan.
3. Turut sama hadir ialah Pegawai-pegawai Kanan dari Negara Brunei Darussalam.
4. ... arahan daripada Timbalan Pengetua, Pusat Sejarah Brunei.
5. Semoga mendapat ganjaran pahala daripada Allah Subhanahu Wata’ala.
6. Merujuk memorandum dari Jabatan Perkhidmatan Awam...
7. ... disenaraikan empat orang peserta dari bahagian ini untuk mengikuti seminar ...
Tatabahasa06.04.2014
12345678910...

Kembali ke atas