Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nye.lu.du.pan] | ڤڽلودوڤن

Definisi : perihal menyeludup(kan); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nye.lu.du.pan] | ڤڽلودوڤن

Definisi : perbuatan (hal dsb) menyeludup atau menyeludup­kan sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
seludup
Kata Terbitan : menyeludup, menyeludupkan, seludupan, penyeludupan, penyeludup,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
tolong saya carikan definiusi bagi penyeludupan?Penyeludupan bermaksud perihal menyeludup(kan), iaitu perbuatan menyembunyikan, menyorokkan; memasukkan (barang, dll) secara haram atau gelap.Makna15.03.2008
tolong saya carikan maklumat mengenai definisi bagi penyeludupanPenyeludupan bermaksud perihal menyeludupkan, iaitu masuk bersembunyi,masuk secara haram. Kamus Dewan Edisi Keempat,halaman 1430. Lain-lain14.03.2008
1. Anti Trafficing in Persons 2. Trafficling in Persons.1. Anti penyeludupan manusia @ dlm. btk. ayat: (menentang/anti penyeludupan manusia) 2. Penyeludupan manusia 3. Penyeludup/orang yang diseludupIstilah17.04.2007
Yang manakah betul? 1. Polis berjaya menemui barang-barang penyeludupan. 2. Polis berjaya menemukan barang-barang penyeludupan.Ayat yang betul ialah Polis berjaya menemukan barang-barang penyeludupan.Tatabahasa29.01.2016
Salam, saya mahu semak samada ayat saya betul atau tidak. Contoh Ayat : Pihak pengurusan amat berbangga di atas tindakan cemerlang anda kerana berjaya membanteras penyeludupan 316 keping besi keluli tahan karat yang telah disembunyikan di dalam bahagian enjin dan di bawah tempat duduk kenderaan dari tiga buah kenderaan semasa memasuki kawasan pemeriksaan pada 20 April 2015.Pihak pengurusan amat berbangga atas tindakan cemerlang anda kerana berjaya membanteras penyeludupan 316 keping besi keluli tahan karat yang telah disembunyikan di dalam bahagian enjin dan di bawah tempat duduk di dalam tiga buah kenderaan semasa memasuki kawasan pemeriksaan pada 20 April 2015.Tatabahasa21.04.2015
Adakah perkataan "dan" perlu digunakan terlebih dahulu dalam ayat sebelum perkataan "serta" boleh digunakan? Sebagai contoh, pihak ibu bapa dan pihak sekolah perlu berganding bahu untuk melahirkan generasi muda yang penyayang serta berwawasan. Sekiranya penggunaan kata "dan" dan "serta" ditukar tempat bagi contoh ayat di atas, adakah ayat masih betul? Saya juga ingin mendapatkan penjelasan jika perkataan "serta" boleh berdiri sendiri dalam ayat tanpa kehadiran perkataan "dan" dalam ayat. Terima kasih.Berdasarkan contoh ayat yang diberikan, penggunaan yang tepat ialah Pihak ibu bapa dan pihak sekolah perlu berganding bahu untuk melahirkan generasi muda yang penyayang dan berwawasan. Perlu menggunakan "dan" pada kedua-dua frasa tersebut kerana frasanya terpisah dan tidak mengikuti.

Perkataan “serta” boleh berdiri sendiri tanpa kehadiran kata “dan” mengikut konteks dan maksud ayat. Kata serta memberi pengertian turut melakukan perkara lain, atau "dan juga". Contohnya, Wanita itu memeluk anaknya serta membelai rambutnya. Contoh lain ialah Jawatankuasa kampung serta masyarakat setempat perlu bekerjasama dalam menangani aktiviti penyeludupan senjata api di kawasan terbabit.
Tatabahasa01.06.2021

Kembali ke atas