Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nye.lu.du.pan] | ڤڽلودوڤن

Definisi : perihal menyeludup(kan); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nye.lu.du.pan] | ڤڽلودوڤن

Definisi : perbuatan (hal dsb) menyeludup atau menyeludup­kan sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
seludup
Kata Terbitan : menyeludup, menyeludupkan, seludupan, penyeludupan, penyeludup,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
smugglingpenyeludupanUndang-undangUndang-undang AntarabangsaTindakan mengimport atau mengeksport barangan terlarang, atau mengimport atau mengeksport barangan dengan cara mengelakkan duti yang sepatutnya dikenakan terhadap barangan berkenaan. Bagi barangan yang diimport secara penyeludupan, denda yang digandakan berasaskan nilai barangan rampasan boleh dikenakan kepada pihak yang menyeludup.
smugglingpenyeludupanEkonomiTiadaTiada
human smugglingpenyeludupan manusiaKriminologiKeadilan JenayahPerbuatan mengatur, memudahkan atau merancang secara langsung atau tidak langsung kemasukan mana-mana orang merentas sempadan antarabangsa yang menyalahi undang-undang sesebuah negara. Perbuatan ini boleh dilakukan dengan kerelaan atau tanpa kerelaan mangsa, secara rahsia atau melalui perdayaan, seperti penggunaan dokumen palsu. Lazimnya, perbuatan ini dilakukan oleh sindiket dengan tujuan untuk mendapatkan keuntungan. Contohnya, imigran yang diseludup masuk untuk dijadikan sebagai buruh ladang.
smuggling trafficpergerakan penyeludupanSejarahTiadaTiada
nautical melodramamelodrama nautikalKesenianDrama dan TeaterCorak melodrama yang memaparkan kisah yang berkaitan dengan kapal karam, penyeludupan atau lanun. Melodrama ini biasanya mengemukakan tema keperwiraan yang patriotik sifatnya.
illicit incomependapatan terlarangKriminologiKeadilan JenayahPendapatan yang diperoleh daripada aktiviti dan sumber yang menyalahi undang-undang. Contohnya, pendapatan daripada aktiviti penipuan, pengubahan wang haram, perjudian, penyeludupan dan sebagainya.
criminal enterpriseperusahaan jenayahKriminologiKeadilan JenayahSatu bentuk entiti yang melibatkan sekumpulan individu yang menggunakan jenayah secara terancang untuk mencapai matlamat keuntungan kewangan. Contohnya, aktiviti pengedaran dadah dan penyeludupan barang terlarang.
unreported activityaktiviti tak terlaporEkonomiTiadaKegiatan mengeluarkan barang dan perkhidmatan yang tidak dimasukkan dalam pengiraan pendapatan negara dan merupakan punca utama yang boleh merendahkan angka pendapatan negara. Aktiviti tak terlapor termasuk kegiatan haram seperti perjudian, pelacuran, atau penyeludupan, serta kegiatan sah dari segi undang-undang yang bertujuan untuk mengelak cukai seperti pekerjaan sendiri dalam projek tertentu.
organized crimejenayah terancangKriminologiKeadilan JenayahJenayah yang dilakukan oleh sindiket atau organisasi dengan membuat persediaan dan perancangan yang pada lazimnya bertujuan untuk mendapatkan keuntungan. Kebiasaannya, jenayah ini dilakukan dalam skala yang besar dan ada kalanya, melibatkan pasaran gelap. Contohnya, pelacuran, perjudian dan penyeludupan dadah.
cross-border crimejenayah rentas sempadanKriminologiKeadilan JenayahPerbuatan atau tindakan jenayah yang dilakukan oleh seseorang atau organisasi dalam sesebuah negara tetapi dilakukan secara rentas sempadan atau yang memberikan kesan kepada mangsa di negara lain. Lazimnya, perbuatan sebegini dilakukan dengan menggunakan ruang siber kerana memudahkan perlakuan jenayah. Contohnya, perbuatan penyeludupan dadah, senjata dan manusia dan penipuan siber.
12

Kembali ke atas