Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nyem.be.li.han] | ڤڽمبليهن

Definisi : 1. perbuatan menyem­belih, pemotongan: dua ekor kerbau itu ditambat di belakang rumahnya sementara menunggu hari ~nya; 2. daging upah menyembelih; tidak usak kerbau oleh ~ prb tidak akan menjadi miskin bagi orang kaya yg berderma; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
sembelih
Kata Terbitan : menyembelih, penyembelihan, penyembelih,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah bezanya kekah dan korban

Encik Ismail terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.

akikah

  • Ar penyembelihan binatang ternakan (lembu, kambing) yg dilakukan selepas kelahiran bayi (lebih afdal pd hari ketujuh) sbg tanda kesyukuran kpd Allah;
  • korban

    • Ar 1. amalan menghampirkan diri kpd Allah dgn menyembelih binatang ternakan (lembu, kambing, kerbau, dll) pd 10 Zulhijjah atau tiga hari selepasnya (hari tasyrik) dgn mengagihkan sebahagian drpd daging itu kpd fakir miskin: majlis ~;
Makna20.10.2009
Tuan, Sila beritahu sama ada perkataan dalam kurungan adalah betul atau salah.Jika salah,bolehkah tuan betulkan?Terima kasih atas tunjuk.ajar tuan. 1.Ibu mengutip beberapa (cubit) kulat sisir. 2.Kita boleh membeli barangan (jati) di pasar raya itu. 3.(Akal) yang sihat melahirkan idea yang bernas. 4.Bau tempat penyembelihan lembu sangat (hanyir.) 5.Dia mendapat (kecederaan) pada lengannya akibat terjatuh tangga. 6.Pemain yang mengalami kecederaan itu (ditunda) keluar dari padang. 7.Kereta ayah yang rosak telah (ditunda) ke bengkel. 8.Pemain yang tidak menunjukkan prestasi yang baik akan (digantung ) 9.Walaupun datuk sudah lanjut usianya,tetapi ingatannya masih (teguh) 10.Ibu bapa harus memegang tanga anak mereka dengan (teguh) semasa menaiki eskalator. Adakah ayat berikut betul? 11.Sila mendapat maklumat tentang pertandingan itu daripada Cikgu Ali.Ayat yang betul adalah seperti yang berikut:
1.Ibu mengutip beberapa kulat sisir.
2.Kita boleh membeli barangan asli di pasar raya itu.
3. Akal yang sihat melahirkan idea yang bernas.
4. Bau tempat penyembelihan lembu sangat hanyir.
5. Dia mendapat kecederaan pada lengannya akibat terjatuh tangga.
6. Pemain yang mengalami kecederaan itu diusung keluar dari padang.
7. Kereta ayah yang rosak telah ditunda ke bengkel.
8. Pemain yang tidak menunjukkan prestasi yang baik akan digantung tugas.
9. Walaupun datuk sudah lanjut usianya,tetapi ingatannya masih kuat.
10. Ibu bapa harus memegang tangan anak mereka dengan kemas semasa menaiki eskalator.
11. Sila dapatkan maklumat tentang pertandingan itu daripada Cikgu Ali.
Tatabahasa14.11.2017
Assalam & Selamat Pagi, Pihak kami ingin meminta jasa baik pihak Tuan untuk menyemak perkataan-perkataan dalam Bahasa Melayu seperti di bawah: 1. Pejabat Kakitangan atau Pejabat Masjid (yang mana yang sesuai) 2. Ruang Solat Muslimat atau Ruang Solat Muslimah (yang mana yang sesuai) 3. Rak Kasut 4. Ruang Pemadam Api 5. Ruang Meletak Barangan Sumbangan (untuk barangan sumbangan kepada Masjid) 6. Bilik Pengurusan Jenazah 7. Bilik Kuliah 8. Bilik Stor 9.Tabung Masjid 10. Kebuk Sampah atau Bilik Pengumpulan Sampah (yang mana yang sesuai) 11. Parking Imam atau Ruang Letak Kereta Imam 12. Tiang Sembelihan atau Ruang Penyembelihan (untuk korban) 13. Pastikan Pintu Sentiasa Ditutup 14. Dilarang Membawa Selipar Tandas Melepasi Garisan Ini Sekian, terima kasihWaalaikumussalam.
Kami cadangkan:
1. Pejabat
2. Ruang Solat Muslimat
3. Rak Kasut
4. Ruang Pemadam Api
5. Ruang Barang Sumbangan
6. Bilik Pengurusan Jenazah
7. Bilik Kuliah
8. Stor
9.Tabung Masjid
10.Kebuk Sampah
11.Ruang Letak Kereta Imam
12.Ruang Penyembelihan
13.Pastikan Pintu Sentiasa Ditutup
14.Dilarang Membaca Selipar Tandar Melepasi Garisan Ini
Lain-lain15.08.2016
Salam sejahtera tuan/puan. Sukacita sekiranya pihak tuan/puan dapat memberikan terjemahan bagi istilah-istilah berikut: 1. Cattle Kick Stop 2. Cow Hobble 3. Cattle Cable Spiker 4. Cattle Captive Bolt stunner 5. Cattle Humane Slaughter Equipment 6. Wool Carding Machine (Berkaitan dengan ternakan biri-biri) 7. Wool Roving Machine

Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut:

1. Cattle Kick Stop - Penahan Tendangan Lembu
2. Cow Hobble - Sengkela Lembu
3. Cattle Cable Spiker - Pepaku Kabel Lembu
4. Cattle Captive Bolt Stunner – Pemegun Bolt Kurungan Lembu
5. Cattle Humane Slaughter Equipment – Peralatan Penyembelihan Berperikemanusiaan untuk Lembu
6. Wool Carding Machine (Berkaitan dengan ternakan biri-biri) – Mesin Sisir Kasar Bulu Bebiri
7. Wool Roving Machine – Mesin Pintal Kasar Bulu Bebiri

Istilah10.03.2016

Kembali ke atas