Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nyem.bu.han] | ڤڽمبوهن

Definisi : perihal menyembuhkan, pemu-lihan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nyem.bu.han] | ڤڽمبوهن

Definisi : perbuatan atau hal menyembuhkan: Mereka ber­usaha mencari kaedah ~ yg berkesan utk penyakit itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sembuh (adjektif)
Bersinonim dengan sihat kembali, pulih, baik, betah, siar, segar, waras, uras;,
Kata Terbitan : menyembuhkan, kesembuhan, penyembuhan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ASCLEPIUS

Asclepius ialah dewa penyembuhan orang

Yunani. Orang Rom menamakannya Asclepius.

Orang Yunani berdoa kepada Asclepius semasa

diserang wabak dan semasa sakit. Anaknya yang

paling terkenal ialah Hygeia, dewa kesihatan.

Epidaurus di Geece ialah tempat khas untuk

pengikutnya, iaitu para doktor pertama yang

dikenali sebagai Asclepiad. Profesion perubatan

menerima pakai lambang Asclepius, seekor ular

yang melilit sebatang tongkat.

UMUM 
PERUBATAN

Perubatan . Bidang perubatan merupakan sains

dan kepakaran tentang kajian penyakit,

penyembuhan serta pencegahannya. Perubatan

boleh dianggap salah satu cabang ilmu kerana ia

berdasarkan pengetahuan yang diperolehi melalui

kajian yang teliti dan uji kaji secara terperinci. Ia

boleh dianggap satu seni kerana ia bergantung

pada kemahiran para doktor atau sesiapa yang

terlibat dalam perkhidmatan ini dalam

menggunakan ilmu yang ada ketika merawat

pesakit.

UMUM 
AHLI SAINS KRISTIAN

Ahli Sains Kristian ialah ahli-ahli pergerakan

agama yang menekankan penyembuhan rohaniah.

Mary Baker Eddy, wanita Amerika, mengasaskan

pergerakan Sains Kristian pada tahun 1800-an.

Agama ini berpunca daripada agama Kristian

Protestan.

UMUM 
SILAU SALJI

Silau salji ialah kekurangan tahap penglihatan

sementara akibat cahaya matahari yang terang yang

terpantul dari salji. Penyembuhan dalam tempoh 24

jam adalah biasa. Kadangkala seseorang itu

menghadapi masalah membezakan warna selepas

silau salji, dan melihat semua benda berwarna merah

bagi tempoh yang lama. Dalam kebanyakan kes, silau

salji akan hilang apabila seseorang itu merehatkan

mata dan tidak keluar rumah. Walau bagaimanapun,

dalam keadaan yang jarang-jarang berlaku,

pendedahan yang berpanjangan kepada cahaya

terpantul boleh mengakibatkan retinopati suria iaitu

gangguan yang mungkin boleh menyebabkan

sesetengah hilang penglihatan yang kekal. Memakai

cermin mata hitam atau gogal gelap dapat

menghalang silau salji.

UMUM 
SUSHRUTA

Sushruta ialah doktor dan penulis India yang

hidup pada tahun 400-an M. Dia merupakan

penulis buku klasik Ayurvedic medicine, iaitu satu

sistem purba dalam penyembuhan penyakit dan

perlanjutan usia. Hasil tulisannya diterjemahkan ke

bahasa Arab sebelum akhir tahun 700-an, dan

kemudian ke bahasa Latin dan Jerman. Karya-karya

Sushruta sangat dihargai kerana penghuraiannya

tentang teknik-teknik pembedahan. Buku itu juga

menerangkan tentang lebih daripada 100 jenis alat-alat

pembedahan yang berlainan.

UMUM 
PROFILAKSIS

Profilaksis bererti sebarang rawatan yang

melindungi seseorang daripada penyakit. Profilaksis

juga dikenali sebagai rawatan pencegahan . Rawatan

ini berlainan daripada rawatan pembaikan atau

rawatan penyembuhan , yang diberikan apabila

pesakit sudah pun menghidap penyakit ataupun

dalam keadaan tidak sihat.

UMUM 
SYINTO

Syinto ialah fahaman agama tertua yang masih

diamalkan di Jepun. Perkataan Syinto bermakna

cara tuhan. Penganut Syinto menyembah banyak

tuhan, yang dikenali kami. Menurut Syinto, kami

ialah daya asas pada gunung, sungai, batu, pokok,

dan bahagian alam semula jadi yang lain. Syinto

juga menganggap kami sebagai daya asas dalam

proses seperti penciptaan sesuatu kejadian,

penyakit, tumbesaran, dan penyembuhan.

UMUM 

Kembali ke atas