Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nyeng.ga.ra.an] | ڤڽڠݢاراءن

Definisi : perbuatan menyenggara­kan, pengendalian, pengurusan; selenggara. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nyeng.ga.ra.an] | ڤڽڠݢاراءن

Definisi : perbuatan (cara, hal dsb) menyenggara atau menyenggarakan sesuatu: ~ ba­ngunan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
senggara
Kata Terbitan : menyenggarakan, penyenggaraan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan/Puan, mohon pandangan mengenai penggunaan "PENYELENGGARAAN" dan PENYENGGARAAN" serta "PERALATAN" dan "PERKAKASAN" dari segi terma ICT. * Penyelenggaraan@Penyenggaraan Peralatan@Perkakasan Komputer * Penyelenggaraan@Penyenggaraan Sistem Aduan * Penyelenggaraan@Penyenggaraan aplikasi Sistem Aduan * Penyelenggaraan@Penyenggaraan Pencegahan (Preventive Maintenance)Kata penyenggaraan menerima sisipan "el" menjadi penyelenggaraan. Oleh itu, kedua-dua perkataan tersebut membawa maksud yang sama. Manakala perkataan perisian ialah terjemahan software dalam bahasa Melayu dan perkakasan terjemahan bagi hardware dalam bahasa Melayu.Istilah22.05.2012
Apakah beza penyenggaraan dan penyelenggaraan? Adakah 'penyelenggaraan' lebih sesuai digunakan untuk peralatan komputer seperti PC, Server, Firewall dsb. dan adakah 'penyenggaraan' lebih sesuai digunakan ke atas sistem aplikasi?Penyenggaraan bermaksud 1. penyelenggaraan, pengurusan, pengusahaan, pengelolaan, pengaturan, pengendalian, pentadbiran, pelicinan, pemberesan, penyusunan, penjagaan, pengawasan. Akasnya ialah pembengkalaian.  Penyelenggaraan bermaksud 1. pengurusan: pengusahaan, pengelolaan, pelaksanaan, pengaturan, pengendalian, pentadbiran, pelicinan, pemberesan, penyusunan. Akasnya ialah pembengkalaian. 2. pemeliharaan: pembelaan, penjagaan, perawatan, perlindungan, pertolongan, penaungan, pengawasan. Akasnya ialah penderaan.   

Walaupun perkataan penyenggaraan dan penyelenggaraan mempunyai maksud yang sama bagi mengelakkan pembengkalaian, tetapi perkataan penyenggaraan lebih sesuai untuk kerja yang melibatkan peralatan atau perkakasan dan pengetahuan sains dan teknologi. Contohnya: penyenggaraan komputer, web, sistem, dan jentera. Penyelenggaraan boleh dilaksanakan oleh orang atau organisasi. Contohnya: penyelenggaraan taman, harta, pesakit, dan pameran.

 

Untuk bidang komputer, perkataan penyenggaraan lebih digunakan. Perkataan penyelenggaraan boleh digunakan tetapi hendaklah sesuai mengikut konteks tugas yang dilaksanakan.

    
Makna28.04.2011
Adakah penggunaan perkataan "penyenggaraan" itu betul? Dalam pangkalan data Khidmat Bahasa Istilah 25.03.2009, ada diterangkan penggunaan kata tersebut, tetapi dalam Makna 29.03.2008 dinyatakan bahawa tidak terdapat kata terbitan "penyenggaraan".Untuk makluman saudara kata penyenggaraan dan penyelenggaraan, kedua-duanya betul dan ada dalam Kamus  Dewan. Kata dasar senggara dan satu variasi lagi kata yang mempunyai sisipan "el" di tengahnya dan wujudlah kata selenggara, dan lahirlah kata terbitan penyenggaraan dan penyelenggaraan. Kami mohon maaf atas kekeliruan yang timbul.Tatabahasa07.10.2010
Mohon penjelasan berkenaan istilah penyelenggaraan dengan penyenggaraan. Juga bagi perkataan keterdedahan.Untuk makluman saudara kata penyenggaraan dan penyelenggaraan, kedua-duanya betul dan ada dalam Kamus  Dewan. Kata dasar senggara dan satu variasi lagi kata yang mempunyai sisipan "el" di tengahnya dan wujudlah kata selenggara, dan lahirlah kata terbitan penyenggaraan dan penyelenggaraan.

Manakala keterdedahan pula ialah perihal (keadaan) terdedah: teknik ini ditentukan oleh ~ atau keperluan ekonomi yang wujud dalam negeri;
Tatabahasa24.06.2013
Apakah perbezaan penggunaan penyenggaraan dan penyelenggaraan. berikan contoh ayat penggunaan bagi kedua-dua perkataan ini. Sekian, terima kasih.Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua maksud penyenggaraan bermaksud perbuatan (cara, hal dan sebagainya) menyenggara atau menyenggarakan sesuatu, perbuatan menyenggara­kan, pengendalian, pengurusan, selenggara (Contoh ayat: penyenggaraan ba­ngunan)  manakala

penyelenggaraan pula bermaksud perbuatan (cara, hal dan sebagainya) menyelenggara, menyelenggarakan sesuatu. (Contoh ayat: penyelenggaraan seminar tersebut telah berjalan dgn lancar.

Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat kedua-dua kata ini membawa maksud yang sama. 

Makna26.02.2018
Apakah perbezaan di antara PENYENGGARAAN dan PENYELENGGARAAN. Contoh : Kementerian telah menyelenggara/ menyelenggara Jalan bagi tahun 2020 dengan kos sebanyak RM500 juta. Terima kasih

Kedua-dua penyenggaraan dan penyelenggaraan adalah betul dan mempunyai makna yang sama

Penyenggaraan - perbuatan menyenggara­kan, pengendalian, pengurusan; selenggara. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Penyelenggaraan - perbuatan menyeleng­garakan sesuatu, pelaksanaan, pengelolaan.

Lain-lain25.07.2022
PENYENGGARAAN ATAU PENYELENGGARAANKEDUA-DUA PENYENGGARAAN DAN PENYELENGGARAAN ADALAH BETUL DAN MEMPUNYAI MAKNA YANG SAMAMakna14.03.2011
Tuan / Puan (PRPM), saya ingin bertanya mengenai perkataan Penyelenggaraan dan Penyenggaraan. Saya telah merujuk di laman web PRPM, tapi masih keliru. Adakah tepat menggunakan "penyelenggaraan Sistem Saham Bumiputera" atau "penyenggaraan"? Ia merujuk kepada aktiviti selenggara / senggara terhadap sistem yang merangkumi aktiviti backup, semakan database,arkib, preventive maintenance dan sebagainya. Mohon penjelasan pihak tuan. Terima kasih saya ucapkan.Untuk makluman saudara kata penyenggaraan dan penyelenggaraan, kedua-duanya betul. Kedua-duanya daripada kata dasar senggara dan selenggara menerima sisipan "el" di tengahnya. Oleh itu, "Penyenggaraan/Penyelenggaraan Sistem Saham Bumiputera" adalah betul.Tatabahasa13.10.2016
Apakah perbezaan antara penyenggaraan dan penyelenggaraanKata penyenggaraan menerima sisipan "el" menjadi penyelenggaraan. Oleh itu, kedua-dua perkataan tersebut membawa maksud yang sama.Makna12.06.2013
Apakah perbezaan di antara penyelenggaraan dengan penyenggaraan. Terima kasihkata penyenggaraan menerima sisipan "el" menjadi penyelenggaraan. Oleh itu, kedua-dua perkataan tersebut membawa maksud yang sama.Tatabahasa21.12.2015
1234

Kembali ke atas