Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nyen.tu.han] | ڤڽنتوهن

Definisi : perbuatan menyentuh; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nyen.tu.han] | ڤڽنتوهن

Definisi : hal atau perbuatan menyentuh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penyentuhan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
continuous contact operationoperasi sentuh berterusanKejuruteraanKejuruteraan KimiaOperasi proses yang penyentuhan antara dua fasa atau lebih yang sama atau berlainan berlaku secara berterusan. Penyentuhan antara fasa ini bermula sebaik sahaja suapan memasuki proses sehingga hasil dikeluarkan daripada proses.
fractional distillationpenyulingan berperingkatKejuruteraanKejuruteraan KimiaProses penyulingan yang terjadi secara berperingkat. Penyentuhan di antara fasa wap yang menghala ke atas dengan fasa cecair yang mengalir turun bagi menghasilkan pemindahan jisim di antara fasa, terjadi mengikut peringkat dan tidak secara berterusan. Proses penyulingan ini terjadi di dalam turus berplat. Fasa wap dan cecair yang telah bersentuh pada suatu plat kemudiannya meninggalkan plat tersebut menuju ke plat lain. Penyentuhan di antara fasa tidak terjadi sehingga sampai ke plat seterusnya.
potassium carbonate poisoningkeracunan kalium karbonatKimiaForensikKeracunan akibat pengingesan atau penyentuhan kulit dengan kalium karbonat (formula kimia, K2CO3). Tanda utama keracunan ialah kakisan, Kesan kakisan ialah pemusnahan superfisial pada kulit atau membran mukus. Keracunan akut akibat pengingesan menyebabkan sakit teruk, muntah, cirit-birit, dan pengsan, Muntah mengandungi darah, dan lapisan mukosa terdeskuamat. Jika pesakit tidak mati dalam masa 24 jam pertama, dia mungkin pulih selama 2 - 4 hari, tetapi mengalami sakit abdomen yang teruk dengan tiba-tiba, kekejangan abdomen, dan tekanan darah turun dengan cepat, yang menandakan penembusan gasteratau esofagus. Keracunan kronik akibat penyentuhan pada kulit menyebabkan dermatitis kronik. Dos parah yang dianggarkan pada orang dewasa ialah 20 g.
sodium carbonate poisoningkeracunan natrium karbonatKimiaForensikKeracunan akibat pengingesan atau penyentuhan kulit dengan natrium karbonat (formula kimia, Na2CO3). Tanda utama keracunan ialah kakisan. Keracunan akut akibat pengingesan menyebabkan sakit yang teramat, muntah, cirit-birit, dan pengsan. Muntah mengandungi darah, dan lapisan mukosa terdeskuamat. Jika pesakit tidak mati dalam masa 24 jam pertama, keadaannya mungkin bertambah baik selama 2- 4 hari tetapi kemudian mengalami sakit abdomen yang teramat yang bermula secara tiba-tiba, tegang abdomen, dan tekanan darah menurun dengan cepat yang menandakan tembusan gaster atau esofagus yang tertangguh. Dos maut yang dianggarkan untuk orang dewasa ialah 30 g. Kesan korosif ialah pemusnahan superfisial pada kulit atau membran mukus. Keracunan kronik akibat penyentuhan kulit mungkin menyebabkan dermatitis kronik.
clenchingpengetaman gigiPerubatanTiadaPenyentuhan gigi maksila dan mandibel yang dilakukan dengan kekuatan.
gas scrubbingpembersihan gasKejuruteraanTiadaPenyentuhan bahan bergas dengan cecair bagi tujuan mengasingkan gas daripada cecair atau pepejal yang teriring arus.
free turbulencegelora bebasKejuruteraanKejuruteraan KimiaAliran gelora akibat penyentuhan arus aliran dengan arus aliran yang lain yang mengalir pada halaju yang berbeza. Gelora jenis ini terjadi di dalam aliran jet sesuatu jisim ke dalam bendalir pegun yang lain atau apabila lapisan sempadan di dalam aliran yang melewati jasad tenggelam atau terapung terpisah daripada jasad tersebut dan mengalir ke dalam bendalir pukal di sekelilingnya.
wall turbulencegelora dindingKejuruteraanKejuruteraan KimiaAliran gelora akibat penyentuhan arus aliran dengan permukaan dinding pepejal. Gelora jenis ini terjadi di dalam aliran bendalir saluran terbuka atau tertutup dan melewati pepejal terapung atau tenggelam.
chlordane poisoningkeracunan klordanKimiaForensikKeracunan akibat pengingesan atau penyentuhan kulit dengan 1 g - 3 g klordan, iaitu insektisid berklorin yang mempunyai had pendedahan 0.5 mg/m3 . Tanda utama keracunan ialah terketar-ketar dan konvulsi. Gejala akibat keracunan ini termasuk keletihan, lemah badan, hilang selera makan, rabun, hilang ingatan, mengantuk, parestesia, terketar-ketar, koma, demam kuning, dan konvulsi. Keracunan akut mengakibatkan kekeliruan, racauan, loya, konvulsi dan akhirnya mati. Keracunan kronik pula menyebabkan kerosakan hati dan buah pinggang. Perubahan patologi termasuk kesesakan, edema, dan perdarahan petekia dalam paru-paru, buah pinggang, dan otak. Buah pinggang juga menunjukkan kerosakan pada sel bahagian tubul.
buttpangkal (ARKEOL. HUT, VET), butPerubatanTiada1. But:Menyebabkan penyentuhan permukaan dua objek yang hujungnya bersudut tepat.,2. Meletakkan terus ke atas tisu yang menutupi batas alveolus sisa.
1234

Kembali ke atas