Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nye.pa.duan] | ڤڽڤادوان

Definisi : proses menyepadukan, pe­nyebatian; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penyepaduan


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
penyepaduanproses menyepadukan, pe­nyebatian;Kamus Dewan Edisi Keempat
penyepaduan(integration)1. Proses menggabungkan pelbagai jenis perkakasan atau perisian daripada pengeluar berlainan untuk membentuk sistem yang bersepadu supaya dapat berkongsi sumber dengan lebih cekap. 2. Proses menggabungkan komponen yang berlainan ke dalam sistem yang harmoni.Kamus Komputer
penyepaduan menegak(vertical integration)Penyepaduan yang dilakukan untuk meningkatkan sistem yang sedia ada dengan menggunakan sistem yang lebih baru atau yang lebih berkuasa tinggi daripada sistem yang sedia ada.Kamus Komputer
penyepaduan mendatar(horizontal integration)Penyepaduan yang dilakukan untuk meningkatkan sistem yang sedia ada dengan menggunakan sistem yang mempunyai keserasian atau julat kuasa yang sama dengan sistem yang sedia ada.Kamus Komputer
VLSISingkatan bagi Very Large Scale Integration, iaitu penyepaduan skala sangat besar.Kamus Komputer
padu1. mampat, padat, pejal, tumpat: ~ spt batu dan besi; roti mudah dihancurkan di dlm tubuh kerana ia tidak ~; 2. telah bergaul (bercampur, bergabung) dan menjadi satu benar, sebati: anak sekolah, guru, buruh dan saudagar ~ dlm satu perarakan; bersatu ~ bersatu benar-benar; 3. ki kukuh (teguh, utuh) dan kuat: kesatuan yg ~; sepadu sebati, terserap, berjalin: ada lebih kurang 800 kata Sanskrit yg kekal ~ dgn kata-kata Melayu sekarang; pembangunan material dan spiritual hendaklah ~; bersepadu berkaitan erat (tidak terpisah-­pisah) berjalin, bertahan erat (antara pelbagai unsurnya dsb): pembangunan secara ~ ini diharap dapat mewujudkan kesatuan sosial; mempunyai asas sumber asli yg ~ dgn struktur perindustrian; menyepadukan menjadikan sepadu atau ber­sepadu: kesemuanya telah dicampuradukkan dan disepadukan sehingga wujud satu keseimbangan atau tahap persamaan yg utuh dan berfungsi; tersepadu telah bersepadu: ini bermakna kaum bumiputera akan ~ dlm perkembangan ekonomi negara menjelang tahun 2020; kesepaduan keadaan bersepadu, perihal ber­sepadu menjadi kesatuan yg utuh: malahan ~ komuniti itu diasaskan pd pertalian kekeluargaan; persepaduan perihal bersepadu (bangsa, masyarakat, dsb); penyepaduan proses menyepadukan, penyebatian; penyepadu orang, unsur, pihak dsb yg menyepadukan: syarikat itu merupakan syarikat ~ sistem yg terkemuka di negara ini; berpadu 1. bercampur menjadi satu, menjadi sebati: ketiga-tiga buah kesatuan itu telah ~ menjadi satu; zat besi mudah ~ dgn oksigen; 2. bercampur, bergaul: senyum dan tangis ~ menyambut kepulangannya; 3. menjadi beku dan keras (darah dll); 4. teguh (kukuh, utuh) dan kuat kerana sudah bersatu; ~ padan a) bergaul (bergabung, bercampur) dan menjadi satu benar; b) bermuafakat, ber­mesyuarat, berunding, memadankan (menye­suaikan) fikiran; ~ suara a) berduet; b) ki menjadi satu, berbaur: angin laut dan desir ombak ~ suara; memadu 1. melebur (emas); 2. melebur dan mencampurkan supaya bersatu (berbagai-bagai jenis logam); 3. mengikat (janji dll), menguatkan, mengukuhkan: ~ janji; kata sudah dipadu; negara-negara yg tidak memihak ~ tenaga utk memperkuat pengaruh mereka; 4. membanding­kan, menyesuaikan, mencocokkan, memadan­kan; ~ pendapat mencocokkan pendapat; ~ hati menyatukan hati (kasih dll); ~ satu = menyatu­padukan menjadikan bersatu padu, menyatukan sungguh-sungguh; memadukan menjadikan padu, menggabungkan supaya menjadi satu, mencampur­kan, menyatukan: ~ fahaman semua manusia; memperpadukan menjadikan berpaduan: manusia berjaya ~ bahan-bahan asas ini menjadi satu bahan baru; terpadu sudah dipadu (digabungkan, disatukan, dll), tergabung; paduan 1. yg telah dipadu, sesuatu yg telah disatukan (digabungkan dll): ~ suara; 2. per­sesuaian, kecocokan; kepaduan kesatuan (pendapat, cita-cita, dll), kemuafakatan; perpaduan 1. penggabungan, peleburan; 2. persesuaian, kecocokan; 3. perihal berpadu (bergabung menjadi satu, sepakat, dll), persatuan: bahasa dan sastera adalah alat utk ~ kebangsaan; bahasa Melayu sbg bahasa yg boleh menjadi penggerak ke arah mencapai ~ nasional; pemaduan 1. perbuatan memadu(kan), penggabungan (peleburan dll) menjadi satu: air boleh dibuat melalui ~ hidrogen dan oksigen; 2. persesuaian, kecocokan; pemadu sesuatu yg memadukan: kuasa ~.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas