Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nye.ra.han] | ڤڽرهن

Definisi : perbuatan menyerahkan (mem­-percayakan, mengamanahkan, dll): ke­kalahan China diikuti oleh ~ Hong Kong kpd British; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nye.ra.han] | ڤڽرهن

Definisi : perbuatan (hal dsb) menyerah atau menyerahkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
serah
Kata Terbitan : berserah, menyerah, menyerahkan, terserah, penyerahan, serah2, terserah-serah,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
unconditional surrenderpenyerahan tanpa syaratSains PolitikPolitik PerbandinganMengaku kalah secara sukarela tanpa memberi sebarang syarat yang perlu dipatuhi. Penyerahan dalam peperangan atau sebarang konflik boleh dibuat secara bersyarat atau tidak bersyarat. Penyerahan tanpa syarat membawa maksud tidak ada sebarang tuntutan disertakan dengan penyerahan tersebut. Penyerahan bersyarat pula membawa maksud penyerahan itu disertai dengan tuntutan seperti tidak dipenjara, tidak perlu membayar pampasan atau tidak mahu dihebohkan. Contohnya, Jepun menyerah tanpa syarat setelah bom atom digugurkan di Hiroshima dan Nagasaki.
taqbudunjuk terimaPerniagaan IslamTiadaPenyerahan harta yang dilakukan oleh pihak yang berakad. Contohnya, penyerahan harta dan balasan dalam akad jual beli tunai atau bertangguh, penyerahan harta dalam akad hibah dan penyerahan faedah kenderaan dalam akad ijarah. Dalam akad jual beli yang melibatkan harta ribawi, taqbud mesti berlaku serentak bagi mengelakkan berlakunya riba yad atau riba nasi’ah.
crop completely deliverypenyerahan penuh tanamanEkonomiEkonomi IslamProses penyerahan tanaman sepenuhnya oleh pemilik kepada penjaga. Pemilik tanaman tidak lagi mempunyai hak untuk campur tangan dalam kerja pengurusan tanaman tersebut. Penyerahan penuh tanaman berlaku dalam akad usaha sama pengurusan.
cessionpenyerahan wilayahSains PolitikHubungan AntarabangsaPenyerahan daerah berdaulat sesebuah negara kepada negara lain akibat perang atau hasil perjanjian. Contohnya, Maryland dan Virginia menjadi daerah Columbia Amerika melalui proses perjanjian pada tahun 1790. Walau bagaimanapun, Virginia dikembalikan semula pada tahun 1842. Penyerahan wilayah juga boleh berlaku melalui pembelian. Contohnya, pembelian wilayah Louisiana dan Alaska.
copyright depositpenyerahan hak ciptaPerpustakaanTiadaPenyerahan naskhah percuma buku atau komposisi muzik kepada perpustakaan tertentu menurut undang-undang yang telah termaktub.
land completely deliverypenyerahan penuh tanahEkonomiEkonomi IslamProses penyerahan tanah sepenuhnya yang diakadkan oleh pemilik tanah kepada pengusaha. Oleh itu, pengusaha bebas menguruskan tanah untuk kepentingan projek penanaman tanpa penglibatan pemilik tanah.
cessionpenyerahan wilayahSains PolitikPolitik PerbandinganProses mengembalikan sesuatu wilayah kepada masyarakat atau negara yang berhak ke atasnya yang selama ini dikuasai oleh pihak asing. Proses ini dapat dilaksanakan melalui tiga cara utama. Pertama, melalui proses tuntutan atau desakan yang dibuat oleh masyarakat atau negara tersebut ke atas pihak asing yang telah lama menguasai wilayah tersebut. Tuntutan atau desakan tersebut kebiasaannya dilakukan melalui gerakan yang bersifat nasionalisme, cintakan negara atau melalui slogan berkerajaan sendiri. Melalui tuntutan dan desakan yang kuat akhirnya pihak asing akan akur dan menyerahkan wilayah tersebut seperti penyerahan Fiji oleh kerajaan British. Kedua, penyerahan wilayah yang terhasil ekoran daripada tamat tempoh penguasaan pihak asing ke atas wilayah itu. Penyerahan ini dibuat sebagai memenuhi perjanjian yang telah dibuat antara pihak asing dengan negara yang berhak ke atas wilayah tersebut seperti penyerahan Hong Kong kepada China oleh British. Ketiga, melalui pungutan suara atau referendum yang diadakan dengan hasil keputusan, wilayah tersebut terpaksa dikembalikan seperti penyerahan Sarawak kepada Inggeris oleh kerajaan Brooke.
pawn item deliverypenyerahan barang gadaianEkonomiEkonomi IslamPemberian kuasa pengurusan barang daripada penggadai kepada pegadai. Hal ini bermakna, penggadai memberi kuasa mengurus harta gadaian kepada pegadai. Kaedah penyerahan pengurusan bergantung pada jenis harta yang digadaikan sama ada harta alih atau harta tak alih. Bagi harta alih, penggadai dikehendaki menyerahkan harta secara fizikal untuk disimpan dan diuruskan oleh pegadai. Contohnya, emas, pakaian dan haiwan. Bagi harta tak alih pula, penyerahan memadai dari sudut pengurusan sahaja melalui surat pemberian kuasa. Contohnya, tanah dan rumah.
bai‘ istisna’bai‘ istisna’/jual beli tempahanPerniagaan IslamTiadaAkad jual beli secara tempahan bagi sesuatu produk mengikut spesifikasi produk, harga, kaedah pembayaran dan penyerahan yang dipersetujui oleh pihak yang berakad. Harga boleh dibayar kesemuanya sama ada semasa akad, semasa penyerahan produk, bayaran separuh semasa akad atau separuh semasa penyerahan produk, mengikut peratusan siap tempahan atau secara ansuran mengikut persetujuan kedua-dua pihak. Setelah urus niaga ini berlaku, pengusaha mempunyai dua tanggungjawab, iaitu menyiapkan produk yang ditempah dan menyerahkan produk setelah disiapkan. Urus niaga ini dikecualikan daripada rukun jual beli kerana tiada produk semasa akad tetapi syarak mengharuskannya kerana keperluan masyarakat.
deferred salebai‘ salamEkonomiEkonomi IslamAkad jual beli yang menghendaki pembeli mendahulukan harga dan penjual menangguhkan penyerahan barangan bagi suatu tempoh tertentu. Harga, jenis, sifat, kuantiti dan tempat serta tarikh penyerahan ditentukan semasa menandatangani akad. Akad ini bertujuan untuk menjaga kebajikan pembeli dan penjual, iaitu pembeli tidak menanggung beban kenaikan harga dan penjual pula memperoleh tunai lebih awal. Contohnya, akad ke hadapan Islam. Sinonim jual beli salam.
12345678910...

Kembali ke atas