Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu

[pe.nyer.la.han] | ڤڽرلهن

Definisi : perihal (usaha, proses, dsb) menyerlahkan sesuatu, penonjolan: amanat yg mengarah kpd ~ permasalahan itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penyerlahan

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
bed delineationpenyerlahan lapisanKejuruteraanPetroleumProses mengecam atau mengenal beza unit-unit lapisan dalam suatu jujukan stratigrafi atau dalam jujukan sedimen yang boleh nampak dalam keratan log telaga. Log-log yang dipakai biasanya terdiri daripada log-log litologi. Pengecaman dibuat dengan cara mensekaitkan titik-titik yang serba sama pada lengkung-lengkung log yang berkenaan.
recognition plotplot penyerlahanKesusasteraanTiadaPlot yang mengandung pertukaran penting atau perubahan tertentu pada jalan cerita misalnya watak yang tersembunyi dapat dikenali.
horizontal space accentuationpenyerlahan ruang datarLandskapTiadaUsaha yang dilakukan untuk mempertingkatkan kualiti sesuatu ruang yang mendatar seperti membentuk lahan.
bed delineating toolalat penyerlahan lapisanKejuruteraanPetroleumPeranti-peranti pengelongan telaga yang boleh digunakan untuk memberikan maklumat yang berkesan mengenai kedudukan sempadan-sempadan perlapisan batuan. Di antara alat-alat yang termasuk dalam jenis ini ialah log sinar gama dan log swakeupayaan.
shading-flatpembayangan-rataTeknologi MaklumatTiadaKaedah untuk menghasilkan kesan bayangan pada poligon yang akan digunakan untuk menghasilkan imej 3 dimensi. Kaedah pembayangan paling asas yang digunakan untuk objek yang diwarnai dengan satu warna sahaja. Kaedah ringkas ini digunakan untuk menjana kesan bayangan pada keadaan atau latar tiga dimensi dengan menggunakan satu titik sumber cahaya sahaja. Algoritma khas digunakan bagi mengira kesan bayangan yang dihasilkan pada setiap objek (poligon) yang menyebabkan beberapa kesan yang tidak diingini turut terjana. Terdapat juga algoritma yang digunakan untuk mengira dan menjana kesan penyerlahan objek dan proses ini menyebabkan imej kelihatan seperti blok.

Kembali ke atas