Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penyerta;


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya mempunyai kemuskilan berkenaan: i. kata dasar perkataan penyerta ii.maksud kata perkataan tersebut iii.membina ayat berdasarkan kata tersebut sekian terima kasih

Kata dasar penyerta ialah serta. Perkataan penyerta tiada dalam bahasa Melayu dan bukannya sebagai orang seperti pekerja. Perkataan yang betulnya ialah peserta. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan.  

Tatabahasa10.08.2008
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, kata sandang bermaksud kata penyerta atau kata yang berĀ­tugas untuk menentukan supaya sesuatu kata menjadi kata nama. Adakah kata sandang dikategorikan di bawah kata nama atau kata tugas?Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, "kata sandang" ialah "kata penyerta". "Kata sandang" ialah "kata yang berĀ­tugas untuk menentukan supaya sesuatu kata menjadi kata nama seperti sang atau si."Tatabahasa01.07.2022
Salam, 1. Adakah penggunaan 'si" di dalam ayat dibolehkan? Misalnya: terdapat dua orang raja. Mereka ialah adik-beradik. Si abang merupakan raja yang memerintah negeri Pinang. Manakala si adik pula memerintah negeri bayu.Si ialah kata penyerta yg digunakan di depan nama orang (sbg timang-timangan, panggilan, ejekan atau sbg penghinaan): S~ Ali; ~ bisu; ~ bodoh; ~ bongsu; ~ hitam; ~ pencuri; 2. kata penyerta yg digunakan di depan nama sendiri (utk merendahkan diri): S~ Tuah tidak mahu menderhaka kpd tuannya; 3. kata penyerta utk menegaskan orang yg melakukan atau yg terkena sesuatu: ~ mati; ~ penjual; ~ piutang; ~ pencuri; ~ tertuduh. Harap maklum. Tatabahasa28.07.2008
Salam hormat, saya ingin tahu adakah perkataan "begitu", "banyak"dan "belaka" digolongkan dalam tatabahasa Kata Penegas? Terima kasih.Kata penegas yang disebut juga partikel atau kata penyerta ialah sejumlah perkataan yang memberikan penekanan pada bahagian-bahagian tertentu dalam ayat. Terdapat dua jenis kata penegas, iaitu: (i) Yang menegaskan hanya frasa predikat atau bahagiannya. Contohnya, -kah, -tah, dan -lah. (ii) Yang menegaskan kedua-dua bahagian ayat, iaitu frasa nama sebagai subjek atau bahagiannya atau frasa predikat atau bahagiannya. Contohnya, juga, jua, pun, sahaja, lagi, dan memang. Perkataan-perkataan begitu dan banyak boleh menjadi kata penegas apabila menerima proses pendepanan, seperti contoh: banyakkah dan begitulah.Tatabahasa22.05.2013
Sila jelaskan fungsi 'kurang' dalam ayat ini, iaitu Kopi ini 'kurang' manis, adakah 'kurang' ini merupakan kata penegas atau bukan?
Kata penegas yang disebut juga partikel atau kata penyerta ialah sejumlah perkataan yang memberikan penekanan pada bahagian-bahagian tertentu dalam ayat. Terdapat dua jenis kata penegas, iaitu: (i) Yang menegaskan hanya frasa predikat atau bahagiannya. Contohnya, -kah, -tah, dan -lah. (ii) Yang menegaskan kedua-dua bahagian ayat, iaitu frasa nama sebagai subjek atau bahagiannya atau frasa predikat atau bahagiannya. Contohnya, juga, jua, pun, sahaja, lagi, dan memang. Perkataan-perkataan begitu dan banyak boleh menjadi kata penegas apabila menerima proses pendepanan, seperti contoh: banyakkah dan begitulah.
Tatabahasa07.04.2017
Selamat sejahtera, Pada suatu hari, seorang nelayan pergi menangkap ikan di tengah tasik. .... Akhirnya, si nelayan berjaya mendapat tiga ekor ikan sebesar tapak tangan. 'si nelayan' perlu ditulis huruf besar atau kecil? Terima kasih.Kata penyerta "si "yang digunakan di depan nama orang ditulis dengan huruf kecil, seperti si hitam dan si pencuri.Tatabahasa28.07.2016
Salam sejahtera, Dalam penggunaan kata tanya, apakah peranan tambahan 'kah' di hujung setiap kata tanya? Contohnya, "Bagaimana'kah' kamu melakukannya?" Adakah ayat tetap betul tatabahasanya jika 'kah' tidak diletakkan? Terima kasih.Dalam bahasa Melayu, terdapat kata penegas yang disebut juga partikel atau kata penyerta ialah sejumlah perkataan yang memberikan penekanan pada bahagian-bahagian tertentu dalam ayat,  iaitu -kah, -tah dan -lah. Kehadiaran  -kah, -tah dan -lah  penting sebagai kata penegas frasa predikat hanya berlaku apabila frasa predikat atau bahagian-bahagian yang ditegaskan itu mengalami proses pendepanan, seperti contoh ayat "Siapakah majikan kamu itu?"
Tatabahasa07.10.2015
penggunaan perkataan "pun" contonhya itu pun, lagipun, walaupun, dia pun, ataupun. Penggunaan yang mana betul? harus didekatkan atau dijarakkan ejaan pun itu? Apa bezanya di dekatkan atau di jarakkan? Rujukkan dalam DBP ada yang ejaan didekatkan ada ejaan yang di jarakakan untuk perkataan yang sama.Pun sebagai kata penyerta dieja rapat seperti walaupun, meskipun dan kendatipun. Pun yang bermaksud juga dieja terpisah daripada kata sebelumnya seperti telah pun dan dia pun. Tatabahasa18.01.2012
Saya hendak bertanya. Adakah -la dikira sebagai imbuhan? Adkah ia bentuk tidak formal untuk -lah? Bolehkah -la digunakan dalam ayat? Kalau ya, adakah perlu jarak? Terima kasih.Tiada imbuhan “-la”. Penggunaan yang betul ialah “-lah” yang merupakan kata penegas yang disebut juga partikel atau kata penyerta.Tatabahasa11.06.2023
Salam, yang mana satu ayat betul a) Apa yang digunakan untuk mandi? b} Apakah yang digunakan untuk mandi? Adakah parikel-kah, -lah, -tah wajib digabungkan dengan kata tanya untuk membentuk ayat tanya. Terima kasih.Penggunaan yang betul ialah apakah yang digunakan untuk mandi? Kata penegas yang disebut juga partikel atau kata penyerta ialah sejumlah perkataan yang memberikan penekanan pada bahagian-bahagian tertentu dalam ayat. Kehadiran -kah, -tah, dan -lah sebagai kata penegas frasa predikat hanya berlaku apabila frasa predikat atau bahagian-bahagian yang ditegaskan itu mengalami proses pendepanan, seperti contoh ayat berikut:

1 (a). Siapakah majikan kamu itu?
   (b). Majikan kamu itu siapakah?

2 (a). Apatah daya kita?
   (b). Daya kita apatah?

3 (a). Itulah rumah idamanku.
   (b). Rumah idamanku itulah.
Tatabahasa23.11.2020
12

Kembali ke atas